TUGASAN 1 (Reka Corak Kasut Kanvas) Tugasan 4 (Beg Membeli Belah)
Bidang : Komunikasi VisualTajuk : Reka Corak
Produk : Reka Corak Kasut Kanvas
- Situasi: Sebuah syarikat kasut memerlukan reka corak kasut kanvas bagi keluarannya untuk pasaran tempatan.
- Tugasan: Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan satu reka corak sepasang kasut kanvas yang bertemakan hidupan marin.
- Portfolio kajian anda hendaklah mengandungi:
- Koleksi gambar pelbagai jenis kasut kanvas.
- Koleksi gambar hidupan laut sebagai sumber ilham.
- Lakaran reka bentuk kasut kanvas.
- Lukisan realistik hidupan marin yang dipilih.
- Lakaran olahan idea untuk menghasilkan reka corak hidupan marin.
- Lakaran reka letak corak yang dipilih.
- Kajian warna pada reka letak.
- Lukisan dari tiga sudut pandangan berbeza.
- Lukisan persembahan yang menggambarkan fungsi dalam situasi sebenar.
- Lukisan alat dan bahan yang digunakan serta catatan.
- Lakaran proses dan teknik penghasilan serta catatan mengikut urutan.
LANGKAH-LANGKAH PENGHASILAN CATAN PADA KASUT KANVAS
- Selesaikan kajian supaya anda telah membuat pilihan terhadap perkara-perkara berikut:
- Lakaran reka letak corak pilihan.
- Kajian warna pilihan pada reka letak.
- Pilih jenis kasut yang sesuai untuk catan menggunakan medium warna yang telah kita pilih. Jika menggunakan warna yang lut cahaya kasut perlulah kesemuanya bewarna putih, sebaliknya jika menggunakan medium warna yang legap anda boleh memilih kasut bewarna.
- Bersihkan atau basuh kasut tersebut supaya tiada unsur minyak, lilin atau habuk.
- Tentukan dan sediakan alatan dan bahan yang diperlukan dalam pembuatan catan tersebut.
- Tentukan medium warna dan teknik mewarna yang akan anda gunakan semasa membuat catan tersebut. Anda boleh memilih sama ada menggunakan medium daripada warna batik, dye krim, cat mural, cat akrilik, pen marker untuk warna poster dan lain-lain yang telah diuji sesuai.
- Hasilkan lakaran pensel pada kasut anda berdasarkan kajian motif dan reka letak yang telah dipilih.
- Bancuh warna jika menggunakan warna berbahantara air, dapatkan kecairan yang sesuai untuk sapuan pada kain. Jika menggunakan medium warna lut sinar, mulakan dengan warna yang cerah terlebih dahulu seterusnya diikuti dengan warna-warna yang semakin gelap. Jika anda menggunakan medium warna legap, kawasan kasut anda yang bercorak perlulah terlebih dahulu disapu dengan warna putih sebagai latar permulaannya kemudian diikuti dengan warna-warna lain. Jika anda menggunakan pen marker untuk poster atau fabrik kasut asal perlulah bewarna putih.
- Gunakan berus yang tajam atau halus untuk membuat kemasan akhir catan kasut anda.
- Jika anda menggunakan warna batik, setelah selesai kerja-kerja mewarna ia hendaklah di sapu dengan pemati warna "sodium silikat" selama 6-8 jam. Setelah itu bilas dengan air sehingga lendir sodium silikat dibersihkan.
- Jika menggunakan legap, sapuan warna pada kasut perlulah dikawal supaya tidak terlalu tebat. Ketebalan warna akan menyebabkan warna longkah dan tanggal dari permukaan kasut, keadaan ini akan memberi masalah kemudian kelak jika hendak memperbaikinya.
- Pamer kasut yang telah disiap dengan menyediakan pembungkusan atau tempat alas yang sesuai.
No comments:
Post a Comment