selamat datang ke blog Senivisual-gcpsvsmkbera.blogspot.com. Satu usaha ke arah KECEMERLANGAN SENI VISUAL. Untuk paparan terbaik sila guna google chrome.Terima Kasih

Saturday 21 April 2012

9. Grafik Komputer

Tajuk-tajuk berkaitan:
  1. Reka Bentuk Grafik
  2. Poster
  3. Simbol, Logo dan Maskot
  4. Kaligrafi
  5. Tipografi
  6. Pembungkusan
  7. Grafik Persekitaran
  8. Ilustrasi
  9. Grafik Komputer
  10. Multimedia
9. GRAFIK KOMPUTER

a- Pengenalan

  1. Grafik komputer (Computer graphics) adalah ilmu komputer yang berkaitan dengan pembuatan dan manipulasi gambar (visual) secara digital. Bentuk sederhana dari grafik komputer adalah grafik komputer 2D yang kemudian berkembang menjadi grafik komputer 3Dpemprosesan gambar (image processing),dan pengenalan pola (pattern recognition). Grafik komputer sering dikenal juga dengan istilah visualisasi data.
  2. Grafik komputer merupakan penghasilan grafik menggunakan bantuan perkakasan dan perisian perisian tertentu dari komputer bagi menggantikan alat dan bahan penghasilan imej konvensional seperti pen, berus dan warna.
  3. Keperluan peralatan: CPU ( memproses kerja ), monitor (papar visual), perakan DVD/cakera padat, cakera DVD/CD atau flash/thumb drive ( untuk simpan data ), pengimbas, kamera digital, pencetak.
  4. Skop Perisian grafik: Program persembahan, Program lukisan dan catan,  Program penyuntingan foto, dan Program penerbitan (Desktop Publishing) 

contoh gambar yang menggunakan grafik komputer untuk jenis vektor

b- Jadual Fungsi, Perkakasan dan Perisian Komputer
Komponen asas fizikal komputer terdiri daripada peranti input, 
unit sistem (pemprosesan), storan dan output.
1. Input

Digunakan untuk memasukkan data dan arahan ke dalam komputer.

Perkakasan Input

♦ Papan Kekunci (Keyboard)
♦ Tetikus (Mouse)
♦ Mikrofon
♦ Pengimbas (Scanner)
♦ Kamera Digital
♦ Joystick
♦ Pengimbas kod bar (barcode scanner)
♦ Mesin CT X-Ray
♦ Pembaca kad pintar (smartcard reader)
♦ Pengimbas cap jari

Perisian Input

Capture Pro
Image Stabelizer,
Light mastering,
Graphic adapter
Intermec SmartWedge

2. Storage


Ingatan utama komputer untuk menyimpan program atau data yang sedang digunakan. Dikenali sebagai storan primer atau storan utama. Terdapat 2 jenis ingatan dalam komputer iaitu Ingatan Capaian Rawak (RAM-Random Access Memory) dan Ingatan Baca Sahaja (ROM-Read Only Memory). Kandungan ROM tidak boleh diubah oleh pengguna dan data di dalam ROM tidak akan hilang apabila komputer dimatikan. ROM digunakan untuk menyimpan arahan yang diperlukan ketika memulakan computer. RAM menyimpan data buat sementara ketika komputer digunakan. Kandungannya boleh diubah dan dan akan hilang apabila komputer dimatikan. Storan sekunder ialah peranti storan bagi menyimpan data secara kekal seperti CD dan sebagainya.

