Thursday, 20 February 2014

Tugasan 2 - KRSV 2014


BIDANG : REKA BENTUK
TAJUK : REKA BENTUK INDUSTRI
PRODUK : MOTOSIKAL ORANG KELAINAN UPAYA (OKU)


SITUASI
Anda mempunyai seorang sahabat Orang Kelainan Upaya (OKU) yang mengalami kecacatan di bahagian kakinya. Kecacatan ini menyukarkannya bergerak kerana motosikal yang sedia ada tidak mesra OKU.


TUGASAN
Anda sebagai seorang sahabat yang prihatin dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan
satu reka bentuk motosikal OKU bagi memudahkan sahabat anda bergerak dan menjalankan
aktiviti harian dengan mudah.



Portfolio kajian anda hendaklah mengandungi perkara berikut:
1. Koleksi gambar pelbagai jenis motosikal yang bersesuaian.
2. Lukisan atau catan realistik motosikal OKU sedia ada.
3. Lakaran olahan dan perkembangan idea reka bentuk motosikal OKU serta catatan.
4. Lukisan reka bentuk motosikal OKU yang dipilih.
5. Kajian warna motosikal OKU yang dipilih dengan catatan dan skema warna.
6. Lukisan tiga dimensi dari tiga sudut pandangan berbeza.
7. Ilustrasi persembahan yang menggambarkan fungsi dalam situasi sebenar.
8. Lukisan alat dan bahan yang digunakan serta catatan.
9. Lukisan atau gambar foto proses dan teknik penghasilan serta catatan mengikut urutan.


Berdasarkan kajian tersebut, model reka bentuk motosikal OKU anda hendaklah mengikut
spesifikasi berikut:
Bahan : Bebas dan bersesuaian
Ukuran : Panjang
- 30cm 
Lebar- mengikut kesesuaian  
Tinggi- 15cm  
Bilangan warna : Bebas
Contoh: