Kurikulum PSV



Pendidikan Seni Visual menjurus kepada seni tampak. Pendidikan Seni Visual sekolah menengah lebih menegaskan kegiatan dalam proses penghasilan dengan melibatkan aspek pemahaman, penghayatan dan kritikan. Proses ini menyentuh perasaan estetika dan daya kreativiti individu melalui penajaman daya intuisi, persepsi, imaginasi dan konsep murid. Dengan ini, murid diharapkan dapat mengamalkan pertimbangan seni visual, meningkatkan lagi kepekaan, menjadi pengkarya yang rasional dan mampu mengendallikan kehidupan dengan membawa bersama nilai yang disebutkan.
Kurikulum Pendidikan Seni Visual sekolah menengah merangkumi perkara yang berkaitan dengan seni halus, komunikasi visual, reka bentuk dan kraf tradisional. Murid dilatih untuk melihat sesuatu dengan persepsi yang lebih luas sama ada daripada aspek estetika mahupun aspek gunaan. Melalui kefahaman aspek di atas, murid dapat diterapkan dengan penghayatan warisan seni visual dan mengamalkannya dalam kehidupan, terutamanya dalam meningkatkan nilai hidup. murid akan didedahkan dengan ilmu seni visual yang berkaitan dengan bidang tertentu dan menerapkan budaya menghargai serta mengaplikasi ilmu yang diperolehi bersama.
Matlalmat Kurikulum PSV
Matlamat Pendidikan Seni Visual sekolah menengah adalah untuk membentuk keperibadian generasi Malaysia yang celik budaya, mempunyai nilai-nilai estetika yang tinggi, imaginatif, kritis, kreatif, inovatif dan inventif. Kandungan kurikulum berupaya membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke atas pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara, selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Objektif Mata Pelajaran PSV
Pendidikan Seni Visual di sekolah menengah bertujuan untuk:
- menghargai keindahan alam ciptaan Tuhan,
- memupuk budaya penyelidikan dalam proses penghasilan karya seni visual,
- meningkatkan pengetahuan, daya kreativiti, inovasi, disiplin serta kemahiran dalam bidang seni visual yang dapat diamalkan dalam kehidupan dan kerjaya,
- menggunakan pelbagai kemahiran, media, teknik dan teknologi untuk mereka cipta barangan kraf dan produk seni visual yang berkualiti,
- membuat diskripsi, analisis, interpretasi dan penilaian terhadap karya seni visual yang berkualiti,
- mendapat nilai tambah dalam disiplin sains, teknologi dan mata pelajaran lain,
- menghargai sumbangan dan pengaruh tokoh-tokoh seni visual dalam konteks perkembangan sejarah seni visual di Malaysia dan antarabangsa,
- menjadi bidang seni visual sebagai prospek kerjaya,
- menyedari dan menghargai suasana seni dalam persekitaran dan kaitan dengan keselesaan hidup, dan
- membina jati diri ke arah pembentukan negara bangsa.
Organisasi Kurikulum PSV
Kurikulum
Pendidikan Seni Visual disusun berdasarkan dua bidang iaitu
Bidang
Penghasilan Seni Visual serta Sejarah dan Apresiasi Seni Visual.
Kedua-dua
bahagian ini diharapkan dapat membantu murid dalam menguasai
pelbagai
kemahiran. Antara kemahiran yang akan dikuasai murid melalui
pendidikan
seni visual ialah kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif,
kemahiran
berkomunikasi secara berkesan, kemahiran membuat pilihan dan
keputusan
yang tepat, kemahiran mencari, menginterpretasi dan
mengaplikasi
maklumat, kemahiran bekerjasama dan kemahiran
pengurusan.
Bagi
membolehkan murid menguasai kemahiran-kemahiran ini guru perlu
mengintegrasikan
kedua-dua bidang ini dalam pengajaran dan
pembelajaran.
Dalam penghasilan seni visual, kegiatan harus melibatkan
penerokaan,
pewujudan idea, perkembangan idea, pembelajaran secara
terancang,
penggunaan teknologi, alat dan bahan melalui teknik tertentu.
Semua
kegiatan seni mengutamakan kajian-kajian sebelum, semasa dan
selepas
proses penghasilan. Ini bertujuan menerapkan budaya penyelidikan
di
kalangan murid.
Kedua-dua
bidang ini menjurus kepada matlamat Pendidikan Seni Visual
dan
juga matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Tujuannya adalah
untuk pembinaan
individu, keluarga, masyarakat
dan negara. Pengajaran
dan
pembelajaran Pendidikan Seni Visual dijalankan dalam bentuk teori
dan
praktikal tetapi pendekatannya bergantung kepada kebijaksanaan guru
untuk
mengendalikannya asalkan meliputi tiga domain iaitu, pengetahuan,
kemahiran
dan nilai.
Perkara
yang ditegaskan dalam bidang penghasilan seni visual adalah
kegiatan
kreatif yang melibatkan benda-benda yang dapat disentuh, dilihat
dan
diimaginasi bagi menggalakkan perkembangan persepsi dan daya intuisi.
Dengan
ini diharapkan fahaman nyata dan abstrak dapat diselaraskan dan
pemupukan
minat terhadap Pendidikan Seni Visual dapat dikembangkan.
Bidang
Sejarah dan Apresiasi Seni Visual memberi tumpuan kepada
pengalaman
seni dalam kehidupan harian dan dalam budaya kebangsaan.
Perbandingan
dengan seni dan budaya luar juga digalakkan bagi
memperlihatkan
keseimbangan pendedahan dalam bidang seni visual
termasuk
kraf kebangsaan demi mengenali seni visual dalam evolusi budaya
kebangsaan.
Kurikulum
Pendidikan Seni Visual Sekolah Menengah disusun berdasarkan
kandungan
yang dibahagikan kepada:
1.
Penghasilan seni visual
2.
Sejarah dan apresiasi seni visual
Bidang
ini menyediakan peluang kepada murid mengaplikasi kefahaman
mereka
untuk menghasilkan kerja seni berdasarkan asas seni reka dalam
pelbagai
teknik. Proses penghasilan ini memberatkan pernyataan idea yang
berkaitan
dengan pernyataan kendiri, masyarakat dan
nilai kenegaraan.
Sehubungan
itu latar belakang budaya dan nilai masyarakat yang terdapat
dalam
sesuatu karya seni diperkenalkan. Aspek sains dan teknologi
diperkenalkan
secara terus untuk membantu kegiatan seni.
Bidang
ini meliputi asas seni reka, seni halus (lukisan, catan, arca dan
cetakan), komunikasi visual (seni grafik dan
multimedia), reka bentuk (reka
bentuk
industri dan reka bentuk persekitaran) serta seni kraf tradisional
dandimensi
baru.
2. Sejarah dan Apresiasi Seni Visual
Bidang
ini memberi peluang kepada murid membuat kajian pemahaman
terhadap
hasil seni visual dalam budaya tempatan, kebangsaan dan negara
ASEAN
serta negara tertentu yang mempunyai kesamaan dan kelainan
dengan
budaya kebangsaan. Murid dapat menyatakan kefahaman,
membuat apresiasi
dan kritikan seni.
Sukatan Pelajaran
DOWNLOAD Sukatan Pelajaran PSV KBSM
DOWNLOAD Huraian Sukatan Pelajaran PSV KBSM
( Tajuk untuk Menengah Atas- Tingkatan 4 dan 5 )
Kandungan
|
Bidang
|
|
1.
Penghasilan Seni Visual
|
1.1 Asas Seni Reka
|
|
1.2 Seni Halus
|
||
a.
Lukisan
|
||
b.
Catan
|
||
d.
Cetakan
|
||
1.3 Komunikasi Visual
|
||
a. Reka
Bentuk Grafik
|
||
b.
Multimedia
|
||
1.4 Reka Bentuk
|
||
a. Reka
Bentuk Industri
|
||
b. Reka
Bentuk Persekitaran
|
||
i) Hiasan Dalaman
|
||
ii) Landskap
|
||
1.5 Kraf
Tradisional dan Dimensi Baru
|
||
- Tembikar, Anyaman, Ukiran Kayu,
Tekat,
Batik, Tenunan
|
||
2.
Sejarah
dan
Apresiasi
Seni Visual
|
a)
Perkembangan Seni Visual di Malaysia
|
|
i. Seni Halus
( gerakan seni halus, pelukispenghasilan
dan sumbangan )
|
||
ii. Kraf
Tradisional & Pribumi -
( tokoh,penghasilan & sumbangan )
|
||
b) Peralatan ( senjata dan domestik)
|
||
c)
Alat Permainan ( gasing,wau dan
alat muzik tradisional )
|
||
d)
Seni bina ( kediaman,masjid,wakaf,
gerbang, makam dan taman )
|
||
e)
Kenderaan ( darat dan laut/sungai )
|
||
f)
Pakaian ( baju kurung, baju Melayu,
baju Kedah, baju Cekak Musang dll.)
|
Kertas Yang Ditawarkan
- Ada TIGA kertas yang ditawarkan dan mesti diambil kesemuanya.
- Kertas-kertas tersebut adalah seperti berikut:
- Kertas 1 (2611/1) -Teori Seni ( Soalan Objektif-50 soalan, masa 1 jam 15 minit, pemberatan markah: 50 markah)
- Kertas 2 (2611/2) - Seni Halus (Menguji kemahiran melukis, enam soalan jawab 1, soalan diberi awal seminggu dari tarikh peperiksaan sebenar, masa 3 jam, boleh guna atau medium yang sesuai, pemberatan markah: 50 markah)
- Kertas 3 (2611/3) - Kajian Rekaan Seni Visual (Kerja Kursus, Februari-Julai, Pentaksiran Berasaskan Sekolah, dibantu dan dipantau oleh guru pembimbing, menghasikan folio kajian dan artifak 3 dimensi berdasarkan senarai kajian, pemberatan markah: 100 markah)
Pemarkahan dan Pengredan
Contoh Soalan Kertas 1
Contoh Soalan Kertas 2
Contoh Soalan Kertas 3
Pautan Sokongan
No comments:
Post a Comment