selamat datang ke blog Senivisual-gcpsvsmkbera.blogspot.com. Satu usaha ke arah KECEMERLANGAN SENI VISUAL. Untuk paparan terbaik sila guna google chrome.Terima Kasih

Sunday 1 April 2012

PSV dalam Sijil Pelajaran Malaysia


Kurikulum PSV
Kurikulum persekolah kebangsaan mendukung hasrat mulia negara bagi menyediakan pendidikan bertaraf dunia kepada generasi masa kini dan akan datang. Penyemakan kurikulum bertujuan memantapkan Akta Pendidikan, memenuhi semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan, dan menyediakan warga Malaysia menghadapi cabaran pendidikan abad 21.

Kurikulum yang disemak semua memberi penekanan kepada nilai murni dan semangat patriotik bagi menyedarkan murid akan penanan dan tanggungjawab mereka sebagai warga negara maju dan masyarakat berilmu. Murid dididik untuk berfikir, berilmu pengetahuan luas, bertataetika tinggi, bijaksana, serta dapat menggunakan teknologi maklulat dan komunikasi secara berkesan. Diharap kurikulum ini dapat melahirkan murid yang berkeyakinan dan tabah mengatasi segala rintangan dan cabaran dalam kehidupan.

Pendidikan Seni Visual ialah mata pelajaran wajib di peringkat sekolah menengah rendah dan mata pelajaran elektif di peringkat sekolah menengah atas. Mata pelajaran ini bertujuan membentuk keperibadian generasi Malaysia yang celik budaya kesenian. Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual KBSM merangkumi tajuk-tajuk yang menegaskan proses penghasilan, produk, kefahaman seni warisan, pengertian seni secara menyeluruh dan aspek kritikan.

Pendidikan Seni Visual menjurus kepada seni tampak. Pendidikan Seni Visual sekolah menengah lebih menegaskan kegiatan dalam proses penghasilan dengan melibatkan aspek pemahaman, penghayatan dan kritikan. Proses ini menyentuh perasaan estetika dan daya kreativiti individu melalui penajaman daya intuisi, persepsi, imaginasi dan konsep murid. Dengan ini, murid diharapkan dapat mengamalkan pertimbangan seni visual, meningkatkan lagi kepekaan, menjadi pengkarya yang rasional dan mampu mengendallikan kehidupan dengan membawa bersama nilai yang disebutkan.

Kurikulum Pendidikan Seni Visual sekolah menengah merangkumi perkara yang berkaitan dengan seni halus, komunikasi visual, reka bentuk dan kraf tradisional. Murid dilatih untuk melihat sesuatu dengan persepsi yang lebih luas sama ada daripada aspek estetika mahupun aspek gunaan. Melalui kefahaman aspek di atas, murid dapat diterapkan dengan penghayatan warisan seni visual dan mengamalkannya dalam kehidupan, terutamanya dalam meningkatkan nilai hidup. murid akan didedahkan dengan ilmu seni visual yang berkaitan dengan bidang tertentu dan menerapkan budaya menghargai serta mengaplikasi ilmu yang diperolehi bersama. 


Matlalmat Kurikulum PSV

Matlamat Pendidikan Seni Visual sekolah menengah adalah untuk membentuk keperibadian generasi Malaysia yang celik budaya, mempunyai nilai-nilai estetika yang tinggi, imaginatif, kritis, kreatif, inovatif dan inventif. Kandungan kurikulum berupaya membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke atas pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara, selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. 


Objektif Mata Pelajaran PSV

Pendidikan Seni Visual di sekolah menengah bertujuan untuk:

  1. menghargai keindahan alam ciptaan Tuhan,
  2. memupuk budaya penyelidikan dalam proses penghasilan karya seni visual,
  3. meningkatkan pengetahuan, daya kreativiti, inovasi, disiplin serta kemahiran dalam bidang seni visual yang dapat diamalkan dalam kehidupan dan kerjaya,
  4. menggunakan pelbagai kemahiran, media, teknik dan teknologi untuk mereka cipta barangan kraf dan produk seni visual yang berkualiti,
  5. membuat diskripsi, analisis, interpretasi dan penilaian terhadap karya seni visual yang berkualiti,
  6. mendapat nilai tambah dalam disiplin sains, teknologi dan mata pelajaran lain,
  7. menghargai sumbangan dan pengaruh tokoh-tokoh seni visual dalam konteks perkembangan sejarah seni visual di Malaysia dan antarabangsa,
  8. menjadi bidang seni visual sebagai prospek kerjaya,
  9. menyedari dan menghargai suasana seni dalam persekitaran dan kaitan dengan keselesaan hidup, dan
  10. membina jati diri ke arah pembentukan negara bangsa.

Organisasi Kurikulum PSV


Kurikulum Pendidikan Seni Visual disusun berdasarkan dua bidang iaitu
Bidang Penghasilan Seni Visual serta Sejarah dan Apresiasi Seni Visual.
Kedua-dua bahagian ini diharapkan dapat membantu murid dalam menguasai
pelbagai kemahiran. Antara kemahiran yang akan dikuasai murid melalui
pendidikan seni visual ialah kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif,
kemahiran berkomunikasi secara berkesan, kemahiran membuat pilihan dan
keputusan yang tepat, kemahiran mencari, menginterpretasi dan
mengaplikasi maklumat, kemahiran bekerjasama dan kemahiran
pengurusan.


Bagi membolehkan murid menguasai kemahiran-kemahiran ini guru perlu
mengintegrasikan kedua-dua bidang ini dalam pengajaran dan
pembelajaran. Dalam penghasilan seni visual, kegiatan harus melibatkan
penerokaan, pewujudan idea, perkembangan idea, pembelajaran secara
terancang, penggunaan teknologi, alat dan bahan melalui teknik tertentu.
Semua kegiatan seni mengutamakan kajian-kajian sebelum, semasa dan
selepas proses penghasilan. Ini bertujuan menerapkan budaya penyelidikan
di kalangan murid.

Kedua-dua bidang ini menjurus kepada matlamat Pendidikan Seni Visual
dan juga matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.  Tujuannya  adalah
untuk  pembinaan  individu, keluarga,  masyarakat dan negara.  Pengajaran
dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual dijalankan dalam bentuk teori
dan praktikal tetapi pendekatannya bergantung kepada kebijaksanaan guru
untuk mengendalikannya asalkan meliputi tiga domain iaitu, pengetahuan,
kemahiran dan nilai.

Perkara yang ditegaskan dalam bidang penghasilan seni visual adalah
kegiatan kreatif yang melibatkan benda-benda yang dapat disentuh, dilihat
dan diimaginasi bagi menggalakkan perkembangan persepsi dan daya intuisi.
Dengan ini diharapkan fahaman nyata dan abstrak dapat diselaraskan dan
pemupukan minat terhadap Pendidikan Seni Visual dapat dikembangkan.


Bidang Sejarah dan Apresiasi Seni Visual memberi tumpuan kepada
pengalaman seni dalam kehidupan harian dan dalam budaya kebangsaan.
Perbandingan dengan seni dan budaya luar juga digalakkan bagi
memperlihatkan keseimbangan pendedahan dalam bidang seni visual
termasuk kraf kebangsaan demi mengenali seni visual dalam evolusi budaya
kebangsaan.

 Kandungan Kurikulum PSV


Kurikulum Pendidikan Seni Visual Sekolah Menengah disusun berdasarkan
kandungan yang dibahagikan kepada:
1. Penghasilan seni visual
2. Sejarah dan apresiasi seni visual

1. Penghasilan Seni Visual:
Bidang ini menyediakan peluang kepada murid mengaplikasi kefahaman
mereka untuk menghasilkan kerja seni berdasarkan asas seni reka dalam
pelbagai teknik. Proses penghasilan ini memberatkan pernyataan idea yang
berkaitan dengan pernyataan kendiri, masyarakat dan  nilai kenegaraan.
Sehubungan itu latar belakang budaya dan nilai masyarakat yang terdapat
dalam sesuatu karya seni diperkenalkan. Aspek sains dan teknologi
diperkenalkan secara terus untuk membantu kegiatan seni.


Bidang ini meliputi asas seni reka, seni halus (lukisan, catan, arca dan
cetakan),  komunikasi visual (seni grafik dan multimedia), reka bentuk (reka
bentuk industri dan reka bentuk persekitaran) serta seni kraf tradisional 
dandimensi baru. 


 2. Sejarah dan Apresiasi Seni Visual
Bidang ini memberi peluang kepada murid membuat kajian pemahaman
terhadap hasil seni visual dalam budaya tempatan, kebangsaan dan negara
ASEAN serta negara tertentu yang mempunyai kesamaan dan kelainan
dengan budaya kebangsaan. Murid dapat menyatakan kefahaman, 
membuat apresiasi dan kritikan seni. 

Sukatan Pelajaran 
DOWNLOAD Sukatan Pelajaran PSV KBSM
DOWNLOAD Huraian Sukatan Pelajaran PSV KBSM


( Tajuk untuk  Menengah Atas- Tingkatan 4 dan 5 )



Kandungan

Bidang
1.
Penghasilan Seni Visual

        - unsur seni

        - prinsip rekaan

1.2  Seni Halus

        a. Lukisan

        b. Catan

        c. Arca    senivisual-gcpsvsmkbera.blogspot.com

        d. Cetakan

1.3  Komunikasi Visual

       a. Reka Bentuk Grafik

       b. Multimedia

1.4  Reka Bentuk

       a. Reka Bentuk Industri

       b. Reka Bentuk Persekitaran

             i)  Hiasan Dalaman

            ii) Landskap

1.5 Kraf Tradisional dan Dimensi Baru

       - Tembikar, Anyaman, Ukiran Kayu,
          Tekat, Batik, Tenunan


2.
Sejarah
dan
Apresiasi
Seni Visual
a)     Perkembangan Seni Visual di Malaysia

i.   Seni Halus
 ( gerakan seni halus, pelukispenghasilan dan  sumbangan )

      ii. Kraf Tradisional & Pribumi - 
( tokoh,penghasilan & sumbangan )

b)   Peralatan ( senjata dan domestik)

c)     Alat Permainan  ( gasing,wau dan
alat muzik tradisional )

d)     Seni  bina   ( kediaman,masjid,wakaf,
gerbang, makam dan taman )

e)     Kenderaan  ( darat dan laut/sungai )

f)      Pakaian ( baju kurung, baju Melayu,
baju Kedah, baju Cekak Musang dll.)




Kertas Yang Ditawarkan
  • Ada TIGA kertas yang ditawarkan dan mesti diambil kesemuanya.
  • Kertas-kertas tersebut adalah seperti berikut:

  1. Kertas 1 (2611/1) -Teori Seni ( Soalan Objektif-50 soalan, masa 1 jam 15 minit, pemberatan markah: 50 markah)
  2. Kertas 2 (2611/2) - Seni Halus (Menguji kemahiran melukis, enam soalan jawab 1, soalan diberi awal seminggu dari tarikh peperiksaan sebenar, masa 3 jam, boleh guna atau medium yang sesuai, pemberatan markah: 50 markah)
  3. Kertas 3 (2611/3) - Kajian Rekaan Seni Visual (Kerja Kursus, Februari-Julai, Pentaksiran Berasaskan Sekolah, dibantu dan dipantau oleh guru pembimbing, menghasikan folio kajian dan artifak 3 dimensi berdasarkan senarai kajian, pemberatan markah: 100 markah)

Pemarkahan dan Pengredan




Contoh Soalan Kertas 1
Contoh Soalan Kertas 2
Contoh Soalan Kertas 3


Pautan Sokongan





No comments:

Post a Comment