selamat datang ke blog Senivisual-gcpsvsmkbera.blogspot.com. Satu usaha ke arah KECEMERLANGAN SENI VISUAL. Untuk paparan terbaik sila guna google chrome.Terima Kasih

Thursday 15 March 2012

Asas Seni Reka

 PENGENALAN 
Asas seni reka adalah satu unit yang sangat penting untuk dipelajari dan difahami secara mendalam. Ia merupakan teras dalam keupayaan untuk menghasilan semua bidang dalam penghasilan seni visual. Bahkan juga ia turut memain peranan yang penting dalam kritikan seni dan apresiasi karya visual. 




Dalam unit ini, pelajar  berpeluang mengaplikasi kefahaman dalam penghasilan kerja seni berdasarkan asas seni reka dengan pelbagai alat dan bahan serta teknik. Pelajar juga dilatih menjana penyataan idea berkaitan diri, masyarakat dan negara dalam berkarya.
senivisual-gcpsvsmkbera.blogspot.com
carta: unsur seni

                   Bagi menghasilkan sesebuah karya seni, pelajar perlu memahami konsep dan unsur seni serta berupaya mengaplikasi atau menggunakan unsur-unsur seni sebagai hiasan produk lain.

                  Sesebuah karya  berkait rapat dengan asas seni reka dan prinsip rekaan, karya yang terhasil daripada pemilihan tertentu dan gabungan unsur tersebut merupakan karya yang bermutu dan sangat menarik.

KANDUNGAN
Asas seni reka terbahagi kepada dua, iaitu:
  • Unsur-unsur seni: Garisan, rupa, bentuk, jalinan, ruang dan warna
  • Prinsip rekaan: Harmoni, kontra, penegasan, imbangan, pergerakan, kesatuan dan kepelbagaian
KEPENTINGAN ASAS SENI REKA
  1. Memberi kefahaman terhadap pereka sesuatu penghasilan kreatif bahawa mereka perlu menguasai asas seni reka sebelum perekaan sesuatu karya.
  2. Menjadikan penghasilan karya sama ada karya 2 dimensi atau pun karya 3 dimensi lebih berkualiti.
  3. Menggunakan pengetahuan asas seni reka/laras bahasa seni dalam membuat kritikan seni terhadap karya-karya seni.
  4. Melahirkan rasa penghargaan yang tinggi dalam kalangan pelajar  terhadap penghasilan kraf tradisional pribumi bahawa perekaan karya tersebut adalah atas pertimbangan asas seni reka oleh pengiat kraf.
  5. Penguasaan yang baik dalam asas seni reka akan membantu daya kreatif dan sifat perekaan produk atau tugasan dalam mata pelajaran lain.



No comments:

Post a Comment