- Lukisan
- Catan
- Arca
- Cetakan
SENI HALUS
Pengenalan
Seni Halus merujuk pada 4 bidang penghasilan karya. Dalam unit ini, pelajar akan didedahkan dengan pengetahuan awal dan pelbagai teknik menghasilkan karya yang menzahirkan persepsi terhadap sesuatu perkara atau fenomena.
Pelajar juga dapat menggunakan kemahiran mereka, teknik melukis dan mewarna, menghasilkan gambar dengan menggunakan bahan untuk menghasilkan ton, jalinan, pencahayaan, ruang, perspektif dan komposisi.
Pelajar diperkenalkan dengan sejarah catan, teknik, gaya dan pendekatan melalui aliran, gerakan, zaman diguna dan diamalkan oleh pelbagai pihak atau golongan. Pelajar juga dapat meluahkan perasaan membuat interpretasi, pandangan dan merakamkan gambaran yang diterjemahkan dalam bentuk imej visual.
Unit ini juga memberi ruang kepada pelajar untuk mengkaji dan menikmati nilai estetik dalam perkaryaan seni arca dan cetakan. Kedua-duanya memerlukan pengamatan dan kemahiran yang tinggi untuk menghasilkan karya yang dipandang dari pelbagai sudut.
Pengenalan
- Lukisan adalah karya dihasilkan memperlihatkan penggunaan atau aplikasi garisan, menggunakan bahan atau medium kering bagi mendapatkan kesan rupa dan bentuk (ilusi) pada sesuatu permukaan.
- Ia memaparkan gambaran rupa dan bentuk asas sesuatu permukaan terutamanya yang dihasilkan oleh garisan. Menjadi asas kepada semua kegiatan mengambar.
- Lukisan merupakan kerja permulaan sebelum kegiatan lanjutan dalam bidang catan, cetakan, arca dan lain-lain.
- Lukisan digunakan sebagai cara mengungkapkan pengalaman, perasaan dan kenangan dengan persembahan yang pelbagai.
- Lukisan awal di tanah air dijumpai sejak zaman batu. Manusia pada ketika itu melukis pada dinding gua seperti di Gua Niah, Sarawak dan Gua Tambun, Perak. Gambaran yang dilukiskan menggambarkan aktiviti dan perasaan mereka.
- Pelbagai jenis lukisan: Lukisan figuratif, Lukisan fantasi, Lukisan ilustrasi,Lukisan kajian, Lukisan kontour, Lukisan Gesture, Luksian teknikal, Lukisan kartun
-
pTertumpu kepada mengkaji dan melukis tubuh manusia atau binatang.Pelukis perlu memahami anatomi terlebih dahulu untuk melukis.Melukis figuratif adalah amat sukar kerana dari segi kadar bandinganadalah perkara yang menentukan keindahan dalam karya lukisanfiguratif. Alat dan Bahan Melukis
Media Lukisan
- Pensel
- Pensel warna
- Arang
- Pen dan dakwat
- Pen teknikal
- Pastel
- Krayon
- Pen marker
- Pen Fil
- Konte
- Perisian komputer
- Bagi lukisan yang menggunakan media pensel, pelukis mestilah mengetahui gred-gred pensel yang patut digunakan dan cara memegangnya dengan betul.
- Lukisan yang dihasilkan dengan menggunakan arang, pastel dan krayon, biasanya disapu atau disembur dengan satu lapisan pemati (fixatif) supaya kesan lukisan tidak tertanggal apabila disentuh.
- Kemajuan teknoloji pengkomputeran era terkini banyak membantu kerja-kerja perlukisan dalam dunia digital dan komunikasi.
Teknik Melukis
-Bergantung pada jenis alat atau medium yang digunakan. Teknik tersebut ialah;
- Teknik garisan selari (alatan:pen, pen teknikal)
- Teknik garisan menyilang tidak menentu (alatan:pen, pen teknikal)
- Teknik titik (alatan:pen, pen teknikal, pen marker
- Teknik gosokan (alatan: pensel, arang, pastel, konte)
- Teknik lorek (alatan:pensel, pensel warna,pen dan sebagainya)
- Teknik campuran (alatan: pelbagai media kering)
Asas-asas Sebelum Melukis
1. Beberapa kemahiran perlukisan perlu difahami sebelum mula melukis:
-Perspektif dalam lukisan kesan dari jarak dan arah pandang yang berbeza.
-Pemilihan hal benda dan tema yang sesuai.
-Menentukan pencahayaan serta komposisi.
-Membuat lakaran kasar
-Boleh menghasilkan ton terang-gelap pada objek kerana cahaya dan juga bentuk sesuatu objek.
-Berkebolehan untuk menentukan fokus gambaran objek atau gubahan beberapa objek dalam paparan lukisan.
2. Melukis bermaksud mengaplikasikan asas seni reka. Unsur-unsur seni seperti rupa, bentuk, ruang, jalinan dan warna perlu bagi menghasilkan lukisan yang realistik.
3. Memahami tema yang dilukis sama ada gubahan fikiran, figura, reka bentuk, alam benda atau alam semula jadi membantu kualiti penghasilan.
4.Teknik, bahan dan medium yang digunakan juga mempengaruhi dalam menentukan kualiti penghasilan karya lukisan. Seseorang pelukis perlu menerokai kesan dari penggunaan medium yang berlainan untuk menilai dan menentukan medium yang paling dikuasainya.
Proses Melukis
Langkah-langkah yang terlibat dalam proses melukis:
1. Beberapa kemahiran perlukisan perlu difahami sebelum mula melukis:
-Perspektif dalam lukisan kesan dari jarak dan arah pandang yang berbeza.
-Pemilihan hal benda dan tema yang sesuai.
-Menentukan pencahayaan serta komposisi.
-Membuat lakaran kasar
-Boleh menghasilkan ton terang-gelap pada objek kerana cahaya dan juga bentuk sesuatu objek.
-Berkebolehan untuk menentukan fokus gambaran objek atau gubahan beberapa objek dalam paparan lukisan.
2. Melukis bermaksud mengaplikasikan asas seni reka. Unsur-unsur seni seperti rupa, bentuk, ruang, jalinan dan warna perlu bagi menghasilkan lukisan yang realistik.
3. Memahami tema yang dilukis sama ada gubahan fikiran, figura, reka bentuk, alam benda atau alam semula jadi membantu kualiti penghasilan.
4.Teknik, bahan dan medium yang digunakan juga mempengaruhi dalam menentukan kualiti penghasilan karya lukisan. Seseorang pelukis perlu menerokai kesan dari penggunaan medium yang berlainan untuk menilai dan menentukan medium yang paling dikuasainya.
Proses Melukis
Langkah-langkah yang terlibat dalam proses melukis:
- Pilih objek yang sesuai dan menarik
- Tentukan sudut pandangan dengan mengambil kira komposisi, perspektif, ton, bentuk dan ruang serta ton.
- Pilh alat dan medium yang sesuai dengan kertas yang dipilih.
- Gunakan teknik yang sesuai bagi menunjukkan kesan cahaya, bentuk dan ruang serta ton.
- Buat penditilan bagi bahagian-bahagian yagn dijadikan fokus supaya dapat membentuk jalinan dan ton yang lebih berkesan.
BAB 17 arca
17.1 Pengenalan
1 Arca ialah satu karya seni halus yang dihasilkan
melalui aktiviti binaan
2 membentuk arca bermakna kita menghasilkan bentuk binaan
tiga dimensi
3 ciri-ciri tiga dimensi inilah yang membezakan seni arca
dengan karya seni tampak yang lain
4 arca mempunyai permukaan yang dapat dirasa serta dapat
dipandang dari pelbagai sudut seperti atas,bawah,kiri atau kanan
5bentuk arca berbeza jika dipandang dari pelbagai sudut
yang berlainan
6arca memggabungkan semua unsur seni seperti
garisan,jalinan,rupa,bentuk,ruang dan warna
7dalam gubahan arca,seseorang itu perlu mempertimbangkan
prinsip-prinsip rekaan seperti imbangan,harmoni,penegasan dan kepelbagaian
8setiap arca yang dibentuk itu mempunyai maksud dan falsafahnya
yang tersendiri bagi diri pelukis atau masyarakatnya
9biasanya,arca dibuat daripada bahan-bahan seperti
kayu,besi tanah liat,batu,lilin,logam,plaster of paris dan sebagainya.
17.2 Sejarah Arca di Malaysia
1 Arca mula berkembang di Malaysia dengan memperkenalkan
arca estetika moden pada sekitar tahun 1960-an.
2 Pengarca tempatan yang merintis jalan dalam
memperkenalkan seni arca ialah anthony Lau,Latiff Mohidin,Syed Ahmad,Jamal,dan
lain-lain
3 Generasi mida yang turut melibatkan diri dalam
penghasilan karya arca ialah Mat Annuar Ismail,Raja Shariman Raja Aziddin,Wong
Pei Yu dan lain-lain.
4 Sebuah laman asean diwujudkan untuk mengumpulkan karya
arca sempena menyambut ulang tahun ke-20 penubuhan ASEAN yang terletak
berhampiran dengan Tugu Peringatan Kuala Lumpur.
17.3 Jenis-jenis Arca
1 arca boleh bersifat ‘realis’ataupun ‘abstrak’.arca
terbahagi kepada dua jenis,iaitu arca berfungsi dan arca estetik.
Arca Berfungsi
1 Arca berfungsi ialah rekaan tiga dimensi yang
dihasilkan kerana mempunyai tujuan atau kepentingan tertentu.Walaupun tujuan
arca berfungsi dibentuk untuk digunakan,tetapi arca ini mempunyai ciri-ciri
estetikanya tersendiri.
2 Contohnya,arca berfungsi seperti menara,kubah
masjid,ulu keris,patung-patung pemujaan,tugu kebangsaan,tabung dan sebagainya.
3 Ia juga dibina di taman-taman permainan bagi
membolehkan kanak-kanak bermain di dalamnya.
4 Hasil kraf tangan tradisi melayu boleh disifatkan
sebagai arca berfungsi.
Arca Estetik
1Arca estetik ialah arca yang dihasilkan untuk dihayati
semata-mata.Arca ini tidak mempunyai fungsi tertentu,selain menjadi hiasan
semata-mata atau untuk diperagakan atau tujuan penghayatan nilai estetika
sahaja.
2 Pada masa ini,terdapat arca estetik yang dibentuk
berdasarkan objek sebenar di alam nyata atau ada arca yang berimej abstrak.
3 keindahan pada arca jenis ini dapat dihayati dari unsur
seni dan prinsip rekaannya.
17.4 Jenis dan Bentuk Arca
1 Arca boleh dibahagikan kepada beberapa bentuk utama
berdasarkan teknik dan bahan yang digunakan.
2 Antara yang porpular termasuklah:
(a)
Arca tambahan
(b)
Arca luakan
(c)
Arca asemblaj
(d)
Arca binaan
(e)
Arca acuan
Arca Tambah
Arca tambahan dihasilkan dengan menambahkan
bahagian-bahagian tertentu.
2 Bahagian-bahagian yang ditambah ini melalui cara
pencantuman dengan gam,paku dan sebagainya.
3 Bahan-bahan yang boleh digunakan untuk teknik ini ialah
tanah liat,lilin,plaster of paris dan sebagainya bahan lain yang lembut dan
liat.
Arca Luakan
1 Arca luakan dihasilkan dengan membuang atau
mengeluarkan bahagian-bahagian yang tertentu.
2 Biasanya,pelukis menggunakan teknik mengukir bahan
seperti kayu,batu,lilin,sabun dan sebagainya untuk membentuk arca.
3 Peralatan yang digunakan dalam teknik ini adalah
seperti pahat,penukul,gergaji,kikir dan sebaginya.
Arca Asemblaj
1 Teknik menghasilkan arca asemblaj menggunakan
bahan-bahan yang pelbagai seperti kayu,logam,kertas keras dan sebagainya.
2 Biasanya,arca
ini menggunakan bahan-bahan buangan.
3 Melalui teknik ini,bahagian-bahagian tertentu daripada
pelbagai bahan dicantum atau ditampalkan.
Arca Binaan
1 Teknik pembentukan arca binaan hampir sama dengan
teknik arca tambah
2 Arca ini terhasil melalui cantuman bahan-bahan
tertentu.Contoh arca ini ialah binaan batu-bata yang menggunakan campuran pasir
dan simen.
Arca Acuan
1 Arca acuan dihasilkan melalui teknik acuan.
2 Sebelum arca dihasilkan,pelukis perlu menghasilkan
cetakan yang akan menghasilkan imej arca yang dikehendaki.
3 Antara bahan yang diperlukan ialah simen,plaster of
paris,tanah liat dan sebagainya.
17.5 Proses Membentuk Arca
Media
1 Bahan yang digunakan untuk membentuk arca tersebut ialah
sbun atau lilin.
2 Peralatan yang digunakan ialah pisau pengukir,tukul
kayu,kertas pasir dan pahat
Teknik
1 Teknik yang diperlukan ialah luakan
2 Teknik ini terbahagi kepada dua,iaitu mengukir dan
memotong
Proses Membentuk Arca
1 Berdasarkan bentuk buah-buahan,buat lakaran untuk
membentuk arca.
2 Ukir sabun menggunakan pisau ukir bagi membentuk arca
yang dikehendaki
3 Jika terdapat bahagian yang perlu ditebuk,gunakan pahat
dan tukul kayu untuk membuat tebukan
4 Setelah bentuk arca yang dikehendaki siap
dibentuk,kemaskan permukaan arca dengan menggosoknya dengan menggunakan kertas
pasir.
Catan xde ker?
ReplyDeletesaya rasa itu membuat batik..saya juga tidak tahu
ReplyDelete