selamat datang ke blog Senivisual-gcpsvsmkbera.blogspot.com. Satu usaha ke arah KECEMERLANGAN SENI VISUAL. Untuk paparan terbaik sila guna google chrome.Terima Kasih

Thursday 15 March 2012

Unsur Seni

Terdiri dari beberapa unsur aitu: garisan, rupa, bentuk, jalinan, ruang dan warna.


Garisan ialah cantuman dari satu titik ke titik yang lain dengan mempunyai jarak-jarak tertentu. Aplikasi berbagai jenis garisan dapat mencipta rupa, jalinan, ton, corak serta menimbulkan gambaran bentuk, ruang dan gerakan dalam seni visual.


Garisan boleh dihasilkan dengan menggunakan pelbagai media sama ada media kering ataupun media basah. Ia berkait rapat dalam penghasilan lukisan dalam seni halus.Garisan boleh memberikan gambaran visual tertentu. Garisan yang tebal kelihatan kehadapan, manakala garisan yang nipis kelihatan lebih jauh.


Rupa adalah garisan luar sesuatu bentuk. Rupa  bersifat 2-D (tidak berjisim). Rupa terjadi atau terhasil apabila  pertemuan antara penghujung garisan dan permulaannya.


Rupa boleh dibahagi kepada dua: Rupa geometri dan rupa organik. Rupa boleh diolah secara rupa positif dan rupa negatif. Rupa juga berkait rapat juga dengan seni huruf.
Rupa juga merupakan unsur penting dalam olahan penghasilan simbol dan lambang.
Bentuk mempunyai struktur jisim dan isipadu. Bentuk dapat dihasilkan melalui lukisan, catan, arca, komputer dan kraf tradisional. Terdapat 2 jenis bentuk iaitu bentuk konkrit dan ilusi. Bentuk konkrit ialah bentuk sebenar yang bersifat 3 dimensi. Bentuk ilusi pula ialah bentuk yang dilihat melalui gambar atau ilustrasi. Ia bersifat rata dan boleh dihasilkan melalui lakaran, catan dan lukisan berkomputer.

Jalinan merujuk kepada kesan yang terdapat pada permukaan sesuatu objek. Ia dapat menunjukkan kesan rasa dan ekspresi sesuatu objek kepada kita. Jalinan terbahagi kepada dua iaitu jalinan sentuh dan tampak. Jalinan sentuh ialah jalinan yang dapat dirasai melalui sentuhan, contohnya kulit buah durian (alam semula jadi) dan jahitan sulaman (alam buatan manusia). Jalinan tampak pula jenis jalinan yang hanya dapat dilihat tetapi tidak dapat dirasa melalui sentuhan.

Ruang merupakan kawasan yang dikelilingi oleh garisan, atau kawasan kosong di sekeliling objek, atau jarak antara dua objek.

Warna ialah pigmen pewarna kimia yang bertindak balas pada sesuatu permukaan. warna terbahagi kepada tiga kumpulan utama iaitu warna asas, warna sekunder dan warna tertier. Warna asas terdiri daripada warna biru, merah dan kuning; dan ia boleh menghasilkan warna sekunder dan warna tertier. Warna sekunder pula terdiri daripada warna hijau, jingga dan ungu; dan dapat dihasilkan daripada campuran dua warna asas.
Warna tertier terhasil daripada percampuran warna asas dan sekunder. 
senivisual-gcpsvsmkbera.blogspot.com
Roda Warna


1 comment:

  1. Mohon izin dijadikan rujukan. Bahasa tuan sangat mudah difahami dan santai. Terima kasih.

    ReplyDelete