selamat datang ke blog Senivisual-gcpsvsmkbera.blogspot.com. Satu usaha ke arah KECEMERLANGAN SENI VISUAL. Untuk paparan terbaik sila guna google chrome.Terima Kasih

Friday 15 February 2013

Kerja Kursus Pendidikan Seni Visual - Kajian Rekaan Seni Visual 2611/3 SPM Tahun 2013

Soalan Kerja Kursus Pendidikan Seni Visual-Kajian Rekaan Seni Visual SPM 2013

Soalan-soalan pilihan


 Pemilihan soalan hendaklah dibincang dengan guru pembimbing. Tugasan yang dipilih adalah dilakukan berterusan mengikut prosedur tugasan dan semakan yang telah ditentukan oleh guru pembimbing. Hasilkan Folio dan Artifak terbaik hasil kerja sendiri dengan bimbingan guru pembimbing. Tempoh untuk menyiapkan keseluruhan tugasan tersebut ialah mulai Februari -Julai tahun 2013.

Secara ringkasnya senarai tugasan pilihan adalah seperti berikut:


TUGASAN 1
BIDANG : REKA BENTUK
TAJUK : REKA BENTUK INDUSTRI
PRODUK : MODEL JET PEJUANG

*Perincian Soalan Sebenar Lembaga Peperiksaan

TUGASAN 2
BIDANG : SENI HALUS
TAJUK : ARCA
PRODUK : ARCA MOBAIL
*Perincian Soalan Sebenar Lembaga Peperiksaan


TUGASAN 3
BIDANG : REKA BENTUK
TAJUK : LANDSKAP
PRODUK : LANDSKAP PERSEKITARAN

*Perincian Soalan Sebenar Lembaga Peperiksaan

TUGASAN 4
BIDANG : KRAF TRADISIONAL
TAJUK : BATIK
PRODUK : SARUNG BANTAL

*Perincian Soalan Sebenar Lembaga Peperiksaan

TUGASAN 5
BIDANG : KRAF
TAJUK : UKIRAN KAYU
PRODUK : HIASAN DINDING
*Perincian Soalan Sebenar Lembaga Peperiksaan


TUGASAN 6
BIDANG : KOMUNIKASI VISUAL
TAJUK : ILUSTRASI
PRODUK : BUKU CERITA KANAK-KANAK TIGA DIMENSI
* Perincian Soalan Sebenar Lembaga Peperiksaan


TUGASAN 7
BIDANG : KOMUNIKASI VISUAL
TAJUK : PENGIKLANAN
PRODUK : PAPAN PERAGA TIGA DIMENSI

*Perincian Soalan Sebenar Lembaga Peperiksaan

TUGASAN 8
BIDANG : KOMUNIKASI VISUAL
TAJUK : IKLAN
PRODUK : KALENDAR MEJA TIGA DIMENSI

*Perincian Soalan Sebenar Lembaga Peperiksaan

TUGASAN 9
BIDANG : SENI HALUS
TAJUK : CETAKAN TIMBULAN
PRODUK : HIASAN DINDING

*Perincian Soalan Sebenar Lembaga Peperiksaan

Panduan menjawab soalan
Bahan-bahan sokongan


KRSV SPM 2013 : 

Perbincangan 1: GAMBAR-GAMBAR SOKONGAN

Pemilihan soalan hendaklah dibincang bersama guru pembimbing. Banyak faktor pemilihan sesuatu soalan. Pemilihan soalan yang lebih mudah bukanlah menjadi keutamaan. Ia perlu mengambil kira kemudahan bahan-bahan yang diperlukan, keupayaan penghasilan  artifak dengan baik sesuai dengan keupayaan guru pembimbing juga.   

Di sini saya cuba untuk membantu anda mendapatkan bahan kajian folio sebagai sumber ilham dan penerokaan idea. 



Mencari koleksi gambar sebagai sumber ilham mengikut tajuk yang telah anda pilih adalah merupakan langkah permulaan dalam memulakan folio KRSV.  Buatlah kajian secara bijak dari koleksi-koleksi yang anda telah pilih itu. Jadikan foto pilihan sebagai sumber untuk diteroka dan akhirnya dapat idea pilihan untuk penghasilan artifak sebenar kelak. Buatlah penerokaan idea bersama guru pembimbing anda. 

TUGASAN 1
BIDANG : REKA BENTUK
TAJUK : REKA BENTUK INDUSTRI
PRODUK : MODEL JET PEJUANG

1. Koleksi gambar pelbagai pelbagai jet pejuang.

TUGASAN 2
BIDANG : SENI HALUS
TAJUK : ARCA
PRODUK : ARCA MOBAIL


1. Koleksi gambar pelbagai arca mobail.

2. Koleksi gambar pelbagai hidupan laut.

TUGASAN 4

BIDANG : KRAF TRADISIONAL
TAJUK : BATIK
PRODUK : SARUNG BANTAL

1. Koleksi pelbagai jenis sarung bantal.




2. Koleksi pelbagai corak batik sebagai sumber ilham.

TUGASAN 5
BIDANG : KRAF
TAJUK : UKIRAN KAYU
PRODUK : HIASAN DINDING

1. Koleksi gambar pelbagai hiasan dinding jenis ukiran kayu.


2. Koleksi gambar flora sebagai sumber ilham.

TUGASAN 7
BIDANG : KOMUNIKASI VISUAL
TAJUK : PENGIKLANAN
PRODUK : PAPAN PERAGA TIGA DIMENSI

1. Koleksi gambar pelbagai reka bentuk papan peraga sebagai sumber ilham.

TUGASAN 8
BIDANG : KOMUNIKASI VISUAL
TAJUK : IKLAN
PRODUK : KALENDAR MEJA TIGA DIMENSI



 1. Koleksi gambar pelbagai reka bentuk kalendar.

 2. Koleksi gambar pelbagai aksi penunggang basikal sebagai sumber ilham.



TUGASAN 9
BIDANG : SENI HALUS
TAJUK : CETAKAN TIMBULAN
PRODUK : HIASAN DINDING

1. Koleksi gambar pelbagai jenis cetakan timbulan.



lagi cetakan timbulan (bahan:lino)...

