Saturday, 21 April 2012

Reka Bentuk Grafik


Tajuk-tajuk berkaitan:
  1. Reka Bentuk Grafik
  2. Poster
  3. Simbol, Logo dan Maskot
  4. Kaligrafi
  5. Tipografi
  6. Pembungkusan
  7. Grafik Persekitaran
  8. Ilustrasi
  9. Grafik Komputer
  10. Multimedia
1. REKA BENTUK GRAFIK
a. Pengenalan

  1. Grafik merupakan antara media yang paling utama dan popular digunakan bagi memperlihatkan keterampilan sesebuah aplikasi multimedia. Menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, grafik membawa maksud ‘perkara berkenaan lukisan atau ukiran’. Dalam hal ini, penggunaan grafik dalam sesuatu persembahan maklumat berkomputer adalah bukan hanya berperanan untuk menonjolkan keindahan atau kecanggihan senibina sesebuah program multimedia tetapi juga berperanan sebagai suatu sumber penyampaian sesuatu maklumat yang amat berkesan. 
  2. Grafik juga memberikan maksud penggunaan visual untuk menerangkan konsep yang tidak dapat atau sukar diterangkan oleh teks. Ia mampu menambah daya tarikan kepada sesuatu paparan atau persembahan. Grafik juga dapat mempercepatkan penyampaian sesuatu maklumat dan dapat memberikan penerangan yang jelas, tepat dan konsisten antara individu yang berbeza.
    Grafik dikatakan sebagai sumber penyampai maklumat yang amat berkesan kerana segala bentuk mesej yang diterima oleh manusia melalui penglihatan  mereka dapat diterima secara terperinci dan ianya mempunyai daya ketahanan serta daya ingatan yang tinggi.
  3. Grafik berkomputer pula merujuk kepada sebarang imej yang dihasilkan menggunakan sebarang jenis komputer (PC, Macintosh, Silicon Graphicsdan sebagainya). Imej berkomputer ini boleh merujuk kepada imej yang mudah seperti garisan atau bulatan ataupun yang lebih kompleks seperti fractal iaitu imej kompleks yang dihasilkan oleh komputer dari formula atau kod pengaturcaraan yang tertentu.
b. Pemahaman dan Penghargaan

  1. Reka bentuk grafik ialah proses penghasilan seni yang menggabungkan penggunaan teks dan grafik melalui gubahan logo, grafik, risalah, buletin, poster, papan tanda, komik dan pembungkusan.
  2. Grafik merujuk kepada gambaran tampak yang dihasilkan dalam bentuk hitam putih atau berwarna yang meliputi lukisan, graf, carta, kartun, poster, tipografi, catan, animasi dan corak.
  3. Reka bentuk grafik merupakan saluran komunikasi menggunakan imej dua dimensi yang direka khas untuk menyampaian sesuatu mesej atau idea.
  4. Grafik juga merujuk kepada cara untuk menyampaian maklumat atau memaklumkan imej gabungan muka taip, lukisan, simbol dan gambar.
  5. Seni reka grafik boleh dianggap sebagai seni komunikasi visual sejagat kerana idea dan mesej yang disampaikan dapat difahami umum.
c. Kepetingan Grafik

  1. Grafik sangat penting kerana paparan visual grafik mampu menyampaikan sesuatu maklumat dengan lebih berkesan.
  2.  Grafik seperti lukisan, gambarfoto atau carta misalnya amat membantu di dalam menyampaikan sesuatu maklumat dengan lebih pantas dan efektif.
  3.  Visualisasi merupakan antara proses yang amat penting dalam komunikasi maklumat dan grafik boleh digunakan untuk tujuan ini bagi meningkatkan penekanan terhadap sesuatu maklumat.
  4. Ia juga berperanan bagi menarik perhatian pengguna, mengilustrasikan sesebuah konsep dan juga bertindak sebagai latar belakang bagi sesuatu konsep.
  5. Penggunaan grafik di dalam kebanyakan halaman web mampu menjadikan sesebuah halaman internet itu menjadi lebih ceria, menarik dan menyegarkan mata memandang serta menghidupkan lagi suasana pencarian maklumat di sesebuah laman web.



d. Bidang-bidang Grafik
  1. Reka bentuk korporat: -merujuk kepada pembinaan dan penggayaan imej atau identiti sesuatu badan
  2. Reka bentuk papan tanda: -meliputi reka bentuk tanda jalan, tanda amaran dan penanda arah di tempat awam dan di premis perniagaan sama ada dalam bentuk muka taip, simbol atau gabungan kedua-duanya.
  3. Reka bentuk iklan dan komunikasi: -bidang reka bentuk yang mengambil kira keperluan artistik dalam menghasilkan bahan promosi untuk meningkat promosi jualan sesuatu produk atau perkhidmatan melalui penggunaan poster, risalah, bilbod, sepanduk, banting, dan seumpamanya.
  4. Reka bentuk penerbitan umum: -menjurus kepada penghasilan bahan penerbitan seperti surat khabar, malajah, buku, laporan, bahan terbitan, jurnal, komik dan bahan-bahan tatapan umum lain.
  5. Reka bentuk pembungkusan: -memberi penekanan kepada rekaan visual untuk pembungkusan sesuatu produk pengeluaran yang dapat berfungsi melindungi produk dan juga menwujudkan suatu identiti bagi membezakannya dengan produk lain. Bidang ini juga mengambil kira bahan yang digunakan seperti kaca, plastik, logam, foil aluminium dan lain-lain.
  6. Reka bentuk media digital: -meliputi reka bentuk elektronik dan komputer seperti reka bentuk laman web, filem, reka bentuk multi media, animasi gidital dan video.

e. Jenis-jenis Grafik

Grafik merujuk kepada pelbagai lukisan, ilustrasi, fotograf, rajah, carta, kartun dan sebagainya.
  1. Fotograf (Gambar Foto) :Merupakan antara paparan imej yang paling menyamai keadaan sebenar.  Gambar foto atau fotograf berwarna  memainkan peranan yang amat besar di dalam sesebuah persembahan dan boleh dijadikan latarbelakang bagi teks dan grafik.
  2. Lukisan Merujuk kepada imej yang kurang realistik berbanding dengan fotograf. Ia banyak digunakan bagi menangani masalah ketiadaan fotograf bagi keadaan sebenar. Ia boleh jadi lukisan yang mudah sehinggalah kepada lukisan yang abstrak.
  3. Kartun:  Kartun boleh merujuk kepada yang berunsur kemanusiaan, haiwan, objek dan sebagainya. Ia sesuai digunakan terutamanya sekiranya kumpulan sasaran adalah kanak-kanak atau remaja. Kartun sering digunakan bagi menarik perhatian pengguna. Ia juga sering digunakan sebagai watak pengacara di dalam sesebuah aplikasi multimedia yang membantu serta membimbing pengguna disepanjang perjalanan sesebuah aplikasi.
  4. Diagram : Diagram merujuk kepada sejenis lukisan yang digunakan bagi melambangkan sesuatu sepertimana yang asal. Contohnya diagram jantung mungkin mewakili sepertimana gambar jantung yang sebenar.
  5. Graf/Carta : Merujuk kepada kaedah berkomunikasi berunsurkan data dan numerik. Sesuatu maklumat yang kompleks dapat dimudahkan sekiranya ia ditukarkan ke bentuk carta atau graf.
....soalan latihan pengukuhan

...sambungan ke tajuk : 2. Poster


No comments:

Post a Comment