selamat datang ke blog Senivisual-gcpsvsmkbera.blogspot.com. Satu usaha ke arah KECEMERLANGAN SENI VISUAL. Untuk paparan terbaik sila guna google chrome.Terima Kasih

Thursday 20 February 2014

Tugasan 1 - KRSV 2014

BIDANG : REKA BENTUK
TAJUK : LANSKAP PERSEKITARAN
PRODUK : LANSKAP KEDIAMAN


SITUASI
Sumber di bawah menunjukkan rumah pangsa.





Akibat daripada harga hartanah yang semakin tinggi, banyak rumah pangsa dibina bagi menampung keperluan perumahan penduduk. Rumah pangsa tidak mempunyai laman yang boleh dibuat lanskap kediaman untuk tujuan meredakan tekanan selepas pulang dari kerja. Rumah pangsa hanya mempunyai balkoni yang kecil. Balkoni inilah yang digunakan oleh penghuni untuk berehat dan mengambil angin bagi meringankan ketegangan dan kepenatan sambil melihat pemandangan luar.

TUGASAN
Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan satu reka bentuk lanskap kediaman yang menarik di kawasan balkoni rumah pangsa. Anda haruslah mengambil kira saiz balkoni yang kecil dan terhad.


Portfolio kajian anda hendaklah mengandungi perkara berikut:


1. Koleksi gambar lanskap yang berkaitan dengan tajuk sebagai sumber ilham.
2. Koleksi gambar pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan dan hiasan yang sesuai.
3. Lakaran pelan konsep mengikut skala.
4. Lakaran tumbuh-tumbuhan dan hiasan yang sesuai untuk lanskap.
5. Lukisan atau catan realistik beberapa tumbuhan yang dipilih.
6. Lakaran reka letak tumbuhan dan hiasan.
7. Lakaran pelan tapak yang sebenar mengikut skala.
8. Lukisan dari tiga sudut pandangan yang menarik.
9. Lukisan persembahan pada situasi sebenar.
10. Lukisan alat dan bahan yang digunakan serta catatan.
11. Lukisan atau gambar foto proses dan teknik penghasilan serta catatan mengikut urutan.


Berdasarkan kajian tersebut, model rekaan lanskap kediaman tersebut mestilah mengikut spesifikasi berikut:
Bahan : Bebas
Teknik : Bebas
Ukuran : Panjang
- 45cm  
               Lebar - 25cm  
Tema : Mengikut kajian
 


Nota:
1. Hasil kerja anda hendaklah kukuh dan stabil.
2. Model tumbuh-tumbuhan dan hiasan hendaklah dihasilkan oleh pelajar sendiri.
 
* Soalan-soalan tugas lain

No comments:

Post a Comment