2. Koleksi gambar pelbagai alatan permainan tradisional sebagai sumber ilham.


24 comments:

  1. contoh koleksi gambar tugasan tiga?

    ReplyDelete
  2. tugasan 3 ? COntohh? mohon cikgu tunjuk ajar tugasan 3

    ReplyDelete
  3. Sorry....tertinggal. Akan diusahakan segera.TQ

    ReplyDelete
  4. Saya pun nak tahu untuk tugasan 3. terima kasih :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorry terdlate satu coment anda..Tentang untuk buat rumput dan pokok: cuba guna span/berus warna hijau untuk mencuci pingan...untuk daun pokok dan juga rumput..Perlu dihasilkan dengan kemas, ini akan menampakkan realistik...

      Delete
    2. sya nie, wt tugasan 5.. pyah jga la
      mcm mna nk wt ukiran kayu....

      Delete
  5. Saye ditugaskan tugasan 7 papan peraga tiga dimensi :) ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. buat kjian ilustrasi. Rekaan perlu kreatif dan sesuai dengan fungsi. Pemilihan warna pelulah menarik dan kekemasan persembhan adalah amat penting. Sila berbincang n dptkan nasihat dr guru anda..Sila join kelab. TQ

      Delete
    2. Papan peraga agak okei,... kami boleh memilih tugasan kami... dan saya memilih tugasan 7...

      Delete
    3. Sila bbcang dgn gru untuk pghasilan tbaik.slamat buat pnerokaan..

      Delete
    4. Sila bbcang dgn gru untuk pghasilan tbaik.slamat buat pnerokaan..

      Delete
  6. tugasan 6 ? contoh ? mohon cikgu tunjuk ajar tugasan 6 (buku cerita untuk kanak-kanak prasekolah tu )

    ReplyDelete
  7. Tugasan 6..akan diusahakan. Sngat perlu mahir melukis. Dapatkan nasihat dari guru anda dahulu. Perlu juga mahir dalam pengendalian alatan melukis ilustrasi seperti pen dll. Juga perlu kemahiran menggunakan warna terutama teknik warna itu/cair.Sila buat rujukan dari ilustrasi buku sedia ada yang menarik persembahan/gayanya...

    Buku cerita untuk kanak-kanak prasekolah..lukisan objeknya lebih ringkas, pentingnya perlu ada watak haiwan utama yang telah terpilih gaya perwatakannya.Melebihi 6 muka surat tetapi semuanya dipersembahan dalam 3 dimensi..maksudnya bila helaian dibuka semua objek kelihatan terbina/timbul dan apabila buka dibuka semuanya terlipat semula...

    ReplyDelete
  8. Tugasan 8? mohon cikgu tunjuk ajar~

    ReplyDelete
  9. Hasilkan kalendar 3 dimensi. Tinggi 30 cm, lebar 28 cm. Bahan adalah kertas tebal yang bersesuaian dengan persembahan. Teknik penghasilan visual: ilustrasi secara catan ( warna dengan medium basah; warna air/ warna poster/ warna akrilik. Motif paparan visual adalah aktiviti sukan bbasikal. Muka taip/tulisan bulan bleh guna komputer ( cetak & tmpal).Satu helai untuk satu bulan, gunalah tulisan yang mudah dibaca atau dari jenis gothik.Gunakan berus halus/tajam untuk mendapatkan catan yang berkualiti.Utamakan penggunaan ton dalam gambaran visual dan elakan menggunakan garisan tepi bagi aktiviti berbasikal yg dibuat.

    Berbincanglah dgn guru anda untuk penghasilan artifak terbaik.

    ReplyDelete
  10. Terima kasih , sangat membantu saya dalam membuat folio seni tambahan.

    ReplyDelete
  11. tugasan 2 mohon cikgu tunjuk ajar

    ReplyDelete
  12. cikgu,saya telah memilih utk membuat tugasan 1 iaitu jet pejuang.Boleh cikgu terangkan lebih lanjut tentang kaedah menghasilkannya dan memberi tunjuk ajar bagaimana cara utk membuat folio tentangnya dengan sempurna

    ReplyDelete
    Replies
    1. maksud saya..saya ingin membuat jet pejuang tersebut daripada bhn terpakai iaitu tin aluminum,dan folio saya pula bercorak dan menggunakan kertas berwarna.Boleh tak?ttg folio..apa yg patut saya letak sebenarnya dlm folio itu?

      Delete
  13. cikgu , saya mamu contoh2 tugasan 3

    ReplyDelete
  14. Cikgu..sy mahukan contoh tugasan 2..sy kurang faham dgn tugasan yg hurus dibuat tu..

    ReplyDelete
  15. aku nak 2014 punya....boleh x

    ReplyDelete
  16. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete