selamat datang ke blog Senivisual-gcpsvsmkbera.blogspot.com. Satu usaha ke arah KECEMERLANGAN SENI VISUAL. Untuk paparan terbaik sila guna google chrome.Terima Kasih

Saturday 21 April 2012

3. Simbol, Logo dan Maskot

Tajuk-tajuk berkaitan:

3. SIMBOL, LOGO DAN MASKOT
  1. Simbol diistilahkan sebagai sebagai sesuatu objek dalam bentuk rupa mudah dan ringkas bagi menyatakan tentang sesuatu maklumat sebagai pengganti teks.
  2. Kegunaan simbol: a) Tanda arahan  dan amaran menggunakan imej yang dapat difahami secara sejagat. b) Maklumat lebih cepat dan mudah difahami daripada teks. c) Mewakili teks.
  3. Jenis-jenis simbol: Simbol sukan, simbol amaran dan simbol maklumat.
  4. Ciri-ciri simbol: a) Dapat menyampaikan mesej dengan jelas melebihi bahasa. b) Menggunakan rupa grafik mudah sesuatu objek untuk mewakili maklumat atau arahan yang berkaitan. c) Ia digunakan di tempat yang strategik untuk menyampaikan mesej secara cepat dan mudah difahami.
  5. Logo ialah tanda pengenalan yang digubah menggunakan singkatan yang digubah dalam gambaran grafik beridentitikan yang mudah dikenali
  6. Tentang logo: a) Digunakan untuk menonjolkan kewujudan sesuatu identiti, badan, organisasi, kelab, persatuan, korporat atau perniagaan dan membezakannya daripada yang lain. b) Merupakan gubahan grafik yang ringkas bagi mewakili makna tertentu. c) Digunakan pada media bercetak, premis yang berkaitan, kenderaan, pembungkusan dan juga iklan.
  7. Jenis-jenis logo: a) Logo huruf. b) Logo representasi. c) Logo gabungan huruf dan representasi.
  8. Ciri-ciri logo: a) Berbentuk unik, mudah difahami dan ada tarikan tersendiri. b) Mempunyai kaitan tema dengan identiti yang di wakili. c) Ringkas, jelas dan mudah diingati. d) Penggunaannya dapat bertahan lama.
  9. Maskot ialah lambang semangat, penyatuan dan kekitaan dalam kalangan sesuatu kumpulan atau kelompok yang biasanya diwakili oleh binatang kesayangan yang diberi kedudukan dan layanan istimewa.
  10. Tentang maskot: a) Mulanya banyak digunakan oleh pihak tentera sebagai lambang kemegahan rejimen masing-masing. b) Mula diolah kegunaannya untuk aktiviti sukan dan keramaian. c) Kini telah digunakan secara meluas untuk pelbagaikan acara seperti sukan, acara rasmi, acara sosial dan acara komersial. d) Reka bentuk maskot kini telah digayakan bercirikan kartun.
  11. Ciri-ciri maskot: a) Perlu menonjolkan ciri-ciri yang comel dan mesra. b) Ditampilkan dengan warna-warna yang ceria.
  12. Fungsi maskot: a) Menjadi watak tumpuan bagi meraikan sesuatu acara atau majlis. b) Memantapkan tema sesuatu acara.
contoh-contoh simbol




contoh-contoh logo
Motif: huruf dan flora.
Teknik: pengurangan dan tindihan 

Motif: huruf . 
Teknik: sentuhan

Motif: huruf dan bentuk geometri. 
Teknik: sentuhan dan kontra/penegasan.

Motif: huruf, bentuk geometri dan figura. 
Teknik: negatif dan positif

Motif: huruf dan figura. 
Teknik: tindihan

Motif: huruf. 
Teknik pengurangan

Motif: huruf dan bentuk geometri. 
Teknik: pengurangan dan tindihan

Motif: huruf. 
Teknik: pengurangan

Motif: reprisentasi dari rupa kerang. 


Logo berkaitan FIFA WOLD CUP

contoh-contoh maskot
Motif: Fauna-Ayam

Motif: Fauna-Orang utan

Motif: Fauna-Kancil




....soalan latihan pengukuhan

....sambungan ke tajuk seterusnya: 4. Kaligrafi



5 comments: