Tuesday 13 March 2012

Pendahuluan Kata

Assalamualaikum. 
Syukur kehadrat Allah S.W.T kerana dengan izin-Nya dan hidayah-Nya dapat juga saya meneruskan pengisian blog Pendidikan Seni Visual (PSV) ini sebagai blog SOKONGAN untuk mata pelajaran Pendidikan Seni Visual. Blog ini telah menghampiri empat tahun dilayarkan. Satu altenatif lagi kepada pelajar, terutamanya pelajar yang tidak belajar di kelas khas yang menawarkan mata pelajaran Pendidikan Seni Visual tetapi sangat berminat dan telah mendaftar untuk peperiksaan SPM.
                                                                                                                                                                                                   
    Moga menjadi rujukan. Lebih-lebih lagi kepada calon SPM yang mengambil kertas PSV,  banyak input yang berguna untuk penghasilan folio Kajian Rekaan Seni Visual ( KRSV ). Bagi pelajar-pelajar STPM yang mengambil PSV dan IPG dapat memanafaatkan blog ini sebagai sumber rujukan teori seni. Adalah diharapkan  juga kepada pengajar pendidikan seni visual dapat menjadikan blog ini sebagai rujukan atau pautan kepada aktiviti atau pencarian sumber seni visual lainnya melalui e-pembelajaran sama ada demo video atau tutorial online dari laman web di serata dunia yang telah dipautkan.




Blog ini dibina berasaskan 4 pautan. Banyak blog yang boleh digunakan oleh pelajar atau guru PSV untuk mendapatkan maklumat sokongan. Tutorial online adalah merupakan pembelajaran lanjutan untuk pelajar  mempelajari banyak hal yang  menarik melalui laman web pakar-pakar ternama. Demonstrasi melalui tayang dari youtube juga tentunya sesuatu yang menarik dan boleh menambah kefahaman pelajar dan guru yang bukan opsyen PSV, bahkan menarik minat untuk mencuba dan meneroka sendiri hasil demo seni yang ditujukan. Bagi pelajar yang menghasilkan kerja kursus PSV, pastinya laman ini menjadi tumpuan untuk mendapatkan panduan dan sumber bagi penghasilan folio dan artifak  kerja kursus kertas 2611/3.
 Selain menjadikan blog ini sebagai pautan
ke beberapa laman web atau blog seni visual lain, adalah diharapkan juga beberapa perkongsian maklumat seni guru-guru psv lain. Sila emelkan untuk perkongsian bahan dan maklumat bersama. Kepada semua pengujung yang telah memberi respon, teguran dan perkongsian ilmu diucapkan terima kasih dan ia amat saya hargai. 


No comments:

Post a Comment