Sunday, 24 February 2013

TUGASAN 2


BIDANG   : SENI HALUS
TAJUK   : ARCA
PRODUK   : ARCA MOBAIL

SITUASI
Pengusaha restoran makanan laut akan menghias ruangan hadapan restorannya dengan sebuah arca yang bertemakan hidupan laut sebagai daya penarik.

TUGASAN
Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan sebuah arca mobail yang bukan sahaja berfungsi sebagai hiasan tetapi juga mempunyai fungsi lain yang berguna untuk restoran tersebut.

Portfolio kajian anda hendaklah mengandungi perkara berikut:
1.  Koleksi gambar pelbagai arca mobail.
2.  Koleksi gambar pelbagai hidupan laut.
3.  Lukisan  atau catan realistik hidupan laut yang dipilih.
4.  Lakaran dan olahan idea hidupan laut yang dipilih serta catatan.
5.  Lakaran reka bentuk arca mobail serta catatan.
6.  Kajian warna pada reka bentuk arca mobail yang dipilih serta     catatan.
7.  Lukisan tiga dimensi dari tiga sudut pandangan menarik.
8.  Ilustrasi persembahan yang menggambarkan fungsi dalam situasi sebenar.
9.  Lukisan alat dan bahan yang digunakan serta catatan.
10. Lukisan atau gambar foto proses dan teknik penghasilan serta catatan mengikut   urutan.

Berdasarkan kajian tersebut, reka bentuk arca mobail anda hendaklah mengikut spesifikasi berikut:

  Bahan : Bebas
  Ukuran : Panjang   - 40 cm
                 Lebar- Mengikut kesesuaian
                 Tinggi- Mengikut kesesuaian

Nota:
Hasil kerja anda hendaklah kukuh dan stabil.
*Soalan-soalan tugasan lain


Monday, 18 February 2013

TUGASAN 1



BIDANG   : REKA BENTUK
TAJUK   : REKA BENTUK INDUSTRI
PRODUK   : MODEL JET PEJUANG

SITUASI
Sebuah syarikat aeroangkasa  ingin mereka bentuk model baru jet pejuang
untuk dipamerkan di Pameran Aeroangkasa dan Maritim Antarabangsa Langkawi
(LIMA).

TUGASAN
Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan reka bentuk model jet pejuang yang bersifat futuristik.

Portfolio kajian anda hendaklah mengandungi perkara berikut:
  1. Koleksi gambar pelbagai jenis jet pejuang.
  2. Lukisan atau catan realistik jet pejuang yang dipilih.
  3. Lakaran olahan reka bentuk jet pejuang serta catatan.
  4. Lukisan reka bentuk jet pejuang yang dipilih mengikut skala.
  5. Kajian warna pada reka bentuk jet pejuang yang dipilih serta catatan.
  6. Lukisan dari tiga sudut pandangan yang menarik.
  7. Ilustrasi persembahan yang menggambarkan fungsi dalam situasi sebenar.
  8. Lukisan alat dan bahan yang digunakan serta catatan.
  9. Lukisan atau gambar foto  proses dan teknik penghasilan serta catatan mengikut urutan.


Berdasarkan kajian tersebut, model jet pejuang anda hendaklah mengikut spesifikasi berikut:
  Bahan : Bahan yang bersesuaian
  Ukuran minimum : Panjang 30 cm
  Lebar 20 cm
  Bilangan warna : Bebas
  Tema : Futuristik
  Teknik : Bebas
  Contoh:



Nota:
Hasil kerja hendaklah kukuh dan stabil.
*Soalan-soalan tugasan lain

Friday, 15 February 2013

Kerja Kursus Pendidikan Seni Visual - Kajian Rekaan Seni Visual 2611/3 SPM Tahun 2013

Soalan Kerja Kursus Pendidikan Seni Visual-Kajian Rekaan Seni Visual SPM 2013

Soalan-soalan pilihan


 Pemilihan soalan hendaklah dibincang dengan guru pembimbing. Tugasan yang dipilih adalah dilakukan berterusan mengikut prosedur tugasan dan semakan yang telah ditentukan oleh guru pembimbing. Hasilkan Folio dan Artifak terbaik hasil kerja sendiri dengan bimbingan guru pembimbing. Tempoh untuk menyiapkan keseluruhan tugasan tersebut ialah mulai Februari -Julai tahun 2013.

