Saya
tertarik kenyataan bekas Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Datuk Alimuddin
Mohad Dom (Utusan 12 Jun 2008) menyatakan, ''Kami akan buat perubahan dari
segi kandungan kurikulum supaya ia menjadi lebih menarik dan seronok serta
tidak membebankan pelajar. Kita nak wujudkan konsep 'pelajar berlari ke
sekolah dan berjalan pulang ke rumah' sebagai menunjukkan betapa mereka seronok
dan teruja untuk menimba ilmu di sekolah,'' . Justru, Kementerian
Pelajaran akan melaksanakan transformasi sistem pendidikan bermula 2010 bagi
meningkatkan kualiti akademik, kokurikulum dan pembangunan sahsiah murid.
Kenyataan
ini merupakan suatu keperluan dalam pembinaan kurikulum Pendidikan Seni Visual
(PSV) harus menepati kehendak transformasi yang dikatakan itu. Bagi saya
perkataan 'transformasi' itu biar benar-benar tertonjol dalam kurikulum yang
akan dibina.
Dalam
Pendidikan Seni Visual beberapa tokoh telah mengutarakan pandangan bahawa,
pembelajaran pendidikan seni visual tidak akan terkeluar dalam lingkungan untuk
mengasah bakat kreativiti melalui penajaman intuisi dan mengembangkan daya
kemahiran dalam penciptaan yang ivovatif.
Ditinjau
matlamat PSV ialah untuk membentuk keperibadian generasi Malaysia yang celik
budaya, mempunyai nilai-nilai estetika yang tinggi, imaginatif, kritis,
inovatif dan inventif. Oleh yang demikian fokus dalam kandungan kurikulum
juga harus menju kearah itu. Dalam dunia yang penuh persaingan ini PSV juga
harus merenung keperluan masa depan generasi yang terdidik dalam PSV iaitu
peluang kerjaya mereka. Oleh yang demikian persoalannya adalah kurikulum itu
dapat menepati kehadiran kandungan itu benar-benar memenuhi kehendak masa depan
yang dikatakan 'trasformasi'?.
Ditinjau
dalam keadaan semasa, keperluan Seni Visual lebih menjurus kepada 'mencipta'
sesuatu keperlua manusia kini. Adalah baik penumpuan kurikulum yang berbentuk
trasformasi ini mengwujudkan proses 'pencipta kreatif' misalnya mencipta
model-model alat keperluan harian, kereta dan lain-lain. Disamping itu
keperluan Komunikasi Visual juga merupakan sangat-sangat menjadi keperluan kini
melalui media-media digital yang semakin 'deras' perkembangannya. Oleh itu
penjurusan penciptaan melalui aktiviti-aktiviti dalam P&P PSV perlu
ditekankan disamping mengekalkan persoalan estetik, artistik dalam seni
tersebut.
Suatu
yang amat penting ialah, pembelajaran harus berlaku melalui interaksi 3 penjuru
(salaing melangkapi) dalam Seni Visual iaitu Asas seni reka (Bahasa Seni),
penghasilan produk dan apresiasi & Kritikan. Sebenarnya dalam sesuatu
pembelajaran PSV 3 perkara harus berlaku dalam P&P. Kerana itu Feldman
telah menyatakan melalui modelnya dalam DBAE bahawa kurikulum Seni harus
berlandaskan empat eleman utama iaitu: Produk seni, Estetik, Apresiasi dan
Kritikan.
Namun, dalam sesuatu aktiviti pembelajaran PSV juga
harus menepati kreteria dalam pentafsiran yang mana perlu berubah dari apa yang
ada sekarang. Kebanyakan guru-guru membuat pentafsiran PSV melalui pendekatan
soalan anika pilihan (objektif) sahaja. sepatutnya penilaian haruslah berlaku
melalui pemerhatian, lisan dan bertulis melalui kerja kursus berasaskan
sekolah. Harus diingat, pada masa kini P&P PSV tingkatan 1 hingga 4 telah
meninggalkan perkara penting dalam proses penghasilan iaitu Portfolio. Saya
secara peribadi sangat menyokong kenyataan bekas ketua pengarah pelajaran yang
menyatakan, kurikulum trasformasi ini juga akan melibatkan kepada sistem
penilaian supaya tidak hanya berasaskan peperiksaan, menurutnya lagi sistem
penialaian baru itu, prestasi para pelajar akan dinilai sejak mereka
berada di tahun satu lagi.
sumber:senivisual2.blogspot
No comments:
Post a Comment