selamat datang ke blog Senivisual-gcpsvsmkbera.blogspot.com. Satu usaha ke arah KECEMERLANGAN SENI VISUAL. Untuk paparan terbaik sila guna google chrome.Terima Kasih

Monday, 19 March 2012

Kerja Kursus Pendidikan Seni Visual 2012 - SPM


PENGENALAN:
  1. Kerja Kursus ini dikenali sebagai Kajian Rekaan Seni Visual, kertas 3, kodnya 2611/3. Kerja Kursus ini mengandungi 9 tugasan, calon dikehendaki menjawab atau melaksanakan satu tugasan sahaja dengan bimbingan guru Pendidikan Seni Visual (PSV)
  2. Calon SPM yang mengambil mata pelajaran PSV wajib melaksanakan kerja kursus ini.
  3. Hasill Kajian Rekaan Seni Visual ini hendaklah dilaksanakan dalam tahun semasa peperiksaan dan tugasan tersebut hendaklah dihasilkan mengikut aspek kajian yang ditetapkan.
  4. Calon dikehendaki melaksanakan kerja kursus ini secara individu dari  Februari hingga Julai.
  5. Semua bukti KAJIAN, LAKARAN dan HASIL REKAAN (artifak) hendaklah ASLI dan tidak ditiru dari mana-mana pihak.
  6. Semua kajian dan bukti lakaran kajian hendaklah dihasilkan menggunakan kertas berukuran lebih kurang 28 cm X 38 cm dan calon hendaklah mendapat bimbingan guru mata pelajaran dalam pemilihan tugasan dan sepanjang pelaksanaan kerja kursus tersebut.
  7. Calon mestilah memenuhi kesemua aspek dalam kriteria penskoran untuk mendapatkan gred CEMERLANG dan BAIK. Gred cemerlang dan baik (pencapaian minumum 60% setiap aspek) sahaja akan dicatat dalam sijil pencapaian calon yang akan dikeluarkan oleh pihak sekolah. Pencapaian Memuaskan, Sederhana dan Tidak Mencapai Tahap Minimum tidak akan dicatat dalam sijil.
  8. Calon boleh menggunakan warna dan medium lain untuk lakaran kajian. Lakaran yang menggunakan komputer sepenuhnya dihadkan kepada tiga helai sahaja.
  9. Penilaian proses kerja dan pemberian markah calon akan dilakukan sepanjang masa kerja kursus dilaksanakan berdasarkan aspek dan kriteria. 



KRITERIA PENSKORAN:


SOALAN KERJA KURSUS KERTAS 2611/3 TAHUN 2012:



Download soalan KRSV 2012






Folio Pelajar lalu (Contoh Folio)




TUGASAN PILIHAN : ( Tugasan 1 dan Tugasan 4 untuk calon SMK Bera sahaja )
1. Tugasan 4 - Beg Membeli Belah
senivisual-gcpsvsmkbera.blogspot.com


  • Tugasan: Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan satu beg membeli belah yang bercorak batik dan menggunakan teknik ikat celup.
  • Portfolio kajian anda hendaklah mengandungi:

  1. Koleksi pelbagai jenis beg membeli belah.
  2. Koleksi pelbagai jenis produk yang menggunakan kaedah ikat dan celup.
  3. Lakaran reka bentuk beg membeli belah.
  4. Kajian teknik ikat dan celup.
  5. Kajian warna ikat dan celup.
  6. Lakaran reka letak ikat celup yang sesuai dengan reka bentuk.
  7. Lukisan tiga dimensi reka bentuk yang dipilih dalam dua sudut pandangan yang berbeza.
  8. Lukisan persembahan yang menggambarkan fungsi dalam situasi sebenar.
  9. Lukisan alat dan bahan yang digunakan serta catatan.
  10. Lakaran proses dan teknik penghasilan serta catatan mengikut urutan.

Kajian-kajian Berkaitan Dengan Soalan:
  • Koleksi pelbagai jenis beg membeli belah ( Tindakan: i-cari gambar pelbagai jenis beg membeli belah. ii-Pilih gambar-gambar beg membeli belah yang sesuai dengan rekaan  dari majalah atau cetakan dari sumber internet. iii-Tampal gambar-gambar pilihan tersebut dalam dua helai kertas lukisan.)
  • Koleksi pelbagai jenis produk yang menggunakan kaedah ikat dan celup. ( Tindakan: i-cari gambar pelbagai jenis produk yang menggunakan kaedah ikat dan celup. ii-Pilih gambar-gambar  yang sesuai dari majalah atau cetakan dari sumber internet. iii-Tampal gambar-gambar pilihan tersebut dalam dua helai kertas  lukisan)
  • Lakaran reka bentuk beg membeli belah.  ( Tindakan: i-Buat beberapa lakaran reka bentuk beg membeli belah, termasuk satu reka bentuk beg yang  menjadi pilihan anda. ii-Lukis reka bentuk beg pilihan anda tersebut pada helaian lain, bersaiz besar.  iii-Warnakah lakaran anda. )
  • Kajian teknik ikat dan celup.  ( Tindakan: i-Buat enam teknik ikatan bersama enam contoh corak yang terhasil. Satu daripada teknik ikatan tersebut adalah yang menjadi pilihan - dalam 3 helai kertas lukisan.. ii- ikatan dan corak hasil ikat celup dilukiskan/ditampal pada sehelai kertas lukisan) Hasil ikat celup sebenar diutamakan. Tampalan gambar foto juga boleh dilakukan jika tiada sumber asal.
  • Kajian warna ikat dan celup.  ( Tindakan: Buat 3 kajian celupan warna dengan teknik ikatan yang sama/ buat tiga ikatan sama pada 3 kain yang berlainan dan celupkan setiap satunya dengan warna-warna yang berlainan. i-Kajian warna satu. ii- Kajian warna dua. iii- Kajian warna tiga. Satu antara kajian adalah juga yang menjadi warna pilihan.
  • Lakaran reka letak ikat celup yang sesuai dengan reka bentuk. ( Tindakan: Buat 3 kajian reka letak cerak ikat celup pilihan pada bentuk beg pilihan . i-Kajian reka letak  satu. ii- Kajian reka letak dua. iii- Kajian reka letak  tiga. Satu antara kajian adalah juga yang menjadi reka letak pilihan.
  • Lukisan tiga dimensi reka bentuk yang dipilih dalam dua sudut pandangan yang berbeza. ( Tindakan: Buat dua helai lukisan  tiga dimensi reka bentuk beg berserta coraknya dalam dua sudut pandangan yang berbeza. .i-Lukisan sudut pandangan satu (sisi tepi).   ii- Lukisan sudut pandangan dua ( hadapan). Warnakan dengan media warna yang sesuai.)
  • Lukisan persembahan yang menggambarkan fungsi dalam situasi sebenar. ( Tindakan: Buat sehelai lukisan realistik situasi sebenar beg tersebut digunakan oleh seorang pengusaha kraf tradisional ingin menghasilkan beg membeli belah untuk mengurangkan penggunaan plastik dan menyelamatkan alam sekitar.Warnakan dan lukis dengan kemas.)
  •   Lukisan alat dan bahan yang digunakan serta catatan. ( Tindakan: Buat dua helai lukisan  alat dan bahan serta catatan untuk alat dan bahan. i-Lukisan alat dan bahan. ii- Lukisan catatan atau penerangan nama dan kegunaan alat dan bahan tersebut. Warnakan dan lukis dengan kemas.)
  • Lakaran proses dan teknik penghasilan serta catatan mengikut urutan. ( Tindakan: Buat dua/tiga helai lukisan  turutan proses dan teknik penghasilan keseluruhan tugasan berkaitan dengan kehendak soalan dalam penghasilan beg teknik ikat dan celup.. i-Lukisan Proses dan teknik penghasilan ( kajian dan lakaran awal dan penyediaan bahan). ii- Lukisan Proses dan teknik penghasilan ( ikatan dan celup) iii-Lukisan proses dan teknik penghasilan ( Proses menghasilkan beg). Setiap helai mengandungi 6 petak lukisan kajian beserta catatan. 

INFO BATIK IKAT CELUP untuk rujukan.
SEJARAH
Teknik ikat celup ialah sejenis teknik untuk menghasilkan corak pada tekstil. Teknik ini digunakan pada penghasilan kain pelangi dan shibori. Teknik ini sudah wujud sejak 618-906 SM lagi, pada zaman Dinasti Tang, Cina. Kain itu terbuat dari sutera dan berkait erat dengan masa kejayaan Jalur Sutera di Cina yang menghubungkan wilayah Cina ke sejumlah daerah disebelah timur seperti India, Timur Tengah, hingga ke Itali.

KAIN PELANGI
Kain pelangi yang dimaksudkan di sini adalah kain yang mempunyai motif-motif yang berwarna cerah atau warna muda seperti warna pelangi. Misalnya, merah jambu, kuning, putih, hijau muda dengan warna latarnya yang gelap contohnya biru tua, hijau tua dan merah tua. Teknik asal membuat kain pelangi, besar kemungkinan datang dari Gujerat, India. Ini kerana di India, masih ada kain ikat-celup seperti kain pelangi yang dibuat secara komesial dan dikenali dengan nama Bandhni maksudnya mengikat dalam bahasa India. Ikat-celup kain pelangi adalah teknik di dalam kategori tekstil resis.

