selamat datang ke blog Senivisual-gcpsvsmkbera.blogspot.com. Satu usaha ke arah KECEMERLANGAN SENI VISUAL. Untuk paparan terbaik sila guna google chrome.Terima Kasih

Thursday 15 March 2012

Asas Seni Reka

Asas Seni Reka
Prinsip Rekaan
Prinsip Rekaan adalah prinsip yang digunakan dalam membuat sesuatu rekaan ataupun ciptaan karya.  Ia adalah seperti berikut: Harmoni, kontra, penegasan, imbangan, irama dan pergerakan, kesatuan dan kepelbagaian.

1. Harmoni wujud  apabila munculnya susunan atau ulangan unsur-unsur seni mengikut cara atau gaya tertentu yang mempunyai persamaan. Ia boleh dihasilkan melalui susunan atau ulangan unsur-unsur seni yang sesuai, seimbang dan mempunyai hubungkait atau persamaan. Harmoni wujud dalam alam semula jadi dan juga alam benda buatan manusia adalah untuk memberi kesan kesamaan, ketenteraman, keserasian serta mengurangkan kejanggalan (tiada kontra atau penegasan). 

1.1 Harmoni pada alam semula jadi
1. Bentuk dan susunan daun pada tumbuh-tumbuhan yang sejenis adalah sama dan harmoni.
2. Warna-warna pada daun pokok lebih kurang sama atau dari keluarga warna yang sama.
Contohnya daun muda berwarna hijau kekuningan, hijau atay hijau kebiruan bagi daun  tua.
3. Jalinan pada daun dan batang pokok tersusun dengan cara yang sama seperti ada  irama dan kelihatan harmoni.

1.2  Harmoni pada alam buatan manusia
1. Rekaan bentuk yang sesuai dengan kegunaan. Contohnya kereta, bentuknya tidak menghadang angin memperlihatkan keupayaan kelajuannya.
2.Warna pada perabot disesuaikan dengan cita rasa dan latar tempatnya. Barangan perabot kayu sesuai diwarnakan dengan warna asal kayu jika kita mahukan ciri-ciri semula jadinya. sebaliknya jika perabot untuk bilik kanak-kanak sesuai dibuat dengan lebih bewarna-warni.
3. Motif-motif dalam ukiran kayu kelihatan harmoni kerana penggunaan unsur alam semula jadi serta susunan corak ukirannya.


Rumusannya:
Harmoni boleh wujud apabila  ada kesamaan unsur  sama ada warna, bentuk, rupa, susunan atau gubahan dalam sesuatu rekaan, objek atau visual.
Harmoni dari segi warna
2. Kontra  wujud apabila salah satu daripada unsur-unsur seni mempunyai ciri-ciri yang bertentangan di antara satu sama lain. Ia bertujuan untuk menimbulkan kesan yang menarik  dan menyerlah dalam sesebuah karya seni. Kontra berkait rapat dengan penegasan (semakin tinggi kadar kontra semakin jelas penegasan)


3. Penegasan ialah sesuatu yang boleh menarik perhatian dan tumpuan kepada pemerhatian tampak. Ia berfungsi sebagai daya penarik, pemusatan karya, mengelak kebosanan dan menjadikan gubahan lebih menarik.

4. Imbangan ialah keadaan gubahan yang sama sempadan, sama berat dan graviti, sama kecerahan warna, sama padan dan sama gaya penampilan.Terdapat tiga jenis imbangan iaitu imbangan simetri, tidak simetri dan imbangan semua arah. 


5. Pergerakan wujud apabila terdapatnya keadaan yang bergetar, bergoyang, bergegar, berayun, bersinar-sinar, objek yang sama diulang dengan saiz yang berubah kepada semakin besar arau semakin mengecil dan sebagainya. Pergerakan bertujuan untuk memberi ‘nyawa’, rupa dan bentuk visual dalam seni tampak dua dimensi.

6. Kesatuan merupakan olahan motif atau ulangan unsur-unsur seni secara sistematik, berpandukan grid berdasarkan tema atau idea sesuatu hasil karya. Susun atur yang kemas, teratur, lengkap dan sempurna dapat mewujudkan kesatuan.Terdapat persamaan motif atau ulangan unsur-unsur dalam gubahan karya.


7. Kepelbagaian merupakan keadaan penggabungan pelbagai gaya, nilai dan idea yang berbeza. Susunan atau ulangan unsur-unsur seni yang bertentangan arah dan berbeza saiznya akan mewujudkan kepelbagaian.


..soalan latihan pengukuhan

No comments:

Post a Comment