Thursday, 7 March 2013

TUGASAN 9

BIDANG : SENI HALUS
TAJUK : CETAKAN TIMBULAN
PRODUK : HIASAN DINDING

SITUASI
Dinding ruang rehat sebuah resort ingin dihias dengan gambar cetakan 
permainan tradisional.

TUGASAN
Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan cetakan kayu yang bertemakan 
alatan permainan tradisional.

Portfolio kajian anda hendaklah mengandungi perkara berikut:

1. Koleksi gambar pelbagai jenis cetakan timbulan.
2. Koleksi gambar pelbagai alatan permainan tradisional sebagai sumber ilham.
3. Lukisan atau catan realistik alatan permainan tradisional.
4. Lukisan olahan alatan permainan tradisional serta catatan.
5. Reka letak olahan alatan permainan tradisional serta catatan.
6. Kajian warna pada cetakan yang dipilih.
7. Lukisan atau catan sebenar cetakan yang dipilih.
8. Ilustrasi persembahan yang menggambarkan fungsi dalam situasi sebenar.
9. Lukisan alat dan bahan yang digunakan serta catatan.
10. Lukisan atau gambar foto proses dan teknik penghasilan serta catatan mengikut urutan.
11. Lampiran minimum tiga edisi cetakan.
12. Blok cetakan hendaklah disertakan bersama portfolio.

Berdasarkan kajian tersebut, cetakan timbulan anda hendaklah mengikut spesifikasi berikut:
Bahan : Kayu atau bahan lain yang bersesuaian
Ukuran : Panjang   - 30 cm
               Lebar        - 30 cm
Warna : Minimum 3 warna
Teknik : Cetakan timbulan

Contoh:

Nota:
Hasil karya hendaklah dibingkaikan.
*Soalan-soalan tugasan lain

TUGASAN 8

BIDANG : KOMUNIKASI VISUAL
TAJUK : IKLAN
PRODUK : KALENDER MEJA TIGA DIMENSI

SITUASI
Penganjur Jambori Berbasikal bercadang memberi cenderamata berbentuk 
kalendar kepada setiap pesertanya.

TUGASAN
Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan kalender meja tiga 
dimensi yang berkaitan dengan aktiviti berbasikal.

Portfolio kajian anda hendaklah mengandungi perkara berikut:

1. Koleksi gambar pelbagai reka bentuk kalendar.
2. Lakaran reka bentuk kalendar serta catatan.
3. Koleksi gambar pelbagai aksi penunggang basikal sebagai sumber ilham.
4. Lukisan atau catan realistik aksi penunggang basikal.
5. Koleksi muka taip sebagai sumber ilham.
6. Lakaran muka taip serta catatan.
7. Lakaran olahan idea untuk ilustrasi serta catatan.
8. Lakaran reka letak gabungan muka taip dan ilustrasi serta catatan.
9. Kajian warna kalendar meja tiga dimensi dipilih serta catatan.
10. Lukisan tiga dimensi tiga sudut pandangan menarik.
11. Ilustrasi persembahan yang menggambarkan fungsi dalam situasi yang sebenar.
12. Lukisan alat dan bahan yang digunakan serta catatan.
13. Lukisan atau gambar foto proses dan teknik penghasilan serta catatan mengikut urutan.

Berdasarkan kajian tersebut, reka bentuk kalendar anda hendaklah mengikut
spesifikasi berikut:

Bahan : Kertas
Ukuran minimum :       Tinggi  - 30 cm
                                       Lebar - 28 cm
Bilangan warna :          Bebas
Teknik : Ilustrasi             - Catan
                                         - Muka taip bulan boleh menggunakan cetakan komputer


Contoh:


Nota:
Kalendar hendaklah meliputi bulan Januari hingga Disember.
*Soalan-soalan tugas lain




TUGASAN 7

BIDANG : KOMUNIKASI VISUAL
TAJUK : PENGIKLANAN
PRODUK : PAPAN PERAGA TIGA DIMENSI

SITUASI
Syarikat Emalin Bersaudara Sdn. Bhd. adalah syarikat pengeluar minuman 
jus buah-buahan ingin membuat promosi produk jus terbaharu keluarannya.

TUGASAN
Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan reka bentuk papan peraga yang
bertemakan jus buah-buahan.

Portfolio kajian anda hendaklah mengandungi perkara berikut:

1. Koleksi gambar pelbagai reka bentuk papan peraga sebagai sumber ilham.
2. Koleksi muka taip sebagai sumber ilham.
3. Koleksi gambar buah-buahan.
4. Lakaran reka bentuk papan peraga serta catatan.
5. Lakaran muka taip serta catatan.
6. Lukisan atau catan realisitik buah-buahan.
7. Lakaran olahan idea buah- buahan sebagai sumber ilustrasi serta catatan.
8. Lakaran gabungan reka letak muka taip dan ilustrasi serta catatan.
9. Kajian warna papan peraga yang dipilih.
10. Lukisan tiga dimensi dari tiga sudut pandangan menarik.
11. Ilustrasi persembahan yang menggambarkan fungsi dalam situasi sebenar.
12. Lukisan alat dan bahan yang digunakan serta catatan.
13. Lukisan atau gambar foto proses dan teknik penghasilan serta catatan mengikut urutan.


Berdasarkan kajian tersebut, reka bentuk papan peraga anda hendaklah mengikut
spesifikasi berikut:
Bahan : Bebas   
Ukuran : Lebar    - 30 cm               
               Tinggi    - 45 cm
Teknik : Bebas
Kapsyen : Mengikut kreativiti sendiri

Contoh:


Nota:
Hasil kerja hendaklah kukuh dan stabil.
*Soalan-soalan tugasan lain

TUGASAN 6

BIDANG : KOMUNIKASI VISUAL
TAJUK : ILUSTRASI
PRODUK : BUKU CERITA KANAK-KANAK TIGA DIMENSI

SITUASI
Sebuah syarikat penerbitan ingin menghasilkan sebuah buku cerita 
kanak-kanak prasekolah.

TUGASAN
Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan ilustrasi buku cerita kanak-kanak
tiga dimensi untuk prasekolah bertemakan haiwan.

Portfolio kajian anda hendaklah mengandungi perkara berikut:

1. Koleksi gambar pelbagai jenis haiwan sebagai sumber ilham.
2. Koleksi gambar pelbagai jenis buku cerita kanak-kanak.
3. Lakaran muka taip untuk kapsyen.
4. Lukisan atau catan realistik haiwan yang dipilih.
5. Lakaran pelbagai bentuk watak haiwan serta catatan.
6. Lakaran papan cerita sebagai sumber ilham.
7. Lakaran kenit olahan idea ilustrasi serta catatan.
8. Kajian warna setiap ilustrasi termasuk kulit buku cerita serta catatan.
9. Ilustrasi sebenar cerita yang dipilih mengikut urutan dengan jalan cerita.
10. Lukisan alat dan bahan yang digunakan serta catatan.
11. Lukisan atau gambar foto proses dan teknik penghasilan serta catatan mengikut urutan.


Berdasarkan kajian tersebut, ilustrasi buku cerita kanak-kanak prasekolah anda hendaklah
mengikut spesifikasi berikut:
Bahan : Kertas
Ukuran minimum : Lebar      - 26 cm
                                Panjang  - 33 cm
Bilangan warna : Bebas
Teknik : Bebas
Tema : Haiwan
Bilangan muka surat : Minimum 6 termasuk kulit buku


Contoh:


Nota:
Hasil karya perlulah dijilid dan dikemaskan mengikut kreativiti.
*Soalan-soalan  tugasan lain


TUGASAN 5

BIDANG : KRAF
TAJUK : UKIRAN KAYU
PRODUK : HIASAN DINDING

SITUASI
Pengusaha sebuah syarikat pelancongan ingin menghias dinding pejabatnya dengan hiasan dinding jenis ukiran kayu.

TUGASAN
Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan hiasan dinding yang
bertemakan flora.

