selamat datang ke blog Senivisual-gcpsvsmkbera.blogspot.com. Satu usaha ke arah KECEMERLANGAN SENI VISUAL. Untuk paparan terbaik sila guna google chrome.Terima Kasih

Monday 19 March 2012

Kerja Kursus Pendidikan Seni Visual 2012 - SPM


PENGENALAN:
  1. Kerja Kursus ini dikenali sebagai Kajian Rekaan Seni Visual, kertas 3, kodnya 2611/3. Kerja Kursus ini mengandungi 9 tugasan, calon dikehendaki menjawab atau melaksanakan satu tugasan sahaja dengan bimbingan guru Pendidikan Seni Visual (PSV)
  2. Calon SPM yang mengambil mata pelajaran PSV wajib melaksanakan kerja kursus ini.
  3. Hasill Kajian Rekaan Seni Visual ini hendaklah dilaksanakan dalam tahun semasa peperiksaan dan tugasan tersebut hendaklah dihasilkan mengikut aspek kajian yang ditetapkan.
  4. Calon dikehendaki melaksanakan kerja kursus ini secara individu dari  Februari hingga Julai.
  5. Semua bukti KAJIAN, LAKARAN dan HASIL REKAAN (artifak) hendaklah ASLI dan tidak ditiru dari mana-mana pihak.
  6. Semua kajian dan bukti lakaran kajian hendaklah dihasilkan menggunakan kertas berukuran lebih kurang 28 cm X 38 cm dan calon hendaklah mendapat bimbingan guru mata pelajaran dalam pemilihan tugasan dan sepanjang pelaksanaan kerja kursus tersebut.
  7. Calon mestilah memenuhi kesemua aspek dalam kriteria penskoran untuk mendapatkan gred CEMERLANG dan BAIK. Gred cemerlang dan baik (pencapaian minumum 60% setiap aspek) sahaja akan dicatat dalam sijil pencapaian calon yang akan dikeluarkan oleh pihak sekolah. Pencapaian Memuaskan, Sederhana dan Tidak Mencapai Tahap Minimum tidak akan dicatat dalam sijil.
  8. Calon boleh menggunakan warna dan medium lain untuk lakaran kajian. Lakaran yang menggunakan komputer sepenuhnya dihadkan kepada tiga helai sahaja.
  9. Penilaian proses kerja dan pemberian markah calon akan dilakukan sepanjang masa kerja kursus dilaksanakan berdasarkan aspek dan kriteria. 

Thursday 15 March 2012

Asas Seni Reka

Asas Seni Reka
Prinsip Rekaan
Prinsip Rekaan adalah prinsip yang digunakan dalam membuat sesuatu rekaan ataupun ciptaan karya.  Ia adalah seperti berikut: Harmoni, kontra, penegasan, imbangan, irama dan pergerakan, kesatuan dan kepelbagaian.

1. Harmoni wujud  apabila munculnya susunan atau ulangan unsur-unsur seni mengikut cara atau gaya tertentu yang mempunyai persamaan. Ia boleh dihasilkan melalui susunan atau ulangan unsur-unsur seni yang sesuai, seimbang dan mempunyai hubungkait atau persamaan. Harmoni wujud dalam alam semula jadi dan juga alam benda buatan manusia adalah untuk memberi kesan kesamaan, ketenteraman, keserasian serta mengurangkan kejanggalan (tiada kontra atau penegasan). 

1.1 Harmoni pada alam semula jadi
1. Bentuk dan susunan daun pada tumbuh-tumbuhan yang sejenis adalah sama dan harmoni.
2. Warna-warna pada daun pokok lebih kurang sama atau dari keluarga warna yang sama.
Contohnya daun muda berwarna hijau kekuningan, hijau atay hijau kebiruan bagi daun  tua.
3. Jalinan pada daun dan batang pokok tersusun dengan cara yang sama seperti ada  irama dan kelihatan harmoni.