Secara ringkasnya senarai tugasan pilihan adalah seperti berikut:


TUGASAN 1
BIDANG : REKA BENTUK
TAJUK : REKA BENTUK INDUSTRI
PRODUK : MODEL JET PEJUANG

*Perincian Soalan Sebenar Lembaga Peperiksaan

TUGASAN 2
BIDANG : SENI HALUS
TAJUK : ARCA
PRODUK : ARCA MOBAIL
*Perincian Soalan Sebenar Lembaga Peperiksaan


TUGASAN 3
BIDANG : REKA BENTUK
TAJUK : LANDSKAP
PRODUK : LANDSKAP PERSEKITARAN

*Perincian Soalan Sebenar Lembaga Peperiksaan

TUGASAN 4
BIDANG : KRAF TRADISIONAL
TAJUK : BATIK
PRODUK : SARUNG BANTAL

*Perincian Soalan Sebenar Lembaga Peperiksaan

TUGASAN 5
BIDANG : KRAF
TAJUK : UKIRAN KAYU
PRODUK : HIASAN DINDING
*Perincian Soalan Sebenar Lembaga Peperiksaan


TUGASAN 6
BIDANG : KOMUNIKASI VISUAL
TAJUK : ILUSTRASI
PRODUK : BUKU CERITA KANAK-KANAK TIGA DIMENSI
* Perincian Soalan Sebenar Lembaga Peperiksaan


TUGASAN 7
BIDANG : KOMUNIKASI VISUAL
TAJUK : PENGIKLANAN
PRODUK : PAPAN PERAGA TIGA DIMENSI

*Perincian Soalan Sebenar Lembaga Peperiksaan

TUGASAN 8
BIDANG : KOMUNIKASI VISUAL
TAJUK : IKLAN
PRODUK : KALENDAR MEJA TIGA DIMENSI

*Perincian Soalan Sebenar Lembaga Peperiksaan

TUGASAN 9
BIDANG : SENI HALUS
TAJUK : CETAKAN TIMBULAN
PRODUK : HIASAN DINDING

*Perincian Soalan Sebenar Lembaga Peperiksaan

Panduan menjawab soalan
Bahan-bahan sokongan


KRSV SPM 2013 : 

Perbincangan 1: GAMBAR-GAMBAR SOKONGAN

Pemilihan soalan hendaklah dibincang bersama guru pembimbing. Banyak faktor pemilihan sesuatu soalan. Pemilihan soalan yang lebih mudah bukanlah menjadi keutamaan. Ia perlu mengambil kira kemudahan bahan-bahan yang diperlukan, keupayaan penghasilan  artifak dengan baik sesuai dengan keupayaan guru pembimbing juga.   

Di sini saya cuba untuk membantu anda mendapatkan bahan kajian folio sebagai sumber ilham dan penerokaan idea. 



Mencari koleksi gambar sebagai sumber ilham mengikut tajuk yang telah anda pilih adalah merupakan langkah permulaan dalam memulakan folio KRSV.  Buatlah kajian secara bijak dari koleksi-koleksi yang anda telah pilih itu. Jadikan foto pilihan sebagai sumber untuk diteroka dan akhirnya dapat idea pilihan untuk penghasilan artifak sebenar kelak. Buatlah penerokaan idea bersama guru pembimbing anda. 

TUGASAN 1
BIDANG : REKA BENTUK
TAJUK : REKA BENTUK INDUSTRI
PRODUK : MODEL JET PEJUANG

1. Koleksi gambar pelbagai pelbagai jet pejuang.

TUGASAN 2
BIDANG : SENI HALUS
TAJUK : ARCA
PRODUK : ARCA MOBAIL


1. Koleksi gambar pelbagai arca mobail.

2. Koleksi gambar pelbagai hidupan laut.

TUGASAN 4

BIDANG : KRAF TRADISIONAL
TAJUK : BATIK
PRODUK : SARUNG BANTAL

1. Koleksi pelbagai jenis sarung bantal.




2. Koleksi pelbagai corak batik sebagai sumber ilham.

TUGASAN 5
BIDANG : KRAF
TAJUK : UKIRAN KAYU
PRODUK : HIASAN DINDING

1. Koleksi gambar pelbagai hiasan dinding jenis ukiran kayu.


2. Koleksi gambar flora sebagai sumber ilham.

TUGASAN 7
BIDANG : KOMUNIKASI VISUAL
TAJUK : PENGIKLANAN
PRODUK : PAPAN PERAGA TIGA DIMENSI

1. Koleksi gambar pelbagai reka bentuk papan peraga sebagai sumber ilham.

TUGASAN 8
BIDANG : KOMUNIKASI VISUAL
TAJUK : IKLAN
PRODUK : KALENDAR MEJA TIGA DIMENSI



 1. Koleksi gambar pelbagai reka bentuk kalendar.

 2. Koleksi gambar pelbagai aksi penunggang basikal sebagai sumber ilham.



TUGASAN 9
BIDANG : SENI HALUS
TAJUK : CETAKAN TIMBULAN
PRODUK : HIASAN DINDING

1. Koleksi gambar pelbagai jenis cetakan timbulan.



lagi cetakan timbulan (bahan:lino)...

2. Koleksi gambar pelbagai alatan permainan tradisional sebagai sumber ilham.