selamat datang ke blog Senivisual-gcpsvsmkbera.blogspot.com. Satu usaha ke arah KECEMERLANGAN SENI VISUAL. Untuk paparan terbaik sila guna google chrome.Terima Kasih

Saturday, 21 April 2012

6. Pembungkusan

Tajuk-tajuk berkaitan:
kotak pembungkusan untuk hadiah

6. PEMBUNGKUSAN
  1. Pembungkusan ialah satu kaedah penyimpanan dan melindungi sesuatu barangan daripada rosak dan tercemar.
  2. Pembungkusan tradisional: a) Penggunaan bahan berasaskan tumbuhan- biasanya digunakan untuk membungkus makanan seperti ketupat, nasi lemak, tapai, lemang, tempe dan sebagainya. b) Penggunaan bahan berasaskan haiwan- digunakan untuk menyimpan bahan cecair. c) Penggunaan bekas berasaskan tanah liat- digunakan untuk menyimpan ikan pekasam, kicap, budu, jeruk, sayur dan sebagainya. d) Kertas surat khabar dan tali daun pisang - untuk membungkus bijirin, tepung, gula, biskut, kekacang dan sebagainya. e) Kertas surat khabar -  untuk makanan tradisional seperti sagun dan gula tarik.
  3. Pembungkusan moden - pembungkusan moden mempunyai ciri-ciri bersih, dapat melindungi geseran permukaan, menyerap getaran, kalis air dan kedap udara : a) Penggunaan kertas dan kadbod. b) Penggunaan bahan logam. c) Penggunaan bahan kaca. d) Penggunaan bahan plastik. e) Penggunaan bahan polistrin.
  4. Kaedah pembungkusan: a) Untuk melindungi dan menjaga kebersihan barangan.  b) Untuk memudahkah penyimpanan.  c) Memelihara mutu barangan.  d) Memastikan keselamatan barangan supaya tidak rosak semasa penghantaran.  e) Memberi maklumat kepada pengguna.  f) Mudah dibawa.

Contoh lukisan hamparan dan binaan kotak

Pembungkusan untuk makanan ringan

Kotak pembungkusan bagi makanan kering

Kotak pembungkusan minuman

Lukisan hamparan rekaan kotak pembungkusan


....soalan latihan pengukuhan

....sambung ke tajuk seterusnya : 7. GRAFIK PERSEKITARAN

No comments:

Post a Comment