1.2  Harmoni pada alam buatan manusia
1. Rekaan bentuk yang sesuai dengan kegunaan. Contohnya kereta, bentuknya tidak menghadang angin memperlihatkan keupayaan kelajuannya.
2.Warna pada perabot disesuaikan dengan cita rasa dan latar tempatnya. Barangan perabot kayu sesuai diwarnakan dengan warna asal kayu jika kita mahukan ciri-ciri semula jadinya. sebaliknya jika perabot untuk bilik kanak-kanak sesuai dibuat dengan lebih bewarna-warni.
3. Motif-motif dalam ukiran kayu kelihatan harmoni kerana penggunaan unsur alam semula jadi serta susunan corak ukirannya.


Rumusannya:
Harmoni boleh wujud apabila  ada kesamaan unsur  sama ada warna, bentuk, rupa, susunan atau gubahan dalam sesuatu rekaan, objek atau visual.
Harmoni dari segi warna
2. Kontra  wujud apabila salah satu daripada unsur-unsur seni mempunyai ciri-ciri yang bertentangan di antara satu sama lain. Ia bertujuan untuk menimbulkan kesan yang menarik  dan menyerlah dalam sesebuah karya seni. Kontra berkait rapat dengan penegasan (semakin tinggi kadar kontra semakin jelas penegasan)

Unsur Seni

Terdiri dari beberapa unsur aitu: garisan, rupa, bentuk, jalinan, ruang dan warna.


Garisan ialah cantuman dari satu titik ke titik yang lain dengan mempunyai jarak-jarak tertentu. Aplikasi berbagai jenis garisan dapat mencipta rupa, jalinan, ton, corak serta menimbulkan gambaran bentuk, ruang dan gerakan dalam seni visual.


Garisan boleh dihasilkan dengan menggunakan pelbagai media sama ada media kering ataupun media basah. Ia berkait rapat dalam penghasilan lukisan dalam seni halus.Garisan boleh memberikan gambaran visual tertentu. Garisan yang tebal kelihatan kehadapan, manakala garisan yang nipis kelihatan lebih jauh.


Rupa adalah garisan luar sesuatu bentuk. Rupa  bersifat 2-D (tidak berjisim). Rupa terjadi atau terhasil apabila  pertemuan antara penghujung garisan dan permulaannya.


Rupa boleh dibahagi kepada dua: Rupa geometri dan rupa organik. Rupa boleh diolah secara rupa positif dan rupa negatif. Rupa juga berkait rapat juga dengan seni huruf.
Rupa juga merupakan unsur penting dalam olahan penghasilan simbol dan lambang.

Asas Seni Reka

 PENGENALAN 
Asas seni reka adalah satu unit yang sangat penting untuk dipelajari dan difahami secara mendalam. Ia merupakan teras dalam keupayaan untuk menghasilan semua bidang dalam penghasilan seni visual. Bahkan juga ia turut memain peranan yang penting dalam kritikan seni dan apresiasi karya visual. 




Dalam unit ini, pelajar  berpeluang mengaplikasi kefahaman dalam penghasilan kerja seni berdasarkan asas seni reka dengan pelbagai alat dan bahan serta teknik. Pelajar juga dilatih menjana penyataan idea berkaitan diri, masyarakat dan negara dalam berkarya.
senivisual-gcpsvsmkbera.blogspot.com
carta: unsur seni

                   Bagi menghasilkan sesebuah karya seni, pelajar perlu memahami konsep dan unsur seni serta berupaya mengaplikasi atau menggunakan unsur-unsur seni sebagai hiasan produk lain.

                  Sesebuah karya  berkait rapat dengan asas seni reka dan prinsip rekaan, karya yang terhasil daripada pemilihan tertentu dan gabungan unsur tersebut merupakan karya yang bermutu dan sangat menarik.

KANDUNGAN
Asas seni reka terbahagi kepada dua, iaitu:
  • Unsur-unsur seni: Garisan, rupa, bentuk, jalinan, ruang dan warna
  • Prinsip rekaan: Harmoni, kontra, penegasan, imbangan, pergerakan, kesatuan dan kepelbagaian
KEPENTINGAN ASAS SENI REKA
  1. Memberi kefahaman terhadap pereka sesuatu penghasilan kreatif bahawa mereka perlu menguasai asas seni reka sebelum perekaan sesuatu karya.
  2. Menjadikan penghasilan karya sama ada karya 2 dimensi atau pun karya 3 dimensi lebih berkualiti.
  3. Menggunakan pengetahuan asas seni reka/laras bahasa seni dalam membuat kritikan seni terhadap karya-karya seni.
  4. Melahirkan rasa penghargaan yang tinggi dalam kalangan pelajar  terhadap penghasilan kraf tradisional pribumi bahawa perekaan karya tersebut adalah atas pertimbangan asas seni reka oleh pengiat kraf.
  5. Penguasaan yang baik dalam asas seni reka akan membantu daya kreatif dan sifat perekaan produk atau tugasan dalam mata pelajaran lain.



Wednesday 14 March 2012

Transformasi Kurikulum Pendidikan Seni Visual

                  Sehingga penulis menulis persoalan ini Bahagian Kurikulum sedang berhempas pulas membuat persediaan merangka dan bermesyuarat dengan panel yang dipilih bagi mentejemahkan kerangka standard kurikulum semakan semula Pendidikan seni Visual sekolah menengah. sekarang ini kurikulum tingkat satu hampir selesai dilaksanakan.

                 Saya tertarik kenyataan bekas Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Datuk Alimuddin Mohad Dom (Utusan 12 Jun 2008) menyatakan, ''Kami akan buat perubahan dari segi kandungan kurikulum supaya ia menjadi lebih menarik dan seronok serta tidak membebankan pelajar. Kita nak wujudkan konsep 'pelajar berlari ke sekolah dan berjalan pulang ke rumah' sebagai menunjukkan betapa mereka seronok dan teruja untuk menimba ilmu di sekolah,'' . Justru, Kementerian Pelajaran akan melaksanakan transformasi sistem pendidikan bermula 2010 bagi meningkatkan kualiti akademik, kokurikulum dan pembangunan sahsiah murid.




Tuesday 13 March 2012

Pendahuluan Kata

Assalamualaikum. 
Syukur kehadrat Allah S.W.T kerana dengan izin-Nya dan hidayah-Nya dapat juga saya meneruskan pengisian blog Pendidikan Seni Visual (PSV) ini sebagai blog SOKONGAN untuk mata pelajaran Pendidikan Seni Visual. Blog ini telah menghampiri empat tahun dilayarkan. Satu altenatif lagi kepada pelajar, terutamanya pelajar yang tidak belajar di kelas khas yang menawarkan mata pelajaran Pendidikan Seni Visual tetapi sangat berminat dan telah mendaftar untuk peperiksaan SPM.
                                                                                                                                                                                                   
    Moga menjadi rujukan. Lebih-lebih lagi kepada calon SPM yang mengambil kertas PSV,  banyak input yang berguna untuk penghasilan folio Kajian Rekaan Seni Visual ( KRSV ). Bagi pelajar-pelajar STPM yang mengambil PSV dan IPG dapat memanafaatkan blog ini sebagai sumber rujukan teori seni. Adalah diharapkan  juga kepada pengajar pendidikan seni visual dapat menjadikan blog ini sebagai rujukan atau pautan kepada aktiviti atau pencarian sumber seni visual lainnya melalui e-pembelajaran sama ada demo video atau tutorial online dari laman web di serata dunia yang telah dipautkan.




Blog ini dibina berasaskan 4 pautan. Banyak blog yang boleh digunakan oleh pelajar atau guru PSV untuk mendapatkan maklumat sokongan. Tutorial online adalah merupakan pembelajaran lanjutan untuk pelajar  mempelajari banyak hal yang  menarik melalui laman web pakar-pakar ternama. Demonstrasi melalui tayang dari youtube juga tentunya sesuatu yang menarik dan boleh menambah kefahaman pelajar dan guru yang bukan opsyen PSV, bahkan menarik minat untuk mencuba dan meneroka sendiri hasil demo seni yang ditujukan. Bagi pelajar yang menghasilkan kerja kursus PSV, pastinya laman ini menjadi tumpuan untuk mendapatkan panduan dan sumber bagi penghasilan folio dan artifak  kerja kursus kertas 2611/3.
 Selain menjadikan blog ini sebagai pautan
ke beberapa laman web atau blog seni visual lain, adalah diharapkan juga beberapa perkongsian maklumat seni guru-guru psv lain. Sila emelkan untuk perkongsian bahan dan maklumat bersama. Kepada semua pengujung yang telah memberi respon, teguran dan perkongsian ilmu diucapkan terima kasih dan ia amat saya hargai.