Perkakasan Storage

♦ Thumb Drive
♦ Hard Disk
♦ Server / Hosting
♦ Flash memory
♦ USB drive
♦ Optical drives
♦ Buslink
♦ Iomega Portable
♦ CD-R (CD-Recordable)
Teknologi CD rakaman untuk storan data dan muzik menggunakan cakera yang boleh ditulis sekali sahaja. Saiz cakera adalah kira-kira 650MB
♦ CD-ROM (Compact Disc Read Only Memory)
Sebuah format cakera padat yang digunakan untuk menyimpan teks, grafik dan muzik. Pemain CD audio tidak boleh membaca CD-ROM berisi data tetapi pemain CD-ROM boleh membaca CD audio.
♦ CD-RW (CD-ReWritable)
Pemacu CD-RW boleh menulis kepada cakera CD-R, dan ia boleh membaca CD-ROM. Cakera CD-RW boleh ditulis semula banyak kali dan boleh dibaca berulang kali pada pemacu CD-ROM atau CD-RW.
♦ DVD (Digital Versatile Disk)
Diperkenalkan pada tahun 1996, cakera optik ini mempunyai saiz yang sama dengan CD tetapi kapasiti storan adalah lebih besar iaitu dari 4 hingga 28 kali lebih besar.
♦ DVD Video
Format yang popular untuk kualiti tinggi video MPEG2 dan bunyi sekeliling digital.
♦ DVD-RAM (DVD Random Acces Memory)
Cakera DVD boleh tulis semula berasaskan katrij. DVD-RAM pertama diperkenalkan pada tahun 1998 dengan kapasiti 2.6GB (sebelah) dan 5.2GB (dua belah). Versi 2 DVD-RAM dengan kapasiti 4.7GB dikeluarkan pada 1999 dan kapasiti 9.4GB pada tahun 2000.
♦ DVD-ROM
Mula diperkenalkan pada tahun 1997, cakera DVD digunakan untuk menyimpan data dan aliran interaktif bersama-sama audio dan video.
♦ DVD+RW (DVD ReWritable)
Ia dibangunkan bersama oleh Hewlett-Packard, Mitshubishi Chemical, Philip, Ricoh, Sony dan Yamaha, di mana ia adalah satu-satunya format boleh tulis semula yang serasi dengan pemain video DVD dan pemain DVD-ROM
♦ NAS (Network Attached Storage)
Storan berkeupayaan tinggi yang menyediakan perkongsian data kepada pelanggan dan pelayan dalam rangkaian kawasan setempat (Local Area Network)

3. Processing

Merupakan satu unit sistem di mana satu kotak yang mengandungi litar elektronik melaksanakan pemprosesan data. Ia terdiri daripada Unit Pemprosesan Pusat (CPU) juga dikenali sebagai ‘otak’ kepada sistem komputer, ingatan dan komponen-komponen elektronik yang lain.

Perkakasan Pemprosesan
♦ CPU (central processing unit) atau mesin memproses yang disokong oleh motherboard (papan induk) dan dibantu oleh komponen-komponen yang terdapat di dalam motherboard tersebut. CPU juga dikenali sebagai mikropemproses, iaitu sebuah cip yang mengawal dan menjalankan segala tugas komputer.

Perisian Sistem

- Win95, Win98, WinNT, WinMe, Win2000, WinXP,
- Linux
- Antivirus
- Macintosh
- DOS (Disk operating system)

Perisian Apilkasi

- Publisher
- Computer Aided Design (CAD)
- Adobe Flash, menyuntik elemen grafik animasi
- Lotus
- Page Maker
- Photoshop
- Coraldraw
- Ilustrator dan lain-lain

4. Output


Peranti Output digunakan untuk mengeluarkan teks atau grafik daripada komputer ke dalam bentuk fizikal menggunakan pencetak/printer.
Sesuatu maklumat yang dihasilkan daripada prosesan di dalam sesuatu sistem.

Perkakasan Output

♦ Pencetak
♦ Pembesar suara
♦ Projector
♦ Kad tebuk
♦ Telefon
♦ Monitor
♦ Facsimile (Fax)
♦ Multifunction

Perisian Output

XMLLabel, ERPLabel

Jenis-Jenis Perisian

Terbahagi kepada 3 jenis iaitu;
1. Perisian Sistem
2. Perisian Utiliti
3. Perisian Aplikasi

Perisian Sistem
Satu perisian Sistem Operasi. Membolehkan perkakasan berkomunikasi dengan perisian aplikasi. Berperanan sebagai perisian tulang belakang komputer.

Contoh-contoh perisian Sistem:
• Windows (98, 2000, Me, XP, Vista)
• DOS 6.22
• UNIX, Linux
• OS2
• Mac OS X

Perisian Utiliti
Perisian ini berfungsi untuk menguruskan fail-fail dan perkakasan komputer.

Contoh dan Kegunaan
a. Menyusun fail iaitu seperti Defrag dan Speed Disk.
b. Mengimbas Fizikal Cakera Keras seperti Scandisk, Norton Disk Doctor, Antivirus (Mengimbas dan Nyahvirus), PC-Cillin, Norton Antivirus, Mc Afee, AVG dan Kaspersky.
c. Memampatkan fail iaitu WinZip, ARJ dan Winrar
d. Memotong fail kepada beberapa bahagian iaitu File Splitter
e. Pakej Pengurusan Fail Komputer seperti Norton System Works dan System Mechanic

Perisian Aplikasi
Perisian ini mempunyai pelbagai jenis variasi perisian mengikut penggunaan.Ianya berkembang dengan cepat kerana penggunaan komputer yang tidak terhad.

