selamat datang ke blog Senivisual-gcpsvsmkbera.blogspot.com. Satu usaha ke arah KECEMERLANGAN SENI VISUAL. Untuk paparan terbaik sila guna google chrome.Terima Kasih

Sunday, 8 April 2012

Reka Bentuk

Tajuk-tajuk berkaitan:
  1. Reka Bentuk Industri
  2. Reka Bentuk Persekitaran:

  • Hiasan Dalaman
  • Lanskap

REKA BENTUK INDUSTRI

Definisi Rekabentuk Perindustrian

Rekabentuk Perindustrian adalah bidang berkaitan dengan mereka dan membangunkan konsep serta spesifikasi yang memenuhi fungsi, nilai, bentuk luaran sesuatu produk untuk kebaikan pengguna dan pengeluar. IDSA(Industrial Designers Society of America).

Bidang ini adalah seni gunaan yang menggabungkan penggunaan dan seni menghasilkan produk yang baik sesuai untuk pengguna. Dengan kata lain, bidang ini bukan berkaitan dengan rekaan gear , litar atau bagaimana produk berfungsi tetapi lebih kepada bentuk sesuatu produk bagi memudahkan pengguna menggunakannya.


Perekabentuk Industri

Karim Rashid

Philippe Starck

Pereka bentuk industri adalah profesion yang berada di antara jurutera dan seniman. Mereka bukan jurutera ataupun seniman tetapi seseorang yang dapat mengimbangkan penggunaan seni dan fungsi menghasilkan sesuatu produk atau barang yang sesuai untuk digunakan. Bagi pereka bentuk, mereka perlu menghasilkan produk yang cantik, ekonomik dan sesuai digunakan. Pereka bentuk industri boleh menjadi pencipta produk baru yang memenuhi keperluan manusia.



Contoh Produk
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEizfZnZmTN-0gz01-SX-1H1G3b9DXPc47yks3we6TmlPVgPEN3u_41xRziiTmx20uAdyuVc-Nk3uA-VaVdGTrqleU4ad3-6Pw_PtvHD2u5z1wZu2R6Ilrb2wOwydVVOR15dIqVMZ66VUQc/s1600/Bronze-SmartTouchSaladSpinner-web.jpg
[Finalist-Applica+clear2o-web.jpg]




Sifat-sifat yang perlu ada pada seorang pereka

KreatifMempunyai kebolehan menghasilkan produk baru & idea-idea  penambahbaikan dengan ciri-ciri baru dari barangan asal. (Mungkin berguna dan mungkinsebagai dekoratif sahaja sesuai dengan cita rasa pelanggan sasaran.)

Inovatif
Mempunyai kebolehan memperkenalkan sesuatu yang baru seperti idea-idea baru, cara-cara baru.


Ciri-ciri Rekabentuk yang baik

Sesuatu rekabentuk yang baik ialah suatu produk yang dapat:
1. Berfungsi dengan baik dan cekap.
2. Sangat ekonomikal dalam lingkungan kekangan yang dikenakan.


Kekangan dalam rekabentuk


1. Kekangan adalah merupakan suatu aturan yang terpaksa dipatuhi. Di antara kekangan utama dalam rekabentuk kejuruteraan adalah:
a). Kos
b). Keboleharapan (reliability).
c). Keselamatan.
d). Prestasi.
e). Kehendak akta kilang dan jentera.
 f). Pertimbangan sosiologi.
g). Pencemaran
h). Penggunaan tenaga.


Kategori penghasilan rekabetuk


1. Rekabentuk yang telah wujud atau dikatakan ‘redesign’ di mana perubahan-perubahan kecil dibuat pada saiz, bentuk, bahan bagi mengatasi masalah pengeluaran dan prestasi. Kerja-kerja rekabentuk seperti ini banyak dilakukan di kilang-kilang terutama di bahagian R&D.


2. Mengguna atau megambil rekabentuk sedia ada dan direka supaya beroperasi dlm 
keadaan sekeliling yang berbeza atau beroperasi dlm bentuk yang lain. Selalunya perbezaan amalah besar dari asal.

