Saturday 21 April 2012

10. Multimedia

Tajuk-tajuk berkaitan:
  1. Reka Bentuk Grafik
  2. Poster
  3. Simbol, Logo dan Maskot
  4. Kaligrafi
  5. Tipografi
  6. Pembungkusan
  7. Grafik Persekitaran
  8. Ilustrasi
  9. Grafik Komputer
  10. Multimedia
10. MULTIMEDIA


a. Pengertian Multimedia

- Multimedia dapat diertikan sebagai penggunaan beberapa media yang
berbeza untuk menggabungkan dan menyampaikan informasi dalam bentuk
text, audio, grafik, animasi, dan video.

- Beberapa definisi menurut beberapa ahli:
1. Kombinasi dari komputer dan video (Rosch, 1996)
2. Kombinasi dari tiga elemen: suara, gambar, dan teks (McComick,
1996)
3. Kombinasi dari paling sedikit dua media input atau output. Media ini
dapat berupa audio (suara, musik), animasi, video, teks, grafik dan
gambar (Turban dan kawan-kawan, 2002)
4. Alat yang dapat menciptakan presentasi yang dinamis dan interaktif
yang mengkombinasikan teks, grafik, animasi, audio dan video (Robin
dan Linda, 2001)
5. Multimedia dalam konteks komputer menurut Hofstetter 2001 adalah:
pemanfaatan komputer untuk membuat dan menggabungkan teks,
grafik, audio, video, dengan menggunakan tool yang memungkinkan
pemakai berinteraksi, berkreasi, dan berkomunikasi.


Menurut wikipedia.org:
Komputer Multimedia adalah sebuah komputer yang dikonfigurasi sesuai
dengan rekomendasi dan memiliki sebuah CD-ROM. Standar komputer
mutlimedia dilakukan oleh "Multimedia PC Marketing Council", sebuah
kelompok kerja dari sebuah perusahaan yang dahulu bernama Software
Publishers Association (sekarang bernama Software and Information Industry
Association). Perusahaan ini merupakan gabungan dari Microsoft, Creative
Labs, Dell, Gateway, dan Fujitsu

b. Skop Bidang Seni dan Multimedia


Skop Bidang Seni Visual dan Multimedia: 
1.  Seni Video
2.  Multimedia
3.  Animasi
4.  Seni Komputer 
5.  Seni Elektronik

1. Seni Video
- Seni ini bermula setelah alat  video diperkenalkan sekitar tahun 1965.
- Seni ini mula menjadi satu hasil seni setelah Nam June Paik menggunakan tayangan videonya bertajuk GLOBAL GROOVE dalam tahun 1973.
- 1982, beliau menghasilkan gabungan installasi dan video bertajuk TV BUDDHA.
-  Di Malaysia, pengkarya juga telah menggunakan media video sebagai penutaraan seni, antaranya:
  • Wong Hoy Cheng, bertajuk: Sook Ching (1990)
  • Hasnol Jamal Saidon, bertajuk: Kdek, Kdek, Ong ( 1994)
  • Liew Kungyu, bertajuk:  Sing A Song For Ah Kong and Ah Mo (1994)

2.  Multimedia:
- Perkataan Multimedia merujuk kepada komunikasi yang menggunakan audio, video, teks, grafik dan animasi yang digabungkan dengan interaksi penggunaan secara interaktif dan dipersembahkan melalui teknologi komputer.

Multimedia Interaktif ialah gabungan pelbagai media  seperti  video,  teks,  audio,  grafik dan animasi melalui komputer. Multimedia interaktif dikaitkan dengan maklum balas. Secara khususnya interaktif adalah komunikasi dua hala dalam komunikasi. Interaktif ialah satu proses yang membenarkan pemprosesan maklumat yang mendalam ke dalam minda audian.

-Reka bentuk multimedia ialah reka bentuk visual yang menggunakan komputer dihasilkan melaluiyang memenuhi ciri-ciri rekabentuk grafik yangmemasukkan unsur-unsur warna, imej, tipografi, susun  atur dan  audio  yang  membenarkan  keselesaan kepada penglihatan dan pendengaran audian.
-. Dua jenis Multimedia:
1.  Multimedia  Interktif 
2. Multimeida Linear


3. Animasi:

Animasi ialah visual pengun yang digerakkan dengan menggunakan teknik-teknik tertentu. Ia juga boleh dikatakan satu set lukisan grafik yang  dipaparkan  dengan  pantas  d alam  bentuk  siri berbingkai (frame)


Jenis-jenis Animasi:

1. Animasi Bingkai

2. Animasi Path
3. Animasi Pemprograming Berkomputer 
4. Animasi 3D
5. Animasi ‘Fllipping' 

4. Seni Komputer

Seni komputer melibatkan penggunaan kompute r r   sebagai   tool    untuk   menghasilkan      karya-karya. Sejak komputer peribadi mula diperkenalkan sekitar tahun 1980an pengkarya-pengkarya telah mengasilkan karya seni melalui komputer.

5. Seni Elektronik
Seni ini menggunakan peralatan elektronik untuk menghasilkan suatu bentuk karya kreatif.


..soalan latihan pengukuhan

.....kembali ke menu: REKA BENTUK GRAFIK

No comments:

Post a Comment