Contoh dan kegunaan
a. Pemproses Perkataan iaitu MS Word, Lotus, open office dan sebagainya
b. Perisian Persembahan seperti MS PowerPoint, Harvard Graphic dan Lotus FreeLance
c. Penyunting Web seperti Composer, Dreamweaver dan FrontPage
d. Penyunting Video seperti Adobe Premier, Ulead Cool dan Ifilm Editor

Terdapat perisian Aplikasi yang lain seperti untuk Hiburan / Multimedia : CyberLink Player, Penyunting Grafik : Adobe Photoshop, Pelayar Internet : Internet Explorer, Pengaturcaraan : MS Visual C++ dan sebagainya.

C- Produk Contoh

Grafik untuk watak animasi filem


Logo 3 dimensi

Mencipta imej 3 Dimensi

Paparan dua dimensi menggunakan perisian komputer

d. Format Fail Grafik untuk internet

Biasanya bagi penggunaan grafik di dalam internet, sambungan atau format fail yang biasa digunakan ialah GIF (Graphic Interchange Format) dan JPEG (Joint Photographic Expert Group).
1. · GIF (Graphic Interchange Format)

- Format GIF biasanya menggunakan kaedah pemadatan algoritma dan ia merupakan salah satu cara yang paling mudah dan berkesan bagi tujuan memadatkan sesuatu data dalam sistem komputer. Piawaian jenis ini telah dibangunkan pada tahun 1987 oleh CompuServe iaitu salah sebuah syarikat yang memberi perkhidmatan papan buletin (bulletin board) yang terkemuka.

-Format penyimpanan fail grafik secara GIF sering digunakan untuk menyimpan grafik asas seperti ikon, butang, garisan atau imej-imej yang berbentuk kartun.

- Fail yang menggunakan format GIF menggunakan format grafik 8 bit yang mana ini bermakna ia mampu memaparkan imej sehingga 256 warna yang berbeza. Ini membolehkan satu fail yang kecil dihasilkan dan ini merupakan antara faktor kenapa imej berformat GIF sering digunakan bagi tujuan pindah terima memerusi talian internet.

- Walaupun imej GIF agak kecil dan tidak memerlukan masa pemindahan terima yang tinggi namun ia mempunyai satu kelemahan ia itu tidak boleh digunakan bagi grafik yang mempunyai lebih dari 256 warna.

2. · JPEG (Joint Photographic Expert Group)

- Format jenis ini direka untuk memberikan kesan yang lebih baik daripada GIF dalam sesetengah keadaan. Ini memandangkan JPEG menggunakan teknik pemadatan algoritma yang lebih baik berbanding dengan GIF dan sekaligus menghasilkan satu fail grafik yang saiznya lebih kecil dan padat berbanding GIF.

-Salah satu kegunaan utama fail berformat JPEG ini adalah untuk menyimpan fail bagi gambar sebenar. Ini adalah kerana JPEG mampu mengendalikan imej-imej yang mempunyai kedalaman warna yang tinggi (sehingga 16.7 juta warna) tetapi dalam masa yang sama ia tidak memerlukan ruang storan yang terlalu besar.


3. · BMP (Bitmap)

- BMP merupakan antara format fail yang paling lama wujud iaitu sejak sejak kemunculan sistem pengoperasian Microsoft Windows 3.0. Ia sesuai untuk menyimpan grafik dalam kualiti yang tinggi kerana ia tidak cuba untuk memadatkan sesebuah imej tersebut. Ini menyebabkan kebanyakan fail grafik yang menggunakan format ini mempunyai saiz fail yang agak besar.

 -Kelebihannya, kebanyakan perisian grafik yang asas boleh menerima format fail ini.

4. · TIFF (Tagged Image File Format)

- TIFF telah dibangunkan oleh Aldus Corporation pada tahun 1986 dan ia khas digunakan bagi tujuan menyimpan fail imej yang dihasilkan oleh peranti-peranti seperti pengimbas imej (scanner), frame grabber ataupun perisian-perisian grafik. 

- Kini ia merupakan antara piawaian atau format fail grafik yang serbaguna dan diterima dengan meluas bagi tujuan-tujuan mengubahsuai bagi imej-imej warna, hitam putih dan sebagainya.

5. · PICT

- PICT merupakan format fail yang sering digunakan pada komputer jenis Macintosh. Ia bukanlah merupakan acronym (singkatan) daripada mana-mana perkataan. 