3. Rekabentuk sesuatu yang baru, rekabentuk tersebut adalah sesuatu yang dicipta dan ia tiada sebelumnya. Rekabentuk seperti ini adalah sesuatu kerja yang sangat memerlukan pengalaman dan kreativiti pereka. Ia juga banyak menimbulkan masalah yang perlu kepada penyelesaian. Pertimbangan inovasi, kerja-kerja prototaip dan ujikaji yang banyak diperlukan pada peringkat ini.


Jenis-jenis Rekabentuk Kejuteraan


1.Rekabentuk Kejuruteraan mekanikal terbahagi kepada:
a).Rekabentuk Komponen.
b).Rekabentuk Sistem.
c).Rekabentuk Produk Industri / Pengeluaran.


Rekabentuk Komponen

1. Rekabentuk komponen memerlukan prestasi yang terperinci.
2. Kajiselidik dan analisis perlu dibuat seperti analisis daya, tekanan ricihan, tegasan dan sebagainya.
3. Setiap rekabentuk selalunya akan berakhir dengan rekabentuk yang hampir serupa.
Contohnya: bol, bush, giar, pemelowap, pemampat dan sebagainya.


Rekabentuk Sistem.

1. Dalam rekabentuk sistem, ia merupakan sebuah bidang yang luas bagi menentukan prestasi.
2. Ia juga memerlukan analisis dan kajiselidik yang terperinci.
3. Secara keseluruhan rekabentuk sistem yang direka oleh berbagai pereka akan mempunyai bilangan komponen yang sama tetapi setiap komponen yang mempunyai fungsi yang sama akan beroperasi secara berlainan. Contohnya: sistem penyaman udara dan sebagainya.


Rekabentuk produk industri / pengeluaran

1. Memerlukan prestasi secara kasar
2. Analisis dan kajiselidik adalah bergantung kepada keperluan.
3. Terdapat berbagai rekabentuk dan juga penampilan walaubagaimanapun fungsinya sama / mungkin operasi dan prestasinya berbeza. Contohnya: pembuka tin, pemerah jus buah-buahan, kerusi roda dan sebagainya.


Proses-proses dalam rekabentuk


1. Rekabentuk merupakan suatu aktiviti yang melibatkan berbagai disiplin.
2. Bidang rekabentuk melibatkan berbagai-bagai bidang seperti elektronik, mekanikal, senireka, bahan dan sebagainya.
3. Sebagai contoh, kita lihat sebuah komputer, disiplin yang terlibat dalam menghasilkan sesebuah komputer adalah kejuruteraan mekanikal, perisian, elektronik, senireka dan ergonomik.
4. Disiplin-disiplin yang disebutkan perlu bergabung dan berinteraksi untuk menghasilkan satu rekabentuk yang baik.
5. Adalah mustahil untuk berjumpa dengan seorang pereka yang boleh menguasai semua bidang.
6. Rekabentuk bukanlah satu proses atau aktiviti yang terhasil secara spontan atau tiba-tiba, sebaliknya ia adalah aktiviti yang melibatkan proses-proses tertentu tercetus dari kesedaran mengenai sesuatu masalah yang dihadapi dan memerlukan kepada penyelesaian.

Carta aliran rekabentuk


1. Keperluan kepada rekabentuk
2. Penakrifan masalah (kajian perlaksanaan)

3. Rekabentuk konsep
4. Rekabentuk terperinci
5. Pembuatan

6. Keperluan kepada rekabentuk


Keperluan
1.Produk baru dihasilkan akibat:


a). Dorongan permintaan – pengguna memerlukan suatu produk baru untuk menyelesaikan sesuatu masalah.
b). Perubahan teknologi – penghasilan atau penemuan teknologi baru mencetuskan permintaan produk baru.
c). Keperluan kepada rekabentuk baru yang didorong oleh permintaan pengguna biasanya melibatkan produk yang belum ada di pasaran. Perubahan teknologi pula biasanya menghasilkan pembaikan kepada rekabentuk yang sedia ada. Walaubagaimanapun kebanyakan produk melibatkan gabungan permintaan pengguna dan juga pengenalan teknologi baru. Pengguna sentiasa memerlukan alat yang lebih canggih dan selesa dan pengeluar pula memperkenalkan teknologi terbaru untuk memikat hati pengguna.


