Syukur kehadrat Allah S.W.T kerana dengan izin-Nya dan hidayah-Nya dapat juga saya meneruskan pengisian blog Pendidikan Seni Visual (PSV) ini sebagai blog SOKONGAN untuk mata pelajaran Pendidikan Seni Visual. Blog ini telah menghampiri empat tahun dilayarkan. Satu altenatif lagi kepada pelajar, terutamanya pelajar yang tidak belajar di kelas khas yang menawarkan mata pelajaran Pendidikan Seni Visual tetapi sangat berminat dan telah mendaftar untuk peperiksaan SPM.
Moga menjadi rujukan. Lebih-lebih lagi kepada calon SPM yang mengambil
kertas PSV, banyak input yang berguna
untuk penghasilan folio Kajian Rekaan Seni Visual ( KRSV ). Bagi pelajar-pelajar STPM yang mengambil PSV dan IPG dapat memanafaatkan blog ini sebagai sumber rujukan teori seni. Adalah
diharapkan juga kepada pengajar
pendidikan seni visual dapat menjadikan blog ini sebagai rujukan atau
pautan kepada aktiviti atau pencarian sumber seni visual lainnya melalui
e-pembelajaran sama ada demo video atau tutorial online dari laman web di
serata dunia yang telah dipautkan.
Blog ini dibina berasaskan 4 pautan. Banyak blog yang
boleh digunakan oleh pelajar atau guru PSV untuk mendapatkan maklumat sokongan.
Tutorial online adalah merupakan pembelajaran lanjutan untuk pelajar mempelajari banyak hal yang menarik melalui laman web pakar-pakar ternama. Demonstrasi melalui
tayang dari youtube juga tentunya sesuatu yang menarik dan boleh menambah
kefahaman pelajar dan guru yang bukan opsyen PSV, bahkan menarik minat untuk mencuba dan meneroka sendiri hasil demo
seni yang ditujukan. Bagi pelajar yang menghasilkan kerja kursus PSV, pastinya
laman ini menjadi tumpuan untuk mendapatkan panduan dan sumber bagi penghasilan
folio dan artifak kerja kursus kertas
2611/3.
Selain menjadikan blog
ini sebagai pautan
ke beberapa laman web atau blog seni visual lain, adalah
diharapkan juga beberapa perkongsian maklumat seni guru-guru psv lain. Sila
emelkan untuk perkongsian bahan dan maklumat bersama. Kepada semua pengujung yang telah memberi respon, teguran dan perkongsian ilmu diucapkan terima kasih dan ia amat saya hargai.
Mohd Noor Ibrahim Guru Cemerlang PSV SMK
Bera, Bera, Pahang.
UTAMA. ASAS SENI REKA.SENI HALUS.KOMUNIKASI VISUAL.REKA BENTUK.KRAF TRADISIONAL DAN DIMENSI BARU.SEJARAH DAN APRESIASI VISUAL.KOMPUTER GRAFIK.KERJA KURSUS PENDIDIKAN SENI VISUAL 2012 SPM.BANK SOALAN.ALBUM FOTO.SEMAKAN MARKAH PEPERIKSAAN -saps
UTAMA. ASAS SENI REKA.SENI HALUS.KOMUNIKASI VISUAL.REKA BENTUK.KRAF TRADISIONAL DAN DIMENSI BARU.SEJARAH DAN APRESIASI VISUAL.KOMPUTER GRAFIK.KERJA KURSUS PENDIDIKAN SENI VISUAL 2012 SPM.BANK SOALAN.ALBUM FOTO.SEMAKAN MARKAH PEPERIKSAAN -saps
No comments:
Post a Comment