selamat datang ke blog Senivisual-gcpsvsmkbera.blogspot.com. Satu usaha ke arah KECEMERLANGAN SENI VISUAL. Untuk paparan terbaik sila guna google chrome.Terima Kasih

Thursday 7 March 2013

TUGASAN 8

BIDANG : KOMUNIKASI VISUAL
TAJUK : IKLAN
PRODUK : KALENDER MEJA TIGA DIMENSI

SITUASI
Penganjur Jambori Berbasikal bercadang memberi cenderamata berbentuk 
kalendar kepada setiap pesertanya.

TUGASAN
Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan kalender meja tiga 
dimensi yang berkaitan dengan aktiviti berbasikal.

Portfolio kajian anda hendaklah mengandungi perkara berikut:

1. Koleksi gambar pelbagai reka bentuk kalendar.
2. Lakaran reka bentuk kalendar serta catatan.
3. Koleksi gambar pelbagai aksi penunggang basikal sebagai sumber ilham.
4. Lukisan atau catan realistik aksi penunggang basikal.
5. Koleksi muka taip sebagai sumber ilham.
6. Lakaran muka taip serta catatan.
7. Lakaran olahan idea untuk ilustrasi serta catatan.
8. Lakaran reka letak gabungan muka taip dan ilustrasi serta catatan.
9. Kajian warna kalendar meja tiga dimensi dipilih serta catatan.
10. Lukisan tiga dimensi tiga sudut pandangan menarik.
11. Ilustrasi persembahan yang menggambarkan fungsi dalam situasi yang sebenar.
12. Lukisan alat dan bahan yang digunakan serta catatan.
13. Lukisan atau gambar foto proses dan teknik penghasilan serta catatan mengikut urutan.

Berdasarkan kajian tersebut, reka bentuk kalendar anda hendaklah mengikut
spesifikasi berikut:

Bahan : Kertas
Ukuran minimum :       Tinggi  - 30 cm
                                       Lebar - 28 cm
Bilangan warna :          Bebas
Teknik : Ilustrasi             - Catan
                                         - Muka taip bulan boleh menggunakan cetakan komputer


Contoh:


Nota:
Kalendar hendaklah meliputi bulan Januari hingga Disember.
*Soalan-soalan tugas lain




12 comments:

  1. muka taip tu apa?

    ReplyDelete
  2. Muka taip merujuk pada perkataan bulan. Boleh guna cetakan dari hasil kerja komputer. Buat beberapa penerokaan. Tulisan jangan terlalu berkerawang..sebaliknya perlu jelas dan kemas...Rujuk kalendar sebenar, buat sedikit ubah suai..Berbincanglah dengan guru anda untuk penilain terbaik darinya.

    ReplyDelete
  3. susahnya nak buat kerja kursus ini

    ReplyDelete
  4. susah sangat .... nk lukis basikal yg pling susah...

    ReplyDelete
  5. Lukisan atau catan aksi reslistik pnungang bsikal...cari bbrapa gambar sbnar aksi pilih satu yg ssuai tiru..hasilkan mnyerupainya. Blh psembh scara lkisan:mggunakan media kering spt pnsel/arang/pen/pensel warna/krayon/pastel...Blh jg prsembh scara catan:mnggunakn media bsah spt warna air, warna poster dan warna akrilik...mnta nsihat gru pmbimbing anda.

    ReplyDelete
  6. Lukisan atau catan aksi reslistik pnungang bsikal...cari bbrapa gambar sbnar aksi pilih satu yg ssuai tiru..hasilkan mnyerupainya. Blh psembh scara lkisan:mggunakan media kering spt pnsel/arang/pen/pensel warna/krayon/pastel...Blh jg prsembh scara catan:mnggunakn media bsah spt warna air, warna poster dan warna akrilik...mnta nsihat gru pmbimbing anda.

    ReplyDelete
  7. "Lukisan atau catan aksi reslistik pnungang bsikal"
    hanya hasilkan 1 lukisan sahaja?

    ReplyDelete
  8. No 8 tu macam mana? Tak faham..

    ReplyDelete
  9. soalan no.8 macam mana yer? olahan tentang basikal atau kalendar. olahan basikal bagaimana? dari tepi ke depan dan ke belakang. atau olahan kalendar yg mngubah bentuk kalendar?

    ReplyDelete
  10. no.11 kertas lukisan perlu lukis sekali?

    ReplyDelete