-Format fail ini muncul kali pertama pada tahun 1984 dan diperkenalkan oleh sebuah perisian grafik iaitu MacDraw. 

-Format fail ini sesuai untuk kerja-kerja persembahan, paparan pada skrin mahupun untuk kerja-kerja video digital. Format PICT boleh digunakan bagi tujuan penyimpanan fail bitmap mahupun vektor.

6. · TGA (Targa)

- TGA merupakan format grafik yang pertama mampu menampung imej dengan resolusi yang tertinggi (24-bit atau 16 juta warna). Ia juga sering digunakan dalam penghasilan video digital dari imej statik.

7. · EPS (Encapsulated PostScript)

- merupakan format fail yang piawai bagi menyimpan ilustrasi PostScript yang mempunyai resolusi yang tinggi. 

- Format jenis ini juga sesuai digunakan bagi meyimpan imej pada komputer yang menggunakan sistem Macintosh mahupun Windows bagi tujuan persembahan secara elektronik.

8. · WMF (Windows Metafile Format)

Format ini digunakan bersama – sama dengan sistem pengoperasian Microsoft Windows dan sering digunakan bagi menyimpan imej jenis vektor terutamanya “clipart”. Imej yang mempunyai format ini kurang digunakan kerana tidak banyak sistem komputer perisian yang menyokong format fail jenis ini.


e. Perisian-perisian Grafik

- Sesuatu imej yang diperolehi dari sumber asal (dari hasil imbasan misalnya) biasanya perlu diubahsuai atau dipinda dari pelbagai sudut bagi membolehkannya sesuai untuk digunakan di dalam pembangunan sesebuah projek multimedia. 

- Kesemua kerja-kerja ubahsuai ini sama ada dari sudut saiz, warna, kesan khas, lokasi gambar dan sebagainya boleh dilakukan menggunakan peralatan (tool) yang disediakan oleh kebanyakan perisian bahasa gubahan. Perisian-perisian grafik yang khas amat diperlukan diperlukan bagi menghasilkan kerja grafik yang berkualiti tinggi kerana setiap perisian tersebut mempunyai keupayaan tersendiri dalam penghasilan imej-imej tertentu.

-Beberapa contoh perisian grafik yang biasa digunakan ialah :

a- Perisian Reka Letak:
Quark   Express
Adobe PageMaker 

b- Perisian Melukis, ilustrasi dan imej:
Macromedia FreeHand
Adobe  I lustrator 
Corel Draw


Microsoft Paint atau Paint Brush
Painter 3D

c- Perisian Mengedit Foto dan Membentuk Imej:
Adobe Photoshop
CorelPaint

d- multimedia Interaktif, Linear dan Animasi:
Macromedia Director
Macromedia Flash
Macromedia Authorware

e- Perisian Reka Bentuk 3-D dan animasi:
3D Studio Max
Auto CAD

f- Reka Bentuk Laman Web:
Macromedia Flash Ms Front Page

g- Mengedit filem:
Adobe Premiere
Digital Video Producer
i Film
Ulead Video
Movie Magic
Window Movie Maker

h- Mengedit Audio:
Sound Forge
Sound Edit
...Ke menu perisian grafik tutorial

sumber internet

  1. Laman Grafik Power: http://www.graphicpower.com
  2. Laman planer Photoshop : http://www.planetphotoshop.com
  3. Laman Digital Web Magezine: http://www.digital-web.com
  4. Laman Comunication Arts: http://www.commarts.com
  5. Laman Principles of Graphic Design: http://wwwmundidesign.com/presentation/index2.html
  6. Laman Majalah HOW: http://wwwhowdesign.com
  7. Laman Destop Publishing :http://www.desktoppub.miningco.com
  8. Laman Graphic Art Morthly:http://www.gammag.com/index.html
  9. Laman Head North Graphic: http://www.headnorth.com/graphics.html
  10. Laman Pendidikan Seni Visual: http://www.geocities.com/hasmoli/
  11. Laman ABC Typography: http://wwwabc.planet-typography.com
..soalan latihan pengukuhan



...sambung ke tajuk seterusnya: 10. MULTIMEDIA

2 comments:

  1. kita juga punya nih artikel mengenai 'Komputer Grafik', silahkan dikunjungi dan dibaca , berikut linknya
    http://repository.gunadarma.ac.id/bitstream/123456789/3308/1/Teknik%20Cube%20Mapping%20.pdf
    terimakasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Haryadi atas perkongsian bahan anda.

      Delete