Garisan ialah cantuman dari satu titik ke titik yang lain dengan mempunyai jarak-jarak tertentu. Aplikasi berbagai jenis garisan dapat mencipta rupa, jalinan, ton, corak serta menimbulkan gambaran bentuk, ruang dan gerakan dalam seni visual.
Garisan boleh dihasilkan dengan menggunakan pelbagai media sama ada media kering ataupun media basah. Ia berkait rapat dalam penghasilan lukisan dalam seni halus.Garisan boleh memberikan gambaran visual tertentu. Garisan yang tebal kelihatan kehadapan, manakala garisan yang nipis kelihatan lebih jauh.
Rupa adalah garisan luar sesuatu bentuk. Rupa bersifat 2-D (tidak berjisim). Rupa terjadi
atau terhasil apabila pertemuan antara
penghujung garisan dan permulaannya.
Rupa boleh dibahagi kepada dua: Rupa geometri dan rupa organik. Rupa boleh diolah secara rupa positif dan rupa negatif. Rupa juga berkait rapat juga dengan seni huruf.
Rupa juga merupakan unsur penting dalam olahan penghasilan simbol dan lambang.
Rupa boleh dibahagi kepada dua: Rupa geometri dan rupa organik. Rupa boleh diolah secara rupa positif dan rupa negatif. Rupa juga berkait rapat juga dengan seni huruf.
Rupa juga merupakan unsur penting dalam olahan penghasilan simbol dan lambang.

Ruang merupakan kawasan yang dikelilingi oleh garisan, atau
kawasan kosong di sekeliling objek, atau jarak antara dua objek.
Warna ialah pigmen pewarna kimia yang bertindak balas pada
sesuatu permukaan. warna terbahagi kepada tiga kumpulan utama iaitu warna asas,
warna sekunder dan warna tertier. Warna asas terdiri daripada warna biru, merah dan kuning; dan
ia boleh menghasilkan warna sekunder dan warna tertier. Warna sekunder pula terdiri daripada warna hijau, jingga dan
ungu; dan dapat dihasilkan daripada campuran dua warna asas.
Warna tertier terhasil daripada percampuran warna asas dan
sekunder.
Mohon izin dijadikan rujukan. Bahasa tuan sangat mudah difahami dan santai. Terima kasih.
ReplyDelete