Portfolio kajian anda hendaklah mengandungi perkara berikut:

1. Koleksi gambar pelbagai hiasan dinding jenis ukiran kayu.
2. Koleksi gambar flora sebagai sumber ilham.
3. Lukisan atau catan realistik flora yang dipilih.
4. Lakaran olahan idea hiasan dinding serta catatan.
5. Reka letak olahan idea serta catatan.
6. Lukisan olahan idea yang dipilih.
7. Ilustrasi persembahan dalam situasi sebenar.
8. Lukisan alat dan bahan yang digunakan serta catatan.
9. Lukisan atau gambar foto proses dan teknik penghasilan serta catatan mengikut urutan..


Berdasarkan kajian tersebut, hiasan dinding anda hendaklah mengikut spesifikasi berikut:
Bahan : Kayu
Ukuran : Tinggi- 45 cm
                Lebar- 30 cm
Motif : Flora
Teknik : Ukiran

CONTOH




Nota:
Hasil kerja anda hendaklah dikemaskan.

*Soalan-soalan tugasan lain



Wednesday, 6 March 2013

TUGASAN 4


BIDANG : KRAF TRADISIONAL
TAJUK : BATIK
PRODUK : SARUNG BANTAL

SITUASI
Sebuah syarikat hiasan dalaman berhasrat menghasilkan sarung bantal bercorak batik untuk dipasarkan sebagai salah satu produk baru keluarannya.

TUGASAN
Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan sarung bantal bercorak batik yang menggunakan gabungan teknik lukis serta ikat dan celup.

Portfolio kajian anda hendaklah mengandungi perkara berikut:


1. Koleksi pelbagai jenis sarung bantal.

2. Koleksi pelbagai corak batik sebagai sumber ilham.
3. Lakaran reka bentuk sarung bantal serta catatan.
4. Lakaran pelbagai corak batik sebagai sumber ilham serta catatan.
5. Lakaran olahan idea motif yang dipilih serta catatan.
6. Kajian warna pada rekaan sarung bantal yang dipilih serta catatan.
7. Lukisan tiga dimensi sarung bantal dari tiga sudut pandangan menarik.
8. Ilustrasi persembahan yang menggambarkan fungsi dalam situasi sebenar.
9. Lukisan alat dan bahan yang digunakan serta catatan.
10. Lukisan atau gambar foto proses dan teknik penghasilan serta catatan mengikut urutan.


Berdasarkan kajian tersebut, reka bentuk sarung bantal anda hendaklah mengikut spesifikasi berikut:

Bahan : Kain
Ukuran : Panjang  - 72 cm
                Lebar     - 46 cm
Bilangan warna : Bebas
               
Teknik : Gabungan antara teknik lukis serta ikat dan celup

Contoh:
















Nota:

Hasil karya hendaklah dijahit dan dikemaskan.

*Soalan-soalan tugasan lain

TUGASAN 3

TAJUK : LANDSKAP
BIDANG : REKA BENTUK
PRODUK : LANDSKAP PERSEKITARAN

SITUASI
Persatuan Pencinta Alam bercadang untuk membina landskap di tepi sebatang sungai bagi tujuan mengindahkan kawasan sungai dan menjadi tempat riadah.

TUGASAN
Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan satu model landskap di tepi sungai yang berkonsepkan Sungai Indah Masyarakat Ceria.

Portfolio kajian anda hendaklah mengandungi perkara berikut:

1. Koleksi gambar pelbagai landskap yang berkaitan sebagai sumber ilham.
2. Koleksi gambar pelbagai jenis tumbuhan yang berkaitan sebagai sumber ilham.
3. Koleksi pelbagai jenis hiasan yang bersesuaian sebagai sumber ilham.
4. Lakaran pelan tapak mengikut skala.
5. Lukisan tumbuhan dan hiasan yang bersesuaian.
6. Lakaran pelan tapak dan susun atur hiasan dan tumbuhan.
7. Lukisan perincian landskap yang dipilih.
8. Ilustrasi landskap dari tiga sudut pandangan menarik.
9. Lukisan alat dan bahan yang digunakan serta catatan.
10. Lukisan atau gambar foto proses dan teknik penghasilan serta catatan mengikut urutan.


Bahan  : Bebas
Ukuran : Panjang- 45 cm
               Lebar- 25 cm
Teknik : Bebas

Contoh:




Nota:
Hasil kerja anda hendaklah kukuh dan stabil.
*Soalan-soalan tugasan lain