DI MALAYSIA
Di Malaysia, kain yang mempunyai motif berwarna cerah atau warna muda seperti warna pelangi ini lazimnya digunakan sebagai kain selendang, jarang dibuat baju atau kain.
PERNAHKAH anda mendengar tekstil tradisional yang dikenali kain pelangi? Kain ini pernah dipakai oleh kaum wanita Melayu zaman dahulu tetapi telah lenyap setelah tercetusnya Perang Dunia Kedua.
Tekstil ini menggunakan teknik ikat celup seperti kain limar. Bezanya kain pelangi mengikat pada kain kosong yang telah siap, manakala kain limar dibuat dengan mengikat benang pakan sebelum benang itu ditenun. Tujuan teknik mengikat ini adalah untuk menghasilkan corak pada kain. Di Malaysia, lazimnya kain pelangi digunakan sebagai kain selendang, jarang dibuat baju atau kain.

PROSES PEMBUATANNYA
  1. Pilih kain yang sesuai, paling sesuainya ialah kain kapas warna putih. Kain terpilih tersebut perlulah direbus dengan air panas untuk membuangkan kanji dan bahan-bahan lain yang ada pada kain. Ini adalah untuk mempastikan kain bersih dan keupayaan membenarkan warna meresap sangat tinggi. Ini adalah sifat terpenting untuk kejayaan penghasilan corak setelah dicelup warna.
  2. Menghasilkan ikatan mengikut corak yang diingini serta kesan warna yang telah dirancang. ikatan perlu kemas, kekemasan ikatan ini akan menentukan keberkesanan corak yang akan terhasil. Bahan ikatan pelbagai: gelang getah, tali, penyepit baju dan sebagainya. Ikatan boleh dihasilkan terus pada kain atau boleh juga memasukkan objek seperti guli, batu dan sebagainya bagi mendapatkan kesan corak bulatan secara terancang dan berulang.
  3. Proses mewarna atau mencelup kain. Ada beberapa cara mewarna: Teknik SATU-Boleh terus mencelup kain ke dalam larutan warna dalam baldi atau besen. Teknik ini sesuai jika warna yang kita hendak gunakan terdiri dari keluarga warna yang sama seperti kumpulan warna panas atau warna sejuk. Ini adalah kerana teknik ini kurang selamat untuk melindungi warna cerah seperti kuning, biru muda dan seumpamanya untuk terus mengusai pada kain, ia akan diganggu dengan resapan warna yang lebih tua yang dicelup kemudiannya. Mungkin perlu membuat ikatan tambahan seterusnya pada kain setelah mencelup warna muda untuk mempastikan ia terus kekal dan tidak diresapi oleh warna celupan berikutnya. Teknik DUA-tidak melakukan celupan terus di baldi atau besen. Teknik ini melibatkan mencurah warna sama ada dengan  gelas atau botol khas dari plastik untuk dipicit atau memancutkan warna pada kain ikatan. Kita perlukan takungan untuk menakung semula sisa warna dari kain tersebut. Teknik ini sangat sesuai jika kita hendak menghasilkan warna-warna  terkawal pada kawasan-kawasan tertentu dengan warna-warna tertentu.
  4. Mengeringkan kain. kain digayutkan untuk mengeringkan warna. Ikatan hanya akan dibuka apabila kain telah kering. Ini adalah kerana untuk memastikan cerak pada kain terhasil dengan kemasnya tanpa ada resapan-resapan  cecair warna yang belum kering, corak akan menjadi kabur.
CARA MEMBUAT IKAT CELUP
[100_6160.jpg]
Proses mewarna/celup warna
[100_6139.jpg]
Proses mewarna/celup warna
[100_6116.jpg]
Pengeringan warna














CARA MEMBUAT IKATAN



[Picture17.png]
[Picture18.png]

CONTOH CORAK-CORAK TERHASIL DARI TEKNIK IKAT CELUP






















  
CONTOH-CONTOH REKAAN BEG MEMBELI BELAH






















CONTOH PRODUK DARI TEKNIK IKAT CELUP

ILUSTRASI CONTOH IKATAN

Draf Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2012





3 comments:

  1. sng nye kajian spm 2012 ,, :((( spm 2013 smuenyeee sush kne wt 3 dimensi tuh :(

    ReplyDelete
  2. bagaimana dengan "Kajian-kajian Berkaitan Dengan Soalan" untuk tugasan ukiran kayu?

    ReplyDelete
  3. Sila bbcang dgn gru anda. Snarai tgasan ada pd soalan. Scara umumnya khendak soalan adalh sama dgn soalan2 lain.

    ReplyDelete