selamat datang ke blog Senivisual-gcpsvsmkbera.blogspot.com. Satu usaha ke arah KECEMERLANGAN SENI VISUAL. Untuk paparan terbaik sila guna google chrome.Terima Kasih

Wednesday 9 May 2012

Cetakan

Cetakan

Pengenalan

1 Cetakan ialah proses menggambar atau mencorak yang dihasilkan dengan mengguris atau memotong permukaan plat dan menggunakan bahan pigmen.

2 kemudian,gambar atau corak tersebut dipindahkan pada permukaan kertas atau kain.

3 Melalui teknik cetakan,kita akan dapat menghasilkan beberapa edisi karya yang sama dengan mudah

4 terdapat pelbagai bahan yang boleh digunakan untuk menghasilkan cetakan seperti blok kayu,kayu nipis,strewbod,lino,stensil,profilem,ubi kentang,sayur-sayuran dan sebagainya.

5 terdapat pelbagai teknik yang digunakan untuk menghasilkan cetakan benam luak,timbul,planograf,stensil dan halangan sementara.

6 dalam bab ini,kita akan mempelajari teknik cetakan luak yang menggunakan bahan lino dan teknik cetakan halangan sementara yang menggunakan keratan akhbar dan tumbuh-tumbuhan.

Jenis-jenis Cetakan

Cetakan Timbunan

1 Hasil imej pada blok atau plat yang disapu dengan dakwat atau pewarna.

2 Hasil permukaan acuan merupakan imej yang terhasil di permukaan kertas.

3 Cetakan timbunan termasuk kaedah sayuran,kolaj,kadbod,bergelugur,lino dan potongan kayu.

4 Beberapa contoh cetakan timbunan ditunjukkan di bawah.



Cetakan Stensil/Sarigrafi

1 Cetakan ini memerlukan kain sutera yang renggang di atas kayu pemidang.

2 imejnya dihasilkan melalui keratan kertas pendua,filem lakar(profilem)atau skrin foto(foto emulsi)

3 cetakan ini menggunakan sekuji untuk menyapu dakwat atau warna di atas permukaan.

Cetakan Monoprin

1 cetakan monoprin juga dikenali sebagai cetakan satu plat

2 dihasilkan daripada permukaan yang mendatar

3 imej terbentuk pada permukaan kertas apabila sekeping kertas lembut diletakkan pada permukaan rata yang berwarna dan lakaran dibuat di atas kertas menggunakan jari atau alat

4 imej juga boleh dihasilkan dengan kesan rupa positif dan rupa negatif


Aktiviti Cetakan

Cetakan Lino

1 alat dan bahan yang diperlukan untuk cetakan lino ialah

(a) Pensel
(b) Papan lino
(c) Alat pengukit lino
(d) Dakwat cetakan lino
(e) Penggelek
(f) Sekeping kaca
(g) Kertas news print


Proses Cetakan Lino

1 lukis corak pada permukaan papan lino menggunakan pensel

2 gunakan alat pengukir lino untuk mengukir corak pada papan lino

3 cara mengukirnya tidak berbeza dengan cara mengukir kayu

4 terdapat tiga jenis alat pengukir lino,iaitu:

(a) Alat pengukir ‘V’-digunakan untuk memotong reka corak dan garisan-garisan yang nipis pada permukaan lino

(b) Alat pengukir ‘U’-digunakan untuk mencungkil bahagian-bahagian atau corak yang besar pada permukaan lino

(c) Alat pengukir pisau-digunakan untuk mengemas tepi-tepi kasar pada permukaan lino

5 bubuh sedikit dakwat lino pada permukaan kaca dan gelekkan dakwat dengan penggelek sehingga dakwat rata.untuk menghasilkan cetakan yang pelbagai warna,gunakan warna cerah untuk warna pertama.

6 gelekkan penggelek yang berwarna pada permukaan papan lino yang telah diukir.

7tekapkan kertas ‘new print’pada permukaan lino yang telah diwarnakan

8untuk mendapatkan warna kedua dan gubahan yang lebih halus,bersihkan papan lino daripada warna pertama.

9Ukir corak-corak yang lain.ulangi langkah tiga dengan dakwat kedua.seterusnya ulangi langkah empat dan lima


Cetakan Stensil profilem

1 alatan dan bahan yang diperlukan dalam cetakan stensil profilem ialah:

(a) Pemidang skrin
(b) Pensel
(c) Pisau pemotong(pisau NT)
(d) Seterika
(e) Sekuji
(f) Kain sutera
(g) Profilem
(h) Pewarna
(i) Kertas/kain untuk cetakan


Proses cetakan Stensil Profilem

1 sediakan lakaran corak

2 lukis corak pada permukaan belakang profilem

3 potong bahagian yang hendak diwarnakan dengan pisau NT

4 letakkan filem yang telah siap di atas permukaan rata dengan bahagian berlilin menghadap ke atas

5 sediakan pemidang skrin.letakkan pemidang skrin di atas filem profilem dan gosokkan dengan seterika

6gamkan pita pelekat di sekeliling pemidang skrin

7alas meja cetakan dengan surat khabar.ratakan kain atau kertas di atasnya.

8letakkan skrin di atas bahagian yang hendak dicrtak

9bubuh perwarna dibahagian atas pemidang skrin

10ratakan warna di atas skrin dengan sekuji dengan cara menariknya(seelok-eloknya sekali sahaja)

11angkat pemidang skrin secara perlahan-lahan

12pemidang skrin tambahan perlu untuk cetakan beraneka warna.kedudukan imej cetakan perlu tepat,terutama apabila beberapa jenis warna digunakan.sentiasa memulakan cetakan dengan warna yang paling muda

Kemasan,Persembahan dan Pemeliharaan


1 karya yang telah dicetak perlulah dibingkaikan supaya kelihatan kemas dan menarik

2 tuliskan bilangan atau siri cetakan,tajuk,atau siri cetakan dengan pensel atau karbon dan tanda nama,tarikh(tahun) dengan pensel atau karbon

3 lengkapkan karya dengan lekapan atau pembingkaian dan pastikan bahagian tepian cetakan tidak terlindung bertujuan untuk menentukan ketepatan pada cetakan

4 elakkan karya cetakan terdedah daripada cahaya yang kuat supaya warnanya tidak mudah luntur


No comments:

Post a Comment