selamat datang ke blog Senivisual-gcpsvsmkbera.blogspot.com. Satu usaha ke arah KECEMERLANGAN SENI VISUAL. Untuk paparan terbaik sila guna google chrome.Terima Kasih

Sunday 24 February 2013

TUGASAN 2


BIDANG   : SENI HALUS
TAJUK   : ARCA
PRODUK   : ARCA MOBAIL

SITUASI
Pengusaha restoran makanan laut akan menghias ruangan hadapan restorannya dengan sebuah arca yang bertemakan hidupan laut sebagai daya penarik.

TUGASAN
Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan sebuah arca mobail yang bukan sahaja berfungsi sebagai hiasan tetapi juga mempunyai fungsi lain yang berguna untuk restoran tersebut.

Portfolio kajian anda hendaklah mengandungi perkara berikut:
1.  Koleksi gambar pelbagai arca mobail.
2.  Koleksi gambar pelbagai hidupan laut.
3.  Lukisan  atau catan realistik hidupan laut yang dipilih.
4.  Lakaran dan olahan idea hidupan laut yang dipilih serta catatan.
5.  Lakaran reka bentuk arca mobail serta catatan.
6.  Kajian warna pada reka bentuk arca mobail yang dipilih serta     catatan.
7.  Lukisan tiga dimensi dari tiga sudut pandangan menarik.
8.  Ilustrasi persembahan yang menggambarkan fungsi dalam situasi sebenar.
9.  Lukisan alat dan bahan yang digunakan serta catatan.
10. Lukisan atau gambar foto proses dan teknik penghasilan serta catatan mengikut   urutan.

Berdasarkan kajian tersebut, reka bentuk arca mobail anda hendaklah mengikut spesifikasi berikut:

  Bahan : Bebas
  Ukuran : Panjang   - 40 cm
                 Lebar- Mengikut kesesuaian
                 Tinggi- Mengikut kesesuaian

Nota:
Hasil kerja anda hendaklah kukuh dan stabil.
*Soalan-soalan tugasan lain


No comments:

Post a Comment