selamat datang ke blog Senivisual-gcpsvsmkbera.blogspot.com. Satu usaha ke arah KECEMERLANGAN SENI VISUAL. Untuk paparan terbaik sila guna google chrome.Terima Kasih

Saturday, 21 April 2012

4. Kaligrafi

Tajuk-tajuk berkaitan:

4. KALIGRAFI


a. Pengenalan
  1. Kaligrafi ialah satu bentuk tulisan yang dikenali sebagai 'tulisan cantik' kerana ciri-ciri keindahannya dan kemahiran menggunakan dan mengawal pen.
  2. Telah diperkenalkan sejak zaman Mesir Purba,Yunani Purba dan China Purba lagi. Pada zaman itu tulisan diukir atas batu atau kepingan buluh menggunakan alat tajam. Kemudian buluh, bulu ayam dan berus digunakan untuk menulis di atas kulit kayu atau belulang.
  3. Bila terciptanya kertas, pelbagai jenis pen digunakan untuk menulis kaligrafi. Pen manu skrip digunakan untuk menulis tulisan Rumi dan tulisan Khat.
  4. Peralatan: selain pen manuskrip, pen bulu burung, pen buluh dan dakwat atau pewarna cair juga merupakan peralatan penting dalam penghasilan tulisan kaligrafi.
  5. Cara menghasilkan tulisan: Kecondongan pen semasa menulis ialah di antara 30 hingga 45 darjah.
  6. Pembahagian huruf ketika menilis ialah tiga, iaitu kepala (3 kali saiz lebar mata pen), badan (lima kali saiz lebar mata pen),  ekor (tiga kali saiz lebar mata pen).
  7. Jenis-jenis khat: Khat Diwani, Khat Khoufi, Khat Naskh, Khat Riq'a, Khat Farsi atau Ta'liq, Khat Thuluth.
b. Ciri-ciri kaligrafi rumi
  1. Ketetapan
  2. Keseragaman
  3. Gerak bentuk sama
  4. Gaya huruf tertentu
  5. Susunan huruf teratur dan seimbang
  6.  Hiasan pada huruf mempunyai gaya tertentu
  7. Kesan keselurahannya cantik dan berharmoni

c. Fungsi

  1. Kad ucapan
  2. Kulit buku
  3. Nama kedai atau syarikat
  4. Kad menu dan sebagainya
  5. Tajuk puisi, sajak latar dewan dan sebagainya.
d. Jenis-jenis kaligrafi rumi
1. Roman

  • corak penulisan penanya: tegak, tebal. Dan melintang nipis
  • rupa huruf mempunyai ‘ serif’- corak pena yang halus, tajam dan melengkung.‘serif’ ada dibahagian atas dan bawah setiap huruf.
  • sesuai untuk menulis buku, atur cara, jemputan dan sebagainya
2. Gotik( Gothic)
  • seragam bagi garisan tegak dan melintang
  • tidak mempunyai 'serif'
  • huruf jelas dan keterbacaannya tinggi (mudah dibaca pada jarak jauh)
  • sesuai untuk menulis poster, notis/pemberitahuan, teks iklan/peragaan.
3. Italik
  • hurufnya condong ke kanan, bergaya dan banyak variasi.
  • popular dari dulu hingga sekarang
  • sesuai untuk kad jemputan, kad ucapan dan sebagainya.

4. Teks.


  • rupa huruf pelbagai corak, mempunyai hiasan yang lebat dan sukar dibaca.
  • digunakan untuk kad jemputan dan sampul buku kerana ciri-ciri estetik yang klasik, menimbulkan gaya dan kecanggihan.
5. Dekoratif
  • rupa hurufnya pelbagai corak, mempunyai hiasan yang lebat dan sukar dibaca.
  • digunakan untuk kad jemputan dan latar dewan.
  • perlu pemilihan huruf yang sesuai antara huruf besar dan huruf kecil dalam gubahan untuk mengelak kesukaran membacanya.
  • tidak popular kerana tulisannya rumit dan sukar dibaca, ia memerlukan kemahiran dalam reka letak huruf.
e. JENIS KALIGRAFI KHAT

1. Kufi
a.pena tegak pendek dan garis lintang berjarak
b.huruf bersudut hampir berbentuk segi empat
c.kesan pergerakan yang dinamik
d.digunakan dalam istiadat dan upacara tertentu


2. Thuluth
*bermaksud satu pertiga
*jarang digunakan dalan akrip ayat-ayat Al-Quran
*digunakan untuk tajuk atau gelaran pada skrip hiasan
*sesuai diukir pada batu peringatan


3. Naskh ( Naskhii, Neshkhi)
*corak garis pena lintang pendek.garis tegak lurus sama jarak ke atas dan ke bawah
*lengkungan huruf dalam dan penuh. Hurufnya juga teratur
*sering dignakan dalam skrip ai=Quran


4. Dewani( Diwani,Divani)
*bentuk huruf terlalu kursif
*huruf tidak bertitik
*sambungan huruf tiada struktur tertentu


5. Parsi( Farisi,Farsi,Fasi)
*Corak pena tegak ke atas dan biasanya pendek
*bentuk huruf bujur hampir sama dengan huruf Naskh.
*Huruf besar dan berjarak
*Menimbulkan kesan yang stabil dan teratur
*digemari ramai kerana senang dibaca dan ditulis


6. Riqaah (Riqu’ah)
*hurufnya bulat sdan rapat dengan corak pena lintang yang pendek
*jarak huruf sangat jelas
*huruf yang akhir biasanya dikaitkan dengan huruf pertama pekataan berikutnya
*di kenali sebagai kaligrafi diraja abad ke 9 –untuk menulis nama dan gelaran raja
*paling popular di negeri Arab
*digunakan utk . surat kiriman

f. Teknik tulisan
1. ‘ Faundational Hand’

*mata pena sebesar 30% -35
*jarak antara perkataan – saiz satu huruf ‘0’
*empat saiz mata pena untuk badan huruf
*dua saiz mata pena untuk kepala dan ekor
*tinggi mhuruf 6X saiz mata pena

2. Tulisan Italik

*sudut 45%
*badan huruf 5X saiz mata pena
*kepala dan ekor 3X mata pena
*besar huruf 8X mata pena

3. Tulisan Khat
*Tepat
*Padat
*Tuntas-setiap huruf diberi ukuran yang utuh dan lengkap
*Lancar
*Sempurna

g. Ciri-ciri Kaligrafi yang baik


*jenis huruf bersesuaian dengan tema
*sudut mata pen dalam jarak yang sama
*ruang atas,tengah dan bawah mengikut nisbah yang betul
*corak pena ditulis dengan tebal dan nipistepat dan seragam
*gaya huruf dan bentuk serupa
*huruf dan perkataan disusun untuk memudahkan pembacaan
*ruang antara huruf dan perkataan bersesuaian
*ilustrasi berharmoni dengan tulisan
*karya menarik-pilihan huruf,reka letak ilustrasi berkesan dan berkaitan dengan tema dan fungsi

h. Tokoh-tokoh
*popular di Kelantan, Terengganu dan Johor
*Syeikh Omar Basaree dari selangor
*Mohammed Yusuf Abu Bakar dar Kelantan
*Syed Abdu Rahman dari Johor
*Ahmad Khalid Yusof dari Kuala Lumpur 

....soalan latihan pengukuhan
....sambungan ke tajuk seterusnya: 5 .TIPOGRAFI

No comments:

Post a Comment