selamat datang ke blog Senivisual-gcpsvsmkbera.blogspot.com. Satu usaha ke arah KECEMERLANGAN SENI VISUAL. Untuk paparan terbaik sila guna google chrome.Terima Kasih

Tuesday, 8 May 2012

Catan

Catan

a- Pengenalan



1. Catan ialah proses menghasilkan karya seni halus dengan menggunakan bahan berwarna atau cat yang disapu ke atas sesuatu permukaan yang rata. Aktiviti catan membolehkan seseorang menyedari serta dapat merakamkan kesan cahaya pada bentuk, rupa serta susunan yang terdapat pada alam sekitar. 

2. Catan adalah bebeza dengan lukisan. Lukisan menggunakan media kering dan memperlihatkan dengan jelas penggunaan garisan. Sebaliknya, catan menggunakan media basah sama ada warna berbahantara air atau minyak tanpa memperlihat kesan garisan dalam gubahan pada objek-objek catan, kesan garisan hanya wujud akibat kesan ton warna dan atau sememangnya sifat bergaris pada objek berkenaan.

Catan Akrilik: 
memerlukan kepakaran yang sangat tinggi dalam mengadun warna .
3. Catan merupakan perbuatan meletakkan pewarna "pigment" terlarut dalam pelarut (atau medium) dan agen pengikat (gam) kepada permukaan (sokongan) seperti kertas, kanvas atau dinding. Ini dilakukan oleh pencatan; takrif ini digunakan terutamanya jika ia merupakan kerjayanya. Manusia telah mulai melukis 6 kali lebih awal atau lama berbanding penggunaan tulisan.
Catan minyak: Palitan warna yang tebal, menimbulkan kesan jalinan yang menarik.

Catan minyak-Monalisa: Karya Leonardo Da Vinci-
menjadi karya agung dunia catan.
b- Sejarah Catan

1. Seni catan dan lukisan dinding yang terawal dihasilkan oleh manusia adalah pada 30,000 tahun dahulu, ia itu pada  zaman paleolitik lagi. Manusia pada zaman itu masih belum mengenal erti bercucuk tanam, mereka hanya memburu untuk hidup.

2. Lukisan-lukisan ini dihasilkan oleh orang-orang zaman batu yang tinggal dan berteduh di dalam gua serta hidup dalam puak-puak atau kumpulan. Lukisan-lukisan ini merupakan imej binatang, dilukis bagi tujuan keagamaan dan penyembahan kepada tuhan mereka untuk kejayaan memburu hari esok. Berdoa untuk dimurahkan rezeki. Di samping itu upacara ritual akan diadakan pada malam-malam tertentu dengan tarian dan nyanyian di hadapan unggunan api(ala ala Red Indian) bagi memuji dan meminta rezeki dari tuhan mereka.Semakin lama, gua itu semakin sarat dengan lukisan yang semakin harinya semakin cantik dengan teknik serta penggunaan medianya juga semakin diperkembangkan. Bermula daripada teknik melukis dengan arang, ia kemudiannya diperbaiki dengan teknik cetakan atau hand-stencil dengan menggunakan getah-getah tumbuhan sebagai warna.

3. Antara gua-gua yang terawal dihuni oleh orang-orang batu ini adalah Gua Cosquer yang terletak di Maditerranean Coat berhampiran Marseilles, Perancis  yang kini lebih daripada separuh gua ini sudah ditenggelami laut tetapi lukisan-lukisannya masih lagi dapat dilihat dengan jelas. Sehingga kini, gua ini masih lagi menjadi pusat penyelidikan para penyelidik seni dan ahli-ahli arkeologi. Disamping itu, gua ini juga menjadi salah satu pusat perlancongan di Marseilles.

Catan pada dinding gua

catan pada dinding gua

5. Aktiviti-aktiviti purba ini juga dilakukan dengan tidak kurang kreatifnya oleh orang-orang batu yang menghuni gua-gua di timur Sepanyol, Italy, Jerman, selatan Rusia dan utara Afrika dan banyak lagi negara  Eropah.

6. Inilah asal-usul lukisan dinding dan juga seni catan. Walaupun pada asalnya hanya contengan tetapi ia adalah sumber sejarah yang amat bernilai untuk mengetahui sosio-budaya masyarakat pada masa itu. Itulah sumbangan terpenting lukisan atau catan dalam pensejarahan peradaban manusia. 


7. Sejarah catan dikatakan bermula pada Zaman Yunani Purba. Gambaran yang dibuat mengisahkan aktiviti keagamaan. Media yang digunakan ialah mozek dan fresco. Pada Zaman Renaissance yang merupakan zaman kemuncak seni lukis di Eropah, media yang digunakan ialah cat minyak, cat air, fresco dan tempera.
catan fresco-lukisan pada dinding,unsur keagamaan.

catan fresco-lukisan pada dinding, unsur keagamaan.
8.  Pada abad ke-20, muncul satu aliran baharu dalam persembahan catan yang mempersembahkan catan yang mempersembahkan karya seni abstrak dan semi abstrak. 

9. Di Malaysia, catan mula berkembang sekitar tahun 1930-an. Pelukis yang terkenal ialah Abdullah Ariff dan Yong Mun Sen yang banyak menggunakan media cat air.


c- Media Catan

1. Cat Air


Pengenalan:
  • Bahan warna dalam karya cat air ialah pewarna dalam bentuk kek atau tiub. Ia bersifat lut sinar, lembut dan boleh dibuat legap sekiranya cat air diambil terus dari tiub. Cat air akan menjadi tebal atau pekat warnanya sekiranya disapu berlapis-lapis.
  •  Bahantara yang digunakan ialah air. Kertas yang digunakan ialah kertas cat air, berus yang sesuai digunakan untuk karya cat air ialah jenis lembut dan beraiz antara 000 hingga 14.
  • Palet juga diperlukan untuk membancuh warna. Sebuah bekas seperti gelas atau botol yang bermulut lebar diperlukan untuk mengisi air bersih dan untuk mencuci berus
  • Terpentingnya cat air ini adalah kepakaran pengkarya meneroka dan aplikasi kesan-kesan khas pada objek-objek tertentu dalam karya. Juga kepakaran menggunakan warna cair yang lut sinar secara terancang. 
  • Menggunakan jenama terpilih juga dapat membantu penghasilan karya bermutu.
 Contoh Warna Cat Air:
Warna air (Water colour) Jenis TUBE.
Warna Air Jenis KEK (water  colour cake)




Contoh Karya Cat Air








2. Cat Poster

1. Cat poster boleh didapati dalam tiub atau botol. Ia mengandungi pengilat larut air dan bersifat legap. Bahantara yang digunakan ialah air. Berus yang digunakan untuk berkarya menggunakan cat poster ialah jenis lembut dan keras. Manakala kertas daripada jenis ‘cartridge’ yang tebal dan berpermukaan licin digunakan. Air yang bersih diperlukan untuk menghasilkan campuran warna.

2. Sifat cat poster adalah legap. Ia sangat berbeza kesan sapuan warnanya jika dibandingkan dengan warna air walaupun pelarutnya sama. Warna air terkenal dengan keupayaan teknik cairnya tetapi cat poster khusus untuk kerja-kerja pewarnaan yang legap sahaja. Ia lebih sesuai untuk mewarnakan kerja-kerja grafik kerana sapuannya rata.


warna poster

3. Cat Tempera


1. Bahan warna berbentuk serbuk atau perekat dalam tiub yang sedia proses. Ia mengandungi bahan pengilat seperti kuning telur atau gam cecair. 


2. Untuk menghasilkan karya menggunakan cat tempera, alat dan bahan yang digunakan ialah berus jenis lembut atau keras, kertas tebal, kain kanvas atau papan. Biasanya teknik yang diaplikasikan ialah disapu mengikut lapisan yang nipis, jalur sapuan diselang-selikan supaya kesan warna rata dan licin.

3.  Ia dalah pewarna kekal dan cepat kering, dilarutkan dengan air. Penggunaan warna tempera telah bermula sejak lama dahulu. Ia juga digunakan untuk membuat catan poster.
warna tempera
karya dari warna Tempera
Tajuk:Madonna and Child
Pelukis: Duccio,


4. Cat Akrilik

Cat Akrilik adalah cat yang mudah kering. Ia mengandungi pigment emulsi polimer akrilik. Ia boleh dilarutkan dengan air, tetapi setelah ia kering ditidak boleh dilunturkan dengan air atau tidak telap air.  Ia bergantung kepada bahan campuran semasa penggunaan warna tersebut. Kesan cepat kering warna akrilik boleh dilambatkan dengan campuran bahan tertentu (acrylic retarders). Ini penting juga bagi membantu pengkarya mengadun warna dengan ton atau kesan yang dikehendaki. Warna akrilik bersifat legap dan kesannya berkilau.

Kesan berkilau hampir sama dengan cat minyak. Tetapi warna ini sifatnya sangat berbeza dengan cat minyak. Cat minyak adalah berasaskan minyak, akrilik berasaskan air. Masa kering warna antara kedua-duanya sangat jelas berbeza . Warna minyak lambat kering manakala warna akrilik sangat cepat kering, ini menyukarkan dalam penghasilan ton jika pengkarya kurang mahir  mengolah bancuhannya. 

Warna akrilik juga mempunyai kelebihan kerana boleh dicampur dengan jenis warna lain seperti pastel, arang, pen dan lain-lain. Warna ini popular digunakan oleh pelukis warna untuk cetakan lino, warna potret, semburan (airbrushing), teknik cat air dan cetakan skrin untuk pakaian. 

 Contoh Warna Cat Akrilik:





Contoh Karya Cat Akrilik:









5. Cat Minyak
Cat minyak boleh diperoleh dalam bentuk tiup. Bahantaranya ialah turpetine. Bahan pengilat  ialah minyak linsid, minyak poppy atau minyak kacang. Berus yang digunakan adalah jenis lembut dan keras, pisau palet, kekuda, kanvas, papan, kayu playwood dan kadbod. Teknik yang diaplikasikan ialah teknik impasto, glazing, cat tepat atau hard edge, titik, scumbling atau teknik melembut.

Contoh Cat  Minyak:
warna minyak
Contoh Karya Cat Minyak:








d- Teknik Catan


1. Teknik Cat Air

Teknik Basah Atas Kering


Ciri-ciri:
Teknik ini melibatkan sapuan warna basah ke atas permukaan kertas yang kering untuk menghasilkan kesan legap. Teknik ini banyak digunakan kerana sesuai dengan beberapa jenis media dan agak senang dikawal sapuan warnanya. Teknik ini juga boleh menggunakan warna yang basah dan disapukan ke atas lapisan warna yang telah kering bagi mendapatkan kesan lut sinar.

Campuran Warna:
Campuran warna yang hendak digunakan haruslah tidak pekat dan tidak terlalu cair. Kertas hendaklah kering. Sapuan berus yang spontan adalah digalakkan.


Cara:
Warna disapu ke atas kertas lukisan yang kering. Mulakan dengan lapisan yan nipis dan ditindih berperingkat-peringkat dengan ton yang semakin gelap. Untuk mendapatkan kesan transparensi, basahkan berus dan celup ke dalam warna yang cair, sapu di atas kertas lukisan. Biarkannya kering dan ulangi aktiviti yang sama.

Teknik Basah Atas Basah


Ciri-ciri:
Teknik ini melibatkan sapuan warna cair ke atas permukaan kertas yang basah. Ia menghasilkan kesan lut sinar. Teknik ini merupakan teknik yang dramatik bagi media cat air dan yang paling sukar untuk dikawal sapuannya. Pelukis harus membiarkan warna terdahulu yang masih lembap. Sapuan warna berikutnya adalah lebih tinggi kandungan air dan pewarnanya. Jika tidak, warna akan bercampur dan hasilnya nampak kotor.


Campuran warna:
Campuran warna hendaklah tidak terlalu pekat atau terlalu cair. Sebaik-baiknya ia harus mempunyai nilai warna yang cukup terang. Ini kerana warna cat air akan nampak kurang cerah apabila kering. Gunakan sapuan berus yang spontan.

Cara:
Kertas dibasahkan dengan satu lapisan air atau warna yang cair. Warna disapukan apabila permukaan masih basah. Jika menggunakan lakaran pensel, elakkan daripada memadam garisan kerana ini akan menimbulkan kesan berbulu. Seterusnya ia akan meninggalkan kesan kering berlegap.

Teknik Berus Kering


Ciri-ciri:
Teknik yang melibatkan sapuan warna terus dari tiub ke atas permukaan kertas. Teknik ini boleh juga melibatkan sapuan warna yang pekat ke atas lapisan warna yang telah kering untuk menghasilkan kesan jalinan. Ia akan memberi kesan kering berlegap.


Campuran warna:
Gunakan warna terus dari tiub atau bancuhkan warna yang dikehendaki itu dahulu dengan pekat. Kertas hendaklah kering. Sebaik-baiknya, asingkan warna yang telah dibancuh.


Cara:
Gunakan berus yang kering untuk mengambil warna yang telah dibancuh. Warna disapukan dengan rata pada bahagian tertentu di atas permukaan kertas yang kering. Sapukan pada bahagian tersebut satu demi satu supaya warna pada setiap bahagian tidak bercampur. Gunakan berus yang halus bagi menandakan jalinan yang halus. Jika ingin menimbulkan kesan tindihan, biarkan warna kering dahulu. Kemudian, sapukan warna yang pekat ke atas lapisan warna yang telah kering.

Teknik Kecatan
Ciri-ciri:
Teknik ini melibatkan sapuan warna terus dari tiub. Kertas sentiasa basah sehingga catan selesai dibuat. Catan jenis ini memberi kesan jalinan dan kekasaran. Melalui teknik ini, catan kelihatan bebas, semula jadi dan spontan.


Campuran warna:

Warna yang pekat dari tiub digunakan. Sapuan warna terus dari tiub atas kertas. Jika hendak menggunakan air, hanya gunakan sedikit sahaja.

Cara:
Ambil warna terus dari tiub dan sapukan pada permukaan kertas lukisan. Campuran warna yang kedua ditindihkan di atas warna yang pertama tanpa menunggu warna itu kering. Kertas sentiasa basah sehingga catan selesai dibuat.


2. Teknik Cat Minyak

i. Teknik Impasto

- Menggunakan warna pekat, terus diambil daripada tiub warna dengan berus atau pisau palet ke atas kanvas. Kesan jalinannya kasar dan lebih tebal.


- Impasto memberikan dua efek. Pertama memberikan kesan pantulan cahaya berbeda dibandingkan dengan goresan kuas biasa. Yang kedua memberikan kesan ekspresi yang lebih kuat. Pencatan menyedari seberapa kuat kuas atau pisau palet digoreskan, serta kecepatan goresannya. Tujuan pertama lebih sering dipakai oleh pencatan  klasik seperti Rembrandt, seperti untuk memperlihatkan lipatan kain atau pantulan cahaya dari perhiasan. Sementara tujuan kedua sering digunakan oleh pencatan era moden seperti Vincent van Gogh. Frank Auerbach menggunakan teknik impasto secara berlebihan untuk menampilkan kesan trimatra yang benar-benar kuat.




ii. Teknik Glazing

- Mewarna selapis demi selapis untuk menimbulkan kesan lembut, licin dan berkilau.




iii. Teknik Titik  (pointilisme)

- Menghasilkan titik-titik menggunakan berus secara bertindih-tindih untuk menghasilkan objek.



iv. Teknik Hard Edge

- Mempunyai rupa bentuk yang jelas dan tepat, menggunakan 'masking tape' untuk memisahkan warna kelihatan seperti dipotong-potong.



v. Teknik Scumbling (melembut)
- Menggunakan lapis nipis warna legap di atas warna latar untuk menimbulkan kesan lut sinar atau kesan kusam.




e- Perbezaan antara lukisan dengan catan

Kedapatan salah faham tentang kedua-dua karya seni halus ini. Kekeliruannya telah menyebabkan tidak tepat istilah dalam pemetaan karya. Di bawah ini dinyatakan beberapa huraian yang membolehkan kefahaman anda tentangnya jelas.

Lukisan dan catan, kedua-duanya adalah seni halus tapi banyak perbezaan antara kedua-duanya. Pendapat mengatakan lukisan adalah asas bagi catan adalah kurang tepat. Pengkarya sebenarnya perlu berkemahiran dalam melukis jika ia mahu menjadi pengkarya catan yang berjaya. Ini adalah perbezaan utama yang jelas antara keduanya.

Sangat penting untuk menguasai pengolahan garisan dan ton dalam lukisan. Catan pula ialah penguasaan warna dan persembahan. Catan adalah mementingkan pengolahan warna bagi melahirkan emosi yang berlainan. Banyak alat diperlukan dalam penghasilan catan manakala lukisan alatnya tertentu sahaja.

Medium catan adalah medium basah (wana air, warna poster, warna minyak dan lain-lain) manakala bagi lukisan ia menggunakan medium kering ( pensel, pensel warna, krayon, pastel, arang, konte dan lain-lain). Oleh yang demikian karya lukisan memperlihatkan nilai garisan yang ketara manakala karya catan lebih mementingkan nilai warna, gaya persembahan dan penerokaan medium.

Teknik yang digunakan dalam penghasilan lukisan dan catan juga adalah bebeza. Kesemua teknik kedua-duanya adalah bergantung kepada medium yang digunakan. Bagi lukisan, hampir kesemua teknik yang digunakan memperlihatkan dengan jelas gaya pengolahan garisan dalam karya. Bagi catan, teknik penghasilan bergantung kepada keupayaan sesuatu medium yang digunakan, penerokaan medium menjadi perkara penting dalam persembahan karya. 

Masa dalam penghasilan karya lukisan tidak terlalu lama, ia cepat dan segera jika dibandingkan dengan penghasilan catan. Lukisan pensel boleh dipadam dengan mudah  serta cepat kering sebaliknya bagi catan minyak atau warna air sangat sukar untuk dipadam dan ia lambat kering. 

Lukisan sangat sesuai untuk tujuan produk komersil: Lukisan kejuruteraan, seni bina. Ia menjadi penting dan lebih hebat persembahannya dengan bantuan perisian-perisian tertentu dalam dunia komputer. Ia telah menjadi lukisan digital.

Panggilan bagi pengiat seni juga berbeza. Pengiat dalam kerja-kerja melukis dipanggil pelukis manakala pengiat  catan dipanggil pencatan. Walaubagaimana pun kedua-dua karya tersebut mempunyai nilai pasaran tersendiri. Karya catan umumnya mempunyai nilai pasaran yang sangat tinggi, ini menjadi alasan dalam penglibatan hobi yang sangat mahal ini. 

f-Penggunaan Media Catan





15 comments:

  1. karya yg.sangat miracle...thanks 4 the information..

    ReplyDelete
  2. tq,cikgu.......saya boleh siapkan tugasan saya dengan membaca blog cikgu sebagai panduan.....tq sekali lagi cikgu....

    ReplyDelete
  3. salam cikgu..klau nak lukis kt baju guna cat acrylic mcm mna nak pastikan cat tu x tertanggal??

    ReplyDelete
    Replies
    1. maafkan saya adik syifa...Cat Akrilik memang ttidak tanggal. Cat ini bola sudah kering ia tidak lagi boleh dilalrutkan dengan air meskipun pelarutnya air. Dapatkan Car Akrilik yang berkualiti untuk memudahkan kita meneroka kesan mediumnya serta untuk meningkatkan mutu penghasilan karyanya.

      Cat akrilik cepat kering. Jika kita memerlukan masa untuk mengolah warna yang hendak digunakan dalam catan kita, sila campurkan dengan bahan lain yang memang dijual untuk pakej cat akrilik bagi melambatkan ia kering..

      Biasanya cat akrilik digunakan di atas kanvas. Jika kita menggunakannya pada permukaan kaca dia akan tanggal jika sapuan nipis. Jika pada kaca, sila dapatkan warna memang dibuat untuk menghasilkan catan atasnya.

      Delete
  4. jika cat arkrilik ini diguankana atas kertas boleh jadi cepat kering jugak ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang sifat cat akrilik ni mudah kering. kalau warna tebal dan campuran air pun banyak mungkin lambatsikit. warnanye tak kembang kalau kena air. tak macam watercolour.

      Delete
  5. Kenapa seorang itu menghasilkan karya catan? Apa tujuannya?

    ReplyDelete
  6. Cikgu, boleh saya tahu tujuan menghasilkan karya seni catan?

    ReplyDelete
  7. Apakah tujuan melukis seni catatan?

    ReplyDelete
  8. terima kasih atas perkongsian ilmu dan mohon share cgu

    ReplyDelete
  9. terima kasih cgu

    ReplyDelete