KERTAS SOALAN KERJA KURSUS
KAJIAN REKAAN SENI VISUAL SPM 2014
Kajian Rekaan Seni Visual SPM 2014
Panduan Perlaksanaan KRSV
Format Pentaksiran
Analisis dan penerangan tentang skop tugasan
akan saya buat sedikit masa lagi.
Panduan Perlaksanaan KRSV
Format Pentaksiran
Soalan-soalan pilihan
akan saya buat sedikit masa lagi.
ARAHAN KEPADA CALON
1. Calon SPM yang mengambil mata pelajaran Pendidikan Seni Visual wajib melaksanakan kerja kursus ini. Calon yang tidak melaksanakannya adalah dianggap TIDAK HADIR bagi mata pelajaran Pendidikan Seni Visual.
2. Kajian Rekaan Seni Visual (KRSV) hendaklah dilaksanakan secara individu dari bulan FEBRUARI hingga JULAI 2014.
3. Dokumentasi serta catatan bukti kajian hendaklah ditulis tangan atau menggunakan cetakan komputer.
4. Semua bukti kajian, lakaran proses dan hasil rekaan hendaklah asli, dihasilkan sendiri oleh calon dan tidak ditiru dari mana-mana sumber.
5. Bukti kajian dan lakaran kajian hendaklah dihasilkan menggunakan kertas berukuran lebih kurang 28cm X 38cm.
6. Calon hendaklah mendapatkan bimbingan guru mata pelajaran dalam pemilihan tugasan dan sepanjang pelaksanaan kerja kursus tersebut.
7. Calon hendaklah mendapatkan pengesahan daripada guru pembimbing setiap kali sesi perbincangan dengan mendapatkan tandatangan guru dan tarikh.
8. Calon mestilah memenuhi semua aspek dalam ktiteria penskoran untuk mendapatkan gred cemerlang dan baik. Gred cemerlang dan baik akan dicatat dalam sijil pencapaian calon yang dikeluarkan oleh pihak sekolah. Pencapaian Memuaskan, Sederhana dan Tidak Mencapai Tahao Minimum tidak akan dicatat dalam sijil tersebut.
9. Lakaran yang menggunakan komputer sepenuhnya dihadkan kepada tiga helai sahaja.
10. Calon boleh menggunakan warna dan media lain untuk lakaran kajian.
11. Hasil kerja calon hendaklah dilakukan secara manual dan calon tidak dibenarkan mengasilkan kerja dalam bentuk kolaj sepenuhnya.
12. Semua bukti hasil kajian hendaklah dimasukkan ke dalam satu sampul portfolio. Calon digalakkan menjilid hasil kajian.
13. Penilaian proses kerja dan pemberian markah calon akan dilakukan sepanjang masa kerja kursus dilaksanakan berdasarkan aspek dan kriteria.
14. Semua hasil kajian, lakaran proses dan hasil rekaan hendaklah kemas.
PEMILIHAN SOALAN DAN SKOP TUGAS
Pemilihan soalan hendaklah dimulai dengan berbincang bersama guru pembimbing. Ada beberapa kriteria pemilihan soalan yang patut menjadi dasar pertimbangan. Dasar pemilihan ini adalah penting bagi mengelakkan dari kesukaran dalam proses penghasilan folio dan artifak serta mengelak pembazir masa.
Teras pemilihannya adalah keupayaan guru dan calon sendiri. Pengetahuan dan kemahiran guru sangat membantu kelancaran calon dalam penghasilan tugasan. Selalulah berbincang dengan guru serta pastikan ada catatan dari guru pada setiap tugasan/helaian folio yang dinilai oleh guru pembimbing. Tugasan yang dinilai guru bukanlah sesuatu yang muktamad. Calon boleh memperbaiki dari masa kesemasa, dan perubahan markah akan dilakukan oleh guru apabila penilaian akhir dibuat nanti. Ia merupakan penilaian berterusan, berkala dan direkodkan berterusan.
Faktor kemudahan media dan peralatan perlu dipertimbangkan juga. Peralatan yang mencukupi dan mudah diperolehi membantu kelancaran proses penghasilan, ini akan menjimatkan masa dan sangat menyokong peningkatan mutu penghasilan.
Perkongsian kepakaran satu hal juga yang patut diambil kira dalam pemilihan soalan. Kepakaran guru, pandai tukang tempatan serta institusi kerja tangan yang berada di persekitaran tempat/lokasi sekolah akan menjadi penyokong kuat dalam penghasilan kerja folio dan artifak yang bermutu.
Tugasan-tugasan yang buat dari soalan yang telah dipilih akan dilakukan berterusan mengikut prosedur tugasan dan semakan yang telah ditentukan oleh guru pembimbing. Anda atau calon dikehendaki menghasilkan Folio dan Artifak terbaik hasil kerja sendiri dengan bimbingan guru pembimbing. Tempoh untuk menyiapkan keseluruhan tugasan tersebut ialah mulai Februari -Julai tahun 2014.

Secara ringkasnya
SOALAN-SOALAN TUGASAN
adalah seperti berikut:.....
SOALAN-SOALAN TUGASAN
adalah seperti berikut:.....
Tugasan 1
Bidang: Reka Bentuk
Tajuk : Lanskap Persekitaran
Tugasan 2
Bidang: Reka Bentuk
Tajuk : Reka Bentuk Industri
Produk : Motosikal Orang Kelainan Upaya (OKU)
Klik untuk maklumat lanjutan
Klik untuk maklumat lanjutan
Tugasan 3
Bidang: Komunikasi Visual
Tajuk : Ilustrasi dan Pembungkusan
Produk : Sarung Buku
Klik untuk maklumat lanjutan
Klik untuk maklumat lanjutan
Tugasan 4
Bidang: Seni Halus
Tajuk : Arca
Produk : Arca Binaan
Klik untuk maklumat lanjutan
Tugasan 5
Bidang: Kraf Tradisional Dimensi Baharu
Tajuk : Tenunan
Produk : Hiasan Dinding
Klik untuk maklumat lanjutan
Tugasan 6
Bidang: Seni Halus
Tajuk :Cetakan
Produk : Reka Corak Baju T
Klik untuk maklumat lanjutan
Tugasan 7
Bidang: Komunikasi Visual
Tajuk : Reka Bentuk Iklan
Produk : Risalah
Klik untuk maklumat lanjutan
Tugasan 8
Bidang: Reka Bentuk Industri
Tajuk : Perabot
Produk : Rak Buku Kanak-kanak
Klik untuk maklumat lanjutan
Tugasan 9
Bidang: Kraf Tradisional
Tajuk : Ukiran Kayu
Produk : Tabung Duit
Klik untuk maklumat lanjutan
Klik untuk maklumat lanjutan
No comments:
Post a Comment