2.Sebarang produk baru mesti memenuhi kehendak dan cita rasa pengguna, oleh itu peranan perekabentuk adlah untuk memenuhi syarat tersebut. Maslow, seorang ahli psikologi industri menerangkan lima peringkat keperluan manusia mengikut keutamaan:


a). Keperluan fisiologi-makanan dan minuman.
b). Keperluan perlindungan keselamatan-keselamatan dan tempat tinggal.
c). Keperluan kasih sayang dan kepunyaan-kasih sayang, persahabatan dan perasaan kepunyaan kepada sesuatu kumpulan.
d). Keperluan penghargaan atau penghormatan – perasaan suka dihormati, dipuji, dihargai.
e). Keperluan pembangunan diri – kepuasan, keyakinan diri, melahirkan perasaan, martabat.
f). Menurut Maslow keperluan yang lebih utama perlu dipenuhi dahulu sebelum keperluan lain dapat dipenuhi.


Penakrifan masalah


1.Penakrifan masalah yg mana perekacipta perlu memahami dengan mendalam sebelum memulakan kerja merekabentuk untuk memastikan produk yang dihasilkan benar-benar dapat menyelesaikan masalah dan memenuhi kehendak pengguna. Penakrifan masalah merupakan proses kedua dalam rekabentuk.


Kajian Perlaksanaan


a). Adakah kita pasti bahawa rekabentuk atau idea yg kita pilih merupakan idea terbaik?
b). Sudahkah kita melihat dan menyelidiki idea atau rekabentuk lain yg mungkin lebih baik?


1.Penghasilan idea atau rekabentuk berdasarkan idea yg kita minati sahaja bukanlah satu pendekatan dan kaedah terbaik. Jika kita menghasilkan satu idea, ada kemungkinan idea tersebut bukan yg terbaik. Sebaliknya jika kita menghasilkan seratus idea, kemungkinan untuk mendapatkan idea yg kreatif dan terbaik adalah cerah. Oleh itu kaedah penghasilan konsep rekabentuk yang sistematik amat perlu.


Penghasilan Konsep


1.Pada peringkat ini daya pemikiran yg kreatif dan inovatif di perlukan untuk menghasilkan konsep yg baik. Sebagai contoh terdapat berbagai cara untuk menyelesaikan masalah pencemaran asap kenderaan seperti menggunakan kenderaan elektrik, solar dan penggunaan penyerap bermangkin (catalytic converter). Penilaian perlu dilakukan untuk menentukan konsep yang dicipta memenuhi kriteria rekabentuk.


Rekabentuk Terperinci


1. Pada peringkat ini rekabentuk akan dibaiki dan dilihat secara terperinci bagi menghasilkan prototaip. Peranannya ialah untuk menguji dan menilai keberkesanan dan kelemahan rekabentuk sebelum proses pembuatan produk dilakukan.


Pembuatan / Proses Pengeluaran


1. Hasil daripada rekabentuk terperinci maka proses seterusnya ialah pembuatan di mana produk dibina mengikut kuantiti yang diperlukan oleh pengguna seterusnya dipasarkan kepada mereka.


Pemasaran1. Produk diedar dan dipasarkan kepada pengguna supaya dapat memenuhi keperluan mereka.


Pemberhentian Pengeluaran1. Pembuatan perlu dihentikan jika produk tidak lagi memenuhi kehendak pengguna.

2. Produk perlu dibuat perubahan atau pembaharuan kerana teknologi sentiasa berubah supaya produk yang dihasilkan dapat bersaing di pasaran.


Persoalan


Kenapa pentingnya ergonomik dalam rekabentuk industri?
Ergonomik merupakan salah satu cabang yang penting kepada industri. Ini kerana,tempat kerja disusun atur berdasarkan pada pergerakan produk yang efisien atau tempat yang sesuai untuk menempatkan mesin tanpa mengambil kira keadaan pekerja. Lazimnya, pekerja terpaksa menyesuaikan diri dalam apa jua bentuk penyusunan di tempat kerja tanpa menyedari risiko kesihatan yang bakal dialami. Malangnya, tubuh manusia tidak dapat disesuaikan dengan semua keadaan. Ketidakserasian antara keupayaan pekerja dan kapisiti yang dituntut di tempat kerja di samping tuntutan kerja itu sendiriankan membawa kepada ketidakcekapan dalam produksi, penurunan kualiti kerja,peningkatan kadar kesilapan, kemalangan dan peralihan kerja. Ergonomik berasal daripada perkataan Greek iaitu “ergon” yang bermaksud kerja sementara “nomos” membawa maksud peraturan. Menurut International Labour Organization (ILO) pula, ergonomik ialah aplikasi sains biologi manusia berhubung dengan sains kejuruteraan di antara pekerja dengan persekitarannya.

Ergonomi (atau faktor manusia) adalah disiplin ilmu yang bersangkutan  dengan pemahaman interaksi antara manusia dan elemen lain dari sistem, dan  profesi yang menerapkan teori, prinsip, data dan kaedah untuk sistem  kesejahteraan dan mengoptimumkan keseluruhan manusia prestasi. Ergonomi digunakan untuk memenuhi dua tujuan kesihatan dan produktiviti.  Hal ini adalah, relevan dalam desain hal-hal seperti perabot yang selamat dan mudah digunakan antara muka dengan mesin.

Di luar disiplin itu sendiri, 'ergonomi istilah umumnya digunakan untuk merujuk kepada ergonomi fizikal yang berkaitan dengan tempat kerja (seperti dalam contoh untuk kerusi ergonomik dan keyboard). Ergonomi di tempat kerja harus dilakukan sebahagian besar dengan keselamatan pekerja, baik jangka masa panjang dan jangka masa pendek.Ergonomi dapat membantu mengurangkan kos dengan meningkatkan keselamatan.Hal ini akan mengurangkan wang yang dibayar sebagai pampasan pekerja. Sebagai contoh, lebih daripada lima juta pekerja mengalami kecederaan overextension pada setahun. Melalui ergonomi, tempat kerja dapat menawarkan sehingga pekerja tidak perlu mengulur-ulur diri mereka sendiri dan industri perkilangan boleh menjimatkan berbilion-bilion pampasan pekerja.
 
Tempat kerja baik dapat mengambil pendekatan reaktif atau proaktif ketika melaksanakan amalan-amalan ergonomik. ergonomi reaktif adalah ketika sesuatu yang perlu diperbaiki, dan tindakan korektif diambil. ergonomi Proaktif adalah proses untuk mencari kawasan yang boleh dipertingkatkan dan memperbaiki masalah sebelum mereka menjadi masalah besar. Masalah mungkin sudah ditetapkan melalui desain peralatan, rekabentuk tugas, atau desain persekitaran. Peralatan perubahan desain, peranti  sebenar fizikal yang digunakan oleh orang-orang. perubahan desain Tugas apa yang dilakukan orang dengan peralatan. Persekitaran perubahan desain persekitaran di mana orang bekerja, tetapi bukan peralatan fizikal yang mereka gunakan.

Prinsip Ergonomik

Dalam menjalankan kajian mengenai aplikasi ergonomik di tempat kerja,
terdapat 12 prinsip ergonomik yang perlu diberi perhatian untuk memelihara
keselamatan dan kesihatan pekerja (MacLeod, 1995) dan diaplikasikan dalam suatu  sistem kerja.

 Prinsip-prinsip ergonomik ialah:

1.  Bekerja dalam postur tubuh badan yang neutral/normal.
• Postur memainkan peranan yang penting dalam memulakan sesuatu aktiviti.
Posisi yang terbaik ialah berada dalam keadaan neutral kerana tubuh badan
tidak menerima atau dibebani apa-apa tekanan.

2.  Mengurangkan daya atau tenaga kerja yang digunakan secara berlebihan
semasa bekerja.
• Daya yang digunakan secara berlebihan atau melampau terhadap sambungan
atau sendi  akan menimbulkan potensi  berlakunya keletihan atau kecederaan.
Secara praktikalnya, tindakan tertentu perlu dikenalpasti bagi mengurangkan
daya melampau yang dikenakan di samping meningkatkan hasil pengeluaran.

3.  Memastikan benda kerja dalam lingkungan mudah untuk dicapai.
• Prinsip ini lebih mirip kepada keadaan postur, tetapi ia dapat membantu dalam
penilaian tugas dari perspektif tertentu. Barang-barang yang perlu digunakan
diletakkan berhampiran agar mudah dicapai dengan tidak perlu melakukan
regangan.

4.  Bekerja pada ketinggian yang sesuai.
• Kerja yang dilakukan haruslah mengikut tinggi yang bersesuaian dengan
keadaan tubuh badan.

5.  Mengurangkan pergerakkan yang berlebihan semasa bekerja.
• Gunakan peralatan yang sesuai bagi membantu mengurangkan jumlah tekanan
atau pergerakan.

6.  Meminimumkan beban statik dan keletihan semasa bekerja.
• Mengangkat beban pada posisi yang sama untuk jangkamasa yang lama
dikenali  sebagai beban statik. Beban statik ini akan menyebabkan keletihan
dan ketidakselesaan serta gangguan terhadap kerja yang dilakukan.

7.  Meminimumkan titik tekanan semasa bekerja.
• Titik tekanan kadangkala dikenali juga sebagai tekanan sentuhan. Ini kerana 
titik tekanan ialah titik di mana berlakunya sentuhan di antara anggota tangan
dan peralatan yang digunakan. Titik ini akan memindahkan tekanan dari
peralatan kepada anggota badan yang terlibat.

8.  Mengekalkan persekitaran tempat kerja yang kemas, teratur dan selesa
semasa bekerja.
• Suasana persekitaran tempat kerja yang baik dapat membantu pekerja
mencapai objektif  kerja di samping meningkatkan usaha, keselesaan dan
menghapuskan tekanan kerja. Toleransi patut diamalkan bagi mengurangkan
tekanan kerja.

9. Menambahbaikkan organisasi kerja.
• Keprihatinan dan penglibatan kedua-dua pihak iaitu pihak pengurusan dan
pekerja adalah dua faktor kritikal yang diperlukan dalam menyelesaikan
masalah keselamatan dan kesihatan. Prinsip ergonomik secara amnya
haruslah difahami dan menggunakan alatan yang sesuai untuk menyelesaikan
masalah. Faktor rekabentuk kerja seperti penjadualan, motivasi, sistem
peralihan, rehat dan perundingan dapat meningkatkan organisasi kerja dengan
melibatkan kerjasama antara pihak pengurusan dan pekerja.

10. Musnahkan halangan
• Memusnahkan segala halangan yang mengganggu perjalanan kerja atau
      menyediakan situasi yang tidak mempunyai halangan ketika kerja dilakukan.

11. Rekabentuk paparan dan kawalan di tempat kerja agar mudah difahami.
• Rekabentuk alatan yang baik dapat membantu pekerja menyampaikan 
maklumat dengan mudah dan difahami. Ini dapat meningkatkan produktiviti,
keselamatan dan komunikasi antara pekerja. Pengawalan alatan juga dapat
berjalan dengan lancar dan baik.

12. Lakukan senaman ringan, pergerakan dan regangan antara kerja.
• Untuk mendapatkan tubuh badan yang sihat dan mengelakkan kecederaan,
 manusia  haruslah  bersenam  dan  melakukan  regangan sebelum  memulakan atau semasa melakukan sesuatu pekerjaan. Senaman ringan atau regangan  amat  mudah dilakukan tetapi ia memberi kesan yang besar dalam  menyelesaikan masalah ergonomik kerana ia dapat membantu otot atau sendi  berehat dan tidak kejang.  Prinsip-prinsip ergonomik ini perlu diambilkira dalam semua bidang kajian terutama yang berkaitan dengan rekabentuk sesuatu benda, peralatan, ruang kerja,  persekitaran dan sebagainya
Menurut Murrell (1969), ergonomik terbahagi kepada tiga bahagian iaitu anatomi,fisiologi dan psikologi. Bidang anatomi lebih menitikberatkan mengenai struktur badan manusia manakala fisiologi menitikberatkan fungsi badan manusia (proses biologi) untuk mengekalkannya. Psikologi pula menitikberatkan mengenai tabiat atau perangai  manusia (Kroemer, 1986). Namun begitu,  dewasa ini bidang ergonomik mencakupi  pelbagai bidang sains dan teknologi selain daripada anatomi, fisiologi dan psikologi  iaitu dari  segi kejuruteraan, perubatan, antropologi dan rekabentuk industri (Macleod,  1995).

  Faedah Ergonomik

Ergonomik memberi banyak faedah yang positif kepada industri kerana aplikasi ergonomik dapat menyesuaikan kerja terhadap pekerja bukan menyesuaikan pekerja dengan kerja (MacLeod, 1995;  Wynn, 2003). Hasil daripada beberapa kajian menunjukkan pelbagai faedah boleh diperolehi dengan mengamalkan prinsip-prinsip ergonomik dalam merekabentuk  sistem  kerja dan menjalankan  program-program ergonomik. Antaranya, pekerja mempunyai keupayaan untuk mengawal kerja mereka, dapat mewujudkan kepuasan ketika bekerja (Maciel, 1998) serta meningkatkan prestasi pekerja (Wynn, 2003). Aplikasi ergonomik juga dapat membantu meningkatkan kesedaran pekerja mengenai hal keselamatan dan kesihatan (Springer, 1993). Secara tidak langsung ia  dapat membantu mengurangkan  risiko  kesakitan  akibat pekerjaan, meningkatkan tahap kesihatan pekerja  (Cooper dan Kleiner, 2001; Morgan, 2003) dan mengurangkan kos perubatan pekerja (Pile, 2001). Selain itu,  aplikasi ergonomik dapat meningkatkan produktiviti (Kogi et al., 2003; Morgan, 2003;  Springer, 1993) dan keuntungan pada organisasi (Cooper dan Kleiner, 2001; Morgan,
2003).

Hubungan kos harga produk dalam rekabentuk?

Dari segi sejarah, harga memainkan peranan utama dalam membuat pilihan dalam pembelian. Namun keadaan ini berlaku hanya kepada negara dan rakyat miskin dan barangan komoditi. Walaubagaimana pun faktor harga bukan lagi menjadi penentu dalam pilihan pembelian pada masa sekarang.Namun harga masih memainkan peranan penting dalam menentukan syer pasaran dan keuntungan.Penentuan harga merupakan satu keputusan yang penting dan unik kerana harga adalah satu-satunya elemen dalam campuran pemasaran yang mendatangkan hasil kepada firma. Elemen yang lain merupakan   kos.

Harga adalah elemen campuran yang sangat fleksible kerana ia boleh diubah dengan cepat oleh pengguna tidak seperti ciri-ciri produk dan komitmen saluran agihan. Penentuan dan persaingan harga adalah masalah nombor satu pada eksekutif pemasaran. Masalah yang kerap berlaku ialah :

Penentuan harga terlalu berorientasikan kos, Harga tidak dikaji secukupnya untuk gambarkan perubahan pasaran. Penentuan harga tidak mengambil kira elemen campuran pemasaran yang lain dan harga tidak dipelbagaikan untuk keluaran, segmen dan situasi pembelian.

Bagaimana harga berinteraksi dengan lain-lain komponen campuran pemasaran.?

 Produk
           Produk juga disebut sebagai nadi dalam program pemasaran sesebuah organisasi  kerana ia menjadi titik permulaan dalam pembentukan campuran pemasaran. Faktor  produk yang berkait seperti rekabentuk, bahan mentah, kepakaran pembuatan  dan ciri-ciri produk menpengaruhi perletakkan harga produk yang dipasarkan.Sebarang perubahan kos yang berkaitan dengan perkara tersebut akan turut mengubah harga sesuatu produk. Contohnya rekabentuk produk memerlukan perbelanjaan yang tinggi, maka harga produk  berkenaan perlu diletakkan  lebih tinggi untuk menampung  perbelanjaan yang tinggi.     
 
Saluran Pengedaran

         Saluran pengedaran penting untuk memastikan produk atau servis akan sampai ketangan pengguna. Biasanya saluran pengedaran dikaitkan dengan orang tengah dan golongan ini yang akan memainkan peranan-peranan   tertentu dengan cekap dan efektif serta inovasi.Ia berkaitan dengan urusan pengedaran produk seperti tambahan pengangkutan, perluasan liputan pasaran dan pergudangan. Faktor ini juga juga mempengaruhi harga sesuatu produk.Contohnya jika upah mengangkut meningkat disebabkan peningkatan harga minyak kenderaan, maka harga produk berkenaan juga perlu diletakkan lebih tinggi untuk menampung belanja pengankutan yang meningkat.Saluran pengedaran yang digunakan turut mempengaruhi harga sesuatu produk. Jenis saluran pengedaran yang boleh digunakkan seperti intensif, selektif dan eksklusif. Jika saluran pengedaran yang digunakan ialah eksklusif maka harga bagi produk tersebut adalah lebih mahal.

Promosi

       Promosi adalah alat komunikasi yang dilakukan oleh firma untuk memberitahu,  memperkenalkan, menggalak dan menyakinkan pengguna dan bakal pembeli agar tertarik untuk mencuba atau membeli produk yang dipasarkan. Firma perlu  memaklumkan kepada pengguna bahawa mereka boleh mendapatkan produk  pada masa, tempat dan harga yang sesuai. Empat alat promosi yang biasa digunakan ialah pengiklanan, jualan peribadi, promosi jualan serta perhubungan  awam dan publisiti. Penggunaan alat promosi ini turut mempengaruhi perletakkan harga produk.Contohnya jika kadar mengiklankan sesuatu produk meningkat maka harga produk berkenaan juga perlu diletakkan lebih tinggi.

Posisi Bukan Harga

Faktor-faktor yang berkaitan dengan usaha pemposisian bukan harga adalah seperti penambahan perkhidmatan sampingan ke atas produk yang dijual.Contohnya jika sesebuah organisasi memutuskan untuk menambah perkhidmatan di pasaran, ini akan membawa kepada peningkatan kos bagi memasarkan produk berkenaan. Ini seterusnya menyebabkan pihak pengeluar perlu meletakkan harga produk lebih tinggi lagi.

Strategi Campuran Pemasaran

Keputusan perletakkan harga mestilah diselaraskan dengan rekabentuk keluaran, pengagihkan dan promosi  untuk mewujudkan program pemasaran yang konsisten dan efektif.

Keputusan yang dibuat ke atas  pembolehubah campuran pemasaran yang lain akan mempengaruhi perletakan harga. Contohnya samada tetapkan harga terlebih dahulu kemudian baru tentukan aspek campuran pemasaran yang ingin digunakan atau tetapkan promosi terlebih dahulu kemudian baru tentukan harga. Biasanya syarikat akan meletakkan harga dan kemudian baru tetapkan keputusan campuran pemasaran pada harga yang mereka kehendaki. Kebanyakkan syarikat menyokong strategi penentuan harga ini dengan teknik yang dipanggil pengkosan sasaran. Pengkosan sasaran merupakan proses sonsangan dari yang biasa dengan cara   menentukan harga jualan ideal kemudian baru tentukan kos sasaran. Contoh:  Syarikat Compaq menggunakan teknik ini
.1)Tentukan harga sasaran yang ditentukan oleh pemasar dan margin keuntungan yang ditentukan oleh pihak pengurus.
2)Tentukan kos supaya boleh mengenakan harga sasaran.

Untuk capai sasaran kos, pasukan pereka syarikat telah berunding bersunggguh-sungguh  dengan semua bahagian dalam syarikat yang bertanggungjawab bagi aspek yang berbeza. Contonnya Jurutera Compaq telah mecipta satu mesin yang mempunyai  sedikit bahagian dan  mudah untuk dikendalikan. Manakala bahagian pengeluaran pula memperbaiki kilang agar tiada sebarang kerosakkan akan berlaku bagi mengelakkan peningkatan kos.

KEPENTINGAN PENENTUAN HARGA UNTUK SYARIKAT BERTAHAN DALAM PASARAN

-Syarikat boleh mengendalikan penentuan harga dalam bebagai cara mengikut saiz dan kapasiti syarikat.
-Bagi syarikat-syarikat kecil  harga ditetapkan oleh pengurus atasan dan bukan jabatan pemasaran atau jualan.
-Syarikat-syarikat besar pula,  harga ditetapkan oleh pengurus bahagian atau pengurus barisan keluaran. Walaubagaimanapun pengurus atasan menetapkan harga objektif dan polisi penentuan   harga dan meluluskan harga yang dicadangkan oleh pengurus tahap bawah atau jurujual.
-Dalam industri di mana harga adalah faktor utama seperti syarikat penerbangan, industri minyak masak, mereka mempunyai jabatan penentuan harga. Syarikat  akan membuat satu jabatan penentuan harga untuk menentukan harga serta membantu jabatan lain dalam menetapkan harga yang sesuai.





No comments:

Post a Comment