selamat datang ke blog Senivisual-gcpsvsmkbera.blogspot.com. Satu usaha ke arah KECEMERLANGAN SENI VISUAL. Untuk paparan terbaik sila guna google chrome.Terima Kasih

Monday 18 February 2013

TUGASAN 1



BIDANG   : REKA BENTUK
TAJUK   : REKA BENTUK INDUSTRI
PRODUK   : MODEL JET PEJUANG

SITUASI
Sebuah syarikat aeroangkasa  ingin mereka bentuk model baru jet pejuang
untuk dipamerkan di Pameran Aeroangkasa dan Maritim Antarabangsa Langkawi
(LIMA).

TUGASAN
Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan reka bentuk model jet pejuang yang bersifat futuristik.

Portfolio kajian anda hendaklah mengandungi perkara berikut:
  1. Koleksi gambar pelbagai jenis jet pejuang.
  2. Lukisan atau catan realistik jet pejuang yang dipilih.
  3. Lakaran olahan reka bentuk jet pejuang serta catatan.
  4. Lukisan reka bentuk jet pejuang yang dipilih mengikut skala.
  5. Kajian warna pada reka bentuk jet pejuang yang dipilih serta catatan.
  6. Lukisan dari tiga sudut pandangan yang menarik.
  7. Ilustrasi persembahan yang menggambarkan fungsi dalam situasi sebenar.
  8. Lukisan alat dan bahan yang digunakan serta catatan.
  9. Lukisan atau gambar foto  proses dan teknik penghasilan serta catatan mengikut urutan.


Berdasarkan kajian tersebut, model jet pejuang anda hendaklah mengikut spesifikasi berikut:
  Bahan : Bahan yang bersesuaian
  Ukuran minimum : Panjang 30 cm
  Lebar 20 cm
  Bilangan warna : Bebas
  Tema : Futuristik
  Teknik : Bebas
  Contoh:



Nota:
Hasil kerja hendaklah kukuh dan stabil.
*Soalan-soalan tugasan lain

3 comments:

  1. ckgu...bhan ap pling bgus untuk buat jet pejuang nie....gne poliestrin k ap...??

    ReplyDelete
  2. Bahan untuk jet petuang;KERTAS/PLYSTARIN/SPAN BUNGA.... i-Kaedah mudah bagi pelajar yang banyak masalah guna kertas sahajalah.ii-Mungkin cgu boleh guna plystarin untuk mudahkan penghasilan bentuknya.Setelah nampak licin dan kemas blehlah diwarna menggunakan warna akrilik/posterkemudian sudahkan dengan spray clear untuk kemasan persembahan. iii-Guna span bunga boleh menghasilkan produk yang lebih berkualiti tetapi ia lebih mencabar sdikit dari bahan lain. Selalu digunakan dalam membuat prototaip produk seperti model kereta. Kita pelu ada bahan2 sokongan lain untuk pilihan ini:simen kereta dengan set pembancuhnya, kertas pasir kasar saiz 90, kertas pasir sederhana saiz 120 dan kertas pasir halus saiz 300. Caranya: hasilkan/bentukan span mengikut jet pilihan dengan kemas strukturnya, bencuh simen kereta mngikut kperluan.sapu/ratakan pada span yang tlah dibentuk tadi shingga keseluruhan badan jet. Setelah kering gosok dgn kertas pasir kasar untuk dapatkan bentuk2 bhagian badan yang lebih jelas...teruskan dgn kerts p.sir sedhana..kertas pasir halus.. sudahkan dengan spray warna dan spray clear..andakah anda cgu/pel. Sila join klab. TQ

    ReplyDelete