selamat datang ke blog Senivisual-gcpsvsmkbera.blogspot.com. Satu usaha ke arah KECEMERLANGAN SENI VISUAL. Untuk paparan terbaik sila guna google chrome.Terima Kasih

Wednesday 6 March 2013

TUGASAN 3

TAJUK : LANDSKAP
BIDANG : REKA BENTUK
PRODUK : LANDSKAP PERSEKITARAN

SITUASI
Persatuan Pencinta Alam bercadang untuk membina landskap di tepi sebatang sungai bagi tujuan mengindahkan kawasan sungai dan menjadi tempat riadah.

TUGASAN
Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan satu model landskap di tepi sungai yang berkonsepkan Sungai Indah Masyarakat Ceria.

Portfolio kajian anda hendaklah mengandungi perkara berikut:

1. Koleksi gambar pelbagai landskap yang berkaitan sebagai sumber ilham.
2. Koleksi gambar pelbagai jenis tumbuhan yang berkaitan sebagai sumber ilham.
3. Koleksi pelbagai jenis hiasan yang bersesuaian sebagai sumber ilham.
4. Lakaran pelan tapak mengikut skala.
5. Lukisan tumbuhan dan hiasan yang bersesuaian.
6. Lakaran pelan tapak dan susun atur hiasan dan tumbuhan.
7. Lukisan perincian landskap yang dipilih.
8. Ilustrasi landskap dari tiga sudut pandangan menarik.
9. Lukisan alat dan bahan yang digunakan serta catatan.
10. Lukisan atau gambar foto proses dan teknik penghasilan serta catatan mengikut urutan.


Bahan  : Bebas
Ukuran : Panjang- 45 cm
               Lebar- 25 cm
Teknik : Bebas

Contoh:




Nota:
Hasil kerja anda hendaklah kukuh dan stabil.
*Soalan-soalan tugasan lain

2 comments:

  1. Cikgu. kalau nak buat rumput dan pokok, apa bahan yang paling sesuai?

    ReplyDelete
  2. assalam, cikgu. sya pn nak tau apa bahan yg sesuai utk buat rumput & pokok supaya nmpak real skit?

